09 December 2012

Seri


SEPARUH AKHIR 1 AFF SUZUKI CUP 2012 – MALAYSIA SEKADAR SERI DENGAN THAILAND

Juara bertahan Piala AFF Suzuki, Malaysia berdepan tugas sukar di tempat lawan 13 Disember ini selepas hanya mampu seri dengan pasukan Thailand pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.
Pemain paling bernilai 2012 dan juga bakal pemain Darul Takzim FC , Norshahrul Idlan Talaha membuka tirai jaringan pada minit ke 49″ selepas berjaya menanduk masuk bola hantaran daripada Mahali Jasuli.
Penyerang berjersi 10 Thailand, Teerasil Dangda berjaya menyamakan kedudukan minit ke 80″ perlawanan juga menerusi gol tandukan yang berjaya menewaskan Farizal Marlias yang sebelum ini cemerlang mempertahankan gawang gol Malaysia.
Malaysia bakal bertemu Thailand dalam aksi kedua separuh akhir Piala AFF Suzuki 2012 pada Khamis ini (13/12/2012) di Bangkok.

No comments: