“Tiada lagi pemain baru
The Red Warriors.Jersi no 9
boleh dipakai mana mana pemain yang sedia ada” – Tan Sri Annuar Musa
Itulah petikan ayat Tan Sri Annuar Musa dari laman facebook
peribadinya yang menggambarkan tiada lagi pemain The Red Warriors akan masuk
selepas Norhadi Ubaidillah ( Penjaga gol ), Izuan Solahuddin, K.Nanthakumar,
Haris Safwan, Zairo Anuar Zailani, Dimitri Petratos, Faiz Subri dan Leck
Kcira.
Ini kemungkinan kerana seorang pemain yang diburu pasukan Kelantan FA
akhirnya dipintas oleh pasukan “lain” namun KAFA tetap redha dan percaya
barisan pemain yang sedia ada mampu menggalas tugas bagi musim 2013 nanti.
|
Pemain yang ada ni pun dah cukup Tan Sri! |
***
Petikan FB TSAM@6-12-2012
Tiada
lagi pemain baru TRW..jersey no 9 tu bolehlah dipakai mana mana pemain sedia
ada..tak upaya nak cerita kisah kisah pelik tapi benar yg berlaku..sedih ada
lucu pun ada..klu bercerita nanti kita pula dipandang serong..lebih baik kita
ambil yg positif saja DAN TUMPU PADA TRW KITA..kita belum upaya mengubah
keadaan!!!TETAPI KEADAAN AKAN MENGUBAH KITA UTK LEBIH TABAH DAN LEBIH
GAGAH..AMBO TAK GOBA!!
xxx
Sdg menonton berita ASTRO tentang komen
komen dari selatan kononnya kontrek safi semua ikut
peraturan..ALHAMDULILLAH...rasa nak senyum...byk versi cerita mlm tadi dari
wisma..pintu,tiang,dinding,pagar semua senyum belaka..mesin TMS DAN ITC pun
turut ketawa...sofa SUA PUN SENYUM JUGAK..yg tak senyum hanya beberapa orang
tertentu..apa pun BIARLAH SEMUA HARIMAU DAN ANAK HARIMAU DGN PILIHAN DAN REZEKI
MASING MASING..penyu cara penyu..kijang cara kijang..seladang cara
seladang..LETS ENJOY 2013!!
xxx
Utk makluman FAM buat keputusan HANYA 25
pemain termasuk 2 impot yg boleh didaftarkan utk liga M 2013 dan kita telah
penuh..AFC pula membenarkan 30 pemain termasuk 4 impot(1mesti asia/australia)di
daftarkan...TAK SAMA..APA NAK BUAT..rayuan kita pd FAM nak daftar sama spt AFC
TERUTAMA IMPOT SUDAH PUN DITOLAK..SERBASALAH TAPI KITA TERIMA JE LA...
xxx
Para pelajar undang undang/pengurusan
atau wartawan sukan punya bahan menarik utk research..10HB DISEMBER FIFA AKAN
MENENTUKAN NASIB PSSI(bolasepak indonesia) dan 2 liga yg bersaing IPL DAN
ISL(yg tak di iktiraf PSSI)...SAFEE DAN PELITAJAYA DLM LIGA YG
DIHARAMKAN..bagaimana dia boleh pindah ke AREMA INDONESIA yg juga dlm
ISL..munkin dia di LOAN..dlm peraturan FAM PEMAIN YG DI LOAN TAK BOLEH DI LOAN
KALI KEDUA...tp berita melapurkan dia di loan ke johor..Lebih menarik Kalau
FIFA MENGGANTUNG PSSI isnin ini..mengikut surat FAM kita tidak boleh berurusan
dgn mana mana kelab di indonesia..Bagaimana dgn safee yg hanya di
pinjamkan..bagaimana ITC NYA BOLEH DIKELUARKAN SEDANGKAN KELABNYA TIDAK DI
IKTIRAF..pemain kita mijo dadic dari kelab liga ISL tak dapat ITC tp mcm mana
safee dpt itc MALAH DI KHABARKAN ITC DI SUBMIT SEBELUM SAFEE TT PERSETUJUAN
MENYERTAI JOHOR FC...semua ini cukup menarik utk di kaji THE MECHANICS OF
MSIAN/INDONESIAN FB ADMIN....pada yg minat laa..
xxx
Penjelasan FAM
Sementara itu, penyertaan Safee ke Johor yang dikatakan tergesa-gesa
kelmarin tidak wajar dijadikan isu kerana perpindahan itu demi menyelamatkan
karier pemain tersebut, kata Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia
(FAM), Datuk Azzuddin Ahmad.
Menurutnya, semua pihak perlu melihat skop yang lebih besar iaitu mengenai
masa depan Safee jika masih beraksi dalam Liga Super Indonesia (ISL) ekoran
kemelut dalaman yang masih gagal diselesaikan oleh Persatuan Sepak Bola Seluruh
Indonesia (PSSI).
Tambahnya, perpindahan Safee juga tidak mengganggu fokus penyerang berusia
28 tahun itu dalam menghadapi saingan separuh akhir Piala Suzuki AFF, Ahad ini.
“Perpindahan Safee demi kebajikannya pemain utama kebangsaan yang perlu
dijaga.
“Jika PSSI digantung, ia boleh menjejaskan peluang Safee bermain dengan
skuad kebangsaan dan perkara ini harus diselesaikan secepat mungkin demi masa
depan Safee," katanya ketika ditemui di Wisma FAM, kelmarin.
Safee menandatangani kontrak dengan Johor kelmarin, di Wisma FAM setelah
sesi sebenar yang dijadualkan di sebuah hotel di sini tidak dapat diadakan
kerana Safee tidak hadir.
Ekoran itu, pengurusan PBNJ yang diketuai Presidennya, Tunku Mahkota Johor,
Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim ke Wisma FAM untuk menemui Safee.
Penyerang Arema itu bersetuju menyertai Johor atau kini dikenali Darul
Takzim FC secara pinjaman musim 2013 selama setahun.
Azzuddin menambah, jika Safee kehilangan peluang bermain ekoran
penggantungan sebarang aktiviti bola sepak di Indonesia, beliau yakin ramai
akan menyalahkan FAM kerana gagal bertindak cepat.
“Jika kelab yang diwakili Safee digantung, sudah tentu ramai pihak akan
mengkritik FAM dengan pelbagai kemungkinan seperti tidak memberikan nasihat
atau peringatan kepadanya sebelum perkara-perkara ini terjadi," katanya.
Azzuddin juga berharap kemunculan mengejut Tunku Ismail di Wisma FAM, Kelana
Jaya bagi menemui Safee kelmarin, tidak sewajarnya menjadi isu.
“Baginda mempunyai hak selaku Presiden PBNJ yang merupakan salah satu ahli
gabungan FAM," katanya.
Pengurus peribadi Safee, Zakaria Rahim, menjelaskan Johor akan membuat
pengumuman rasmi mengenai perpindahan Safee selepas berakhirnya kempen negara
dalam Piala Suzuki AFF.
No comments:
Post a Comment