BANGKOK - Langkah Harimau Malaya dalam Piala Suzuki AFF
2012 menemui titik noktah pada separuh akhir kedua dengan pengadil dari Korea
Selatan, Lee Minhu menjadi watak penting kepada kemenangan 2-0 Thailand di
Stadium Supachalasai, malam tadi.
Barisan Malaysia malam tadi... |
Kedua-dua jaringan Thailand diperoleh pada separuh masa kedua melalui
penyerang berbisa Teerasil Dangda pada minit ke-59 sebelum Theerathon Bunmathan
menambah luka Harimau Malaya pada minit ke-63.
Thailand layak ke perlawanan akhir berdepan Singapura melalui kemenangan
secara agregat 3-1.
Di hadapan 20,000 penonton, Minhu jelas berat sebelah dengan memihak tuan
rumah apabila tanpa disangka melayangkan kad kuning kedua kepada Mohd. Fadhli
Shas pada minit ke-43 tanpa kesalahan yang munasabah.
Ini menyebabkan Harimau Malaya tempang apabila terpaksa berjuang dengan 10
pemain pada babak kedua.
Tindakan pengadil Korea itu sama sekali tidak dapat diterima kerana insiden
sebenarnya Fadhli menjadi mangsa keadaan akibat provokasi Datsakorn Thonglao.
Apa yang menghairankan pembantu pengadil yang berada berdekatan dengan
insiden Fadhli dan Thonglao, langsung tidak memberikan penjelasan kepada Minhu,
yang terus melayangkan kad kuning kepada kedua-dua pemain itu.
Sikap berat sebelah pengadil Korea, Lee Minhu mula terserlah pada minit
ketujuh lagi apabila dengan mudah melayangkan kad kuning tanpa memberikan
sebarang amaran lisan kepada pemain negara dan Mohd. Fadhli Shas menjadi mangsa
pertama.
Tujuh minit kemudian, giliran Mahalli Jasuli pula mengutip kad kuning
sedangkan dua pemain negara, Amar Rohidan dan Norshahrul Idlan Talaha jelas
disiku oleh pemain Thailand sebaliknya pemain lawan langsung tidak dikenakan
sebarang tindakan.
Thailand |
Tuan rumah hampir berada di hadapan pada minit ke-30 apabila penjaring
terbanyak mereka setakat ini, Teerasil Dangda berjaya melepaskan diri daripada
kawalan pertahanan Harimau Malaya tetapi mujur sepakan penyerang Muanthong
United itu tersasar keluar.
Peluang terbaik negara mendapatkan jaringan di babak pertama hanyalah
melalui sepakan percuma Safiq Rahim pada penghujung perlawanan, yang mudah
diselamatkan oleh Kawin Thamsatchanan.
Tanpa Fadhli, persembahan skuad negara ternyata terjejas dan lebih banyak
bertahan pada babak kedua.
Keputusan Datuk K. Rajagobal yang meletakkan Amar pada bahagian pertahanan
tengah menggantikan tempat Fadhli juga dilihat satu kesilapan apabila dia
menjadi punca kepada gol pertama Thailand.
Kesilapan Amar yang gagal mengawal bola dengan baik membuka laluan kepada
Teerasil berlari secara solo sebelum mudah menewaskan Farizal.
Empat minit kemudian, akibat keadaan kelam kabut di depan pintu gol,
Theerathon menyepak masuk bagi jaringan kedua tuan rumah.
Pujian harus diberikan kepada Farizal Marlias kerana jika tidak disebabkan
ketangkasannya, Malaysia sudah pasti menjadi mangsa dibelasah Thailand apabila
menafikan sekurang-kurangnya lima percubaan berbahaya tuan rumah. - UTUSAN
***
Malaysia Gagal ke Final
Noor Hafiza
Che Abdullah@13 Disember 2012
MISI Malaysia untuk mempertahankan kejuaraan saingan Piala AFF
Suzuki 2012 berakhir apabila tewas menerusi agregat 1-3 kepada Thailand dalam
saingan separuh akhir.
Kedua-dua pasukan terikat seri 1-1
ketika beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil, minggu lepas.
Dalam perlawanan separuh akhir kedua
yang baru berakhir di Stadium Supachalasai, Bangkok, Malaysia tewas 0-2.
Kedua-dua gol Thailand dijaringkan pada minit ke-61 dan 65.
Teerasil Dangda |
Dengan kemenangan ini, Thailand akan
menentang Singapura dalam perlawanan akhir pada 19 dan 21 Disember ini.
Pada perlawanan malam ini, sebaik
perlawanan bermula Malaysia lebih agresif dengan beberapa percubaan berbahaya
dan seawal minit kedua, kubu pasukan tuan rumah diuji, namun rembatan dari jauh
Safiq Rahim berjaya diselamatkan dengan senang oleh penjaga gol Thailand.
Selepas itu, giliran Thailand
menguji gawang Malaysia apabila Pichitphong Choeichiu cuba merembat bola dari
tendangan sudut Datsakon, tetapi percubaannya melambung tinggi.
Selang minit kemudian, gawang Malaysia terus diuji apabila Jakkraphan @ornsai hampir-hampir ambil kesempatan daripada kesilapan Aidil. Pun begitu penjaga gol skuad kebangsaan, Farizal Marlias berjaya menyelamatkan keadaan.
Kehadiran penyokong Thailand di stadium nyata memberi motivasi luar biasa kepada pemain untuk meneruskan corak permainan menyerang.
Thailand sekali lagi mempunyai peluang meledak gol pada minit ke-19. Rembatan Teerasil melepasi benteng pertahanan Malaysia.
Susulan serangan Thailand, Malaysia melakukan asakan dan peluang negara tiba menerusi larian solo Mat Yo pada minit ke-24. Serangan Mat Yo dipatahkan pertahanan Thailand.
Benteng pertahanan Malaysia terus huru hara apabila diasak oleh Thailand, namun Mahali menanduk keluar hantaran Datsakon pada minit ke-29.
Malaysia yang terdesak memburu gol awal terus tertekan apabila pemainnya, Fadhli Shas dibuang padang oleh pengadil perlawanan, Lee Minhu pada minit ke-44.
Beraksi 10 orang pemain nyata tidak melemahkan semangat Malaysia untuk memburu gol. Bagaimanapun tendangan percuma Safiq berjaya diselamatkan oleh Kawin dengan senang.
Babak kedua bermula, Thailand terus menggandakan asakan ke kubu Malaysia. Percubaan Apipoo Suntornpanavej tersasar.
Kesilapan pemain pertahanan Malaysia, Amar yang menanduk bola dari tandukan Panupong Wongsa akhirnya memberi Teerasil peluang untuk meledak gol pertama pada minit ke-61 sekali gus menggegarkan stadium tuan rumah.

Teerasil sekali lagi hampir membolosi gawang apabila berjaya melepasi benteng
perthanan Malaysia, tetapi Farizal berjaya menyelamatkan harapan negara.
Selang satu minit kemudian, Theerathon menambah jaringan skuad Thailand sekali gus memberi kedudukan selesa tuan rumah.
Biarpun ketika Thailand dilihat lebih menguasai permainan, Malaysia tetap enggan menyerah kalah apabila tendangan Aidil pada minit ke-76 yang melepaskan dari jauh hampir membolosi gawang lawan.
Begitupun, Kawin menyelamatkannya dengan mudah.
Thailand terus ghairah memburu gol ketiga apabila Anucha memecut di sayap kiri tetapi hantaran beliau tersasar.
Malaysia terus berusaha menguji benteng pertahanan Thailand, dua percubaan menerusi dua penyerang negara, Mat Yo dan Safe Sali terus gagal dilaksanakan.
Safee sekali lagi mendapat peluang di dalam kotak penalti pada minit ke-84 tetapi berjaya dipatahkan oleh pertahanan Thailand.

Malaysia yang tertekan terus
mengasak, namun sepakan percuma yang diperolehi Harimau Malaya terus menemui
jalan buntu apabila gagal membolosi gawang lawan sehingga kedudukan tersebut
kekal ke wisel penamat.
***
Kad Merah Ubah rentak
BANGKOK - Layangan kad merah kepada Mohd. Fadhli Shas oleh pengadil Lee
Minhu tidak wajar dan insiden itu mengubah rentak perlawanan negara ketika
berdepan Thailand, malam tadi.
Demikian kata jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal yang kecewa
kerana terpaksa beraksi dengan 10 pemain di sepanjang separuh masa kedua.
"Keputusan pengadil memang bukan satu keputusan yang tepat.
"Pemain lawan (Datsukorn Thonglao) yang turut terlibat dalam insiden
pertelagahan dengan Fadhli melakukan provokasi.
"Kad merah itu mengubah rentak perlawanan dan bermain dengan 10 orang
memang satu keadaan yang sukar," katanya.
Rajagobal mengakui gol pertama Thailand melalui Teerasil Danga merupakan
kesilapan Amar Rohidan yang tersilap jangkaan ketika cuba melakukan sepakan
Sementara itu, Mohd. Fadhli Shas kebingungan kerana menjadi mangsa kepada
keputusan berat sebelah pengadil.
"Saya tidak tahu punca pengadil melayangkan kad kuning kedua kerana
saya sebenarnya hanya bercakap dengan Datsukorn selepas dia menyiku saya.
"Memang amat terkejut dan sepatutnya pengadil mengambil tahu apa
sebenarnya berlaku tetapi apa boleh buat dia telah membuat keputusan.
"Saya minta maaf kerana tidak dapat berjuang sehingga tamat permainan
dan saya sendiri tidak tahu apa masalah sebenar pengadil bertindak
sedemikian," katanya. - UTUSAN
***
Thailand..The better team and better FIFA ranking
TOO..dua jiran kita ke final..menewaskan kita 3-0 dan 3-1....masa utk
berfikir...
***
Singapura
ke pentas final.Mereka berjaya menyekat kita dlm pra kelayakan piala dunia dan
sekali lagi dlm AFF.Apa yg boleh kita pelajari dari spura?..sebuah negara kecil
dan tanpa pool yg besar atau prasarana yg byk.Malah fan base yg kecil
sekali..TAPI FAS bijak merancang.Mereka berjaya dpt tempat beraksi di liga M yg
lebih besar.mereka ujudkan LION XII yg merupakan tulang belakang national team
mereka..mereka dpt menembusi pasaran dan exposure luas di msia..mereka guna
pendekatan naturalisasi..mereka bawa import yg ramai melalui kelab kelab,mereka
swastakan kelab dan liga mereka dan byk lagi..WINSTON LEE selaku sec gen SFA DI
LIHAT BEGITU FOKUS MENGENDALIKAN URUSAN DAN AKTIF DI ARENA ANTARABANGSA DAN
TERNYATA BELIAU MEMPRAKTIKKAN APA YG DI LAKUKAN NEGARA PENDAHULU BOLASEPAK YG
LAIN..typical Spore..always work smart...tidak salah kita pelajari sesuatu dari
mereka atau siapa saja...
No comments:
Post a Comment