Hidup Mati Bertemu Laos
Oleh
FERZALFIE FAUZI@ferzalfie.fauzi@utusan.com.my
KUALA
LUMPUR - Tidak ada keputusan lain kecuali menang ke atas Laos, itulah janji dan
harapan pengendali skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagobal menjelang pertemuan
kedua peringkat kumpulan Piala AFF Suzuki 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil
malam ini.
Saya kenal pemain saya, saya tak janji juara, saya
cuma jangka kita kalah 1-0 atau seri…APA SEMUA NI?
|
Bagi meraih kemenangan
dalam perlawanan yang amat penting itu, Rajagobal bertekad untuk melakukan
perubahan besar-besaran termasuk kesebelasan pemain, intensiti permainan lebih
tinggi dan tempo jauh lebih berkesan.
Katanya, Laos adalah
pasukan yang bagus, selepas melihat mereka berjaya mencatat keputusan seri
ketika bertemu Indonesia dalam perlawanan pertama Ahad lalu, namun pemainnya
harus fokus serta melupakan kekecewaan aksi pertama apabila mereka kecundang
kepada Singapura 0-3.
"Kita tidak bermain
dengan baik selepas melepaskan tiga gol ketika bertemu Singapura dalam
perlawanan pertama, saya terima kekalahan tersebut dan tidak menjangkakan
perkara buruk seperti itu akan berlaku.
"Bagaimanapun saya
ingin bertanya kepada anda semua adalah kita perlu terus berasa risau tentang
keputusan tersebut atau memberi perhatian terhadap pertemuan seterusnya bertemu
Laos? Saya seorang pejuang dan saya tidak akan berputus asa," katanya pada
sidang akhbar di sini, semalam.
Jelasnya, esok (hari ini)
semua akan lihat perubahan yang bakal dilakukannya dan dia telah memberitahu
kepada seluruh pemainnya bahawa akan ada pertukaran selepas aksi longlai dalam
perlawanan pertama Ahad lalu.
"Seperti kata
Nicholas James Vujicic yang tidak mempunyai tangan dan kaki, jika anda jatuh
berjuta kali bangun dan teruskan langkah maju ke depan. Saya memberitahu kepada
pemain akan melakukan perubahan dan saya sangat serius, apa yang saya kata,
saya akan lakukan.
"Pemain saya sangat
profesional, saya memberitahu mereka akan ada perubahan dan bersedia untuk
melakukan arahan yang akan saya berikan, saya percaya pengurus pasukan dan
penolong jurulatih memahami apa yang bakal saya lakukan nanti. Pemain hanya
perlu masuk ke dalam padang dan beraksi sebaik mungkin," katanya.
Jurulatih berusia 56
tahun itu berkata, Laos dilihat mempunyai keazaman yang tinggi dalam kempen AFF
Suzuki kali ini mereka sentiasa melakukan serangan balas dan jika hilang bola
akan berusaha keras merampasnya semula.
"Kita tidak boleh
pandang mudah pasukan kelayakan seperti Laos dan Myanmar ketika mereka beraksi
di peringkat kumpulan, kita perlu menghormati mereka tetapi saya tetap yakin
kita mampu mengatasi mereka esok (hari ini).
"Kita perlu terus ke
depan dan saya akan mengambil tanggungjawab ini sebagai jurulatih, pemain juga
perlu bertanggungjawab di atas padang. Mengenai penyokong, mereka harus
mencontohi penyokong Indonesia yang terus memberi sokongan walaupun mereka
tewas dalam perlawanan akhir pertama pada AFF 2010.
"Mereka sangat
patriotik ketika itu. Saya tidak boleh melakukan apa-apa jika penonton kurang
pada perlawanan kedua nanti. Saya sangat patriotik, sebarang tanggapan dan
kritikan terpulang kepada diri masing-masing.
Tambahnya, semua rakyat
Malaysia perlu ingat bahawa pasukan bimbingannya telah melakukan perubahan
besar dalam tempoh 20 tahun termasuk menjuarai AFF Suzuki 2010 dan kejayaan
tersebut tidak harus dilupakan.
***
Rajabobal: Perubahan Besar Apabila Bertemu Laos
27 November 2012
KUALA LUMPUR - Ketua jurulatih
kebangsaan Datuk K. Rajagobal bakal membuat perubahan besar apabila skuad
Harimau Malaya menghadapi Laos dalam kejohanan Piala AFF Suzuki Kumpulan B di
Stadium Nasional, Bukit Jalil malam esok.
Beliau berkata beberapa posisi pemain
perlu diperkuat bagi memastikan kemenangan.
"Saya tahu perlawanan menentang
Laos adalah sangat penting dan sudah tentu fokus saya ialah untuk memungut tiga
mata. Oleh itu
saya akan membuat perubahan besar, tetapi saya tidak boleh memberitahu nama pemain
yang akan diketepikan," katanya kepada pemberita selepas
mesyuarat pengurus Kumpulan B di Seri Kembangan hari ini.
Setelah kalah 0-3 dengan Singapura
sebelum ini, skuad kebangsaan mesti menang menentang Laos dan kemudiannya
Indonesia bagi menghidupkan peluang ke separuh akhir.
Rajagobal mengingatkan pemainnya
agar melupakan kekalahan dengan Singapura dan menumpukan perhatian untuk
menentang Laos.
"Ya, saya akui kita kalah
(kepada Singapura) dan saya percaya setiap orang tahu kita tidak bermain
seperti yang dijangkakan (selaku juara bertahan) tetapi kini masa untuk pemain
melupakan kekalahan dan fokus kepada perlawanan seterusnya," katanya.
Mengulas prestasi Laos, beliau
berkata beliau tidak memandang rendah pasukan yang dilatih jurulatih Jepun itu,
Kokichi Kimura.
"Laos adalah pasukan yang
bagus, mereka pantas apabila menyerang, pemain mereka dipersiap dengan baik
tahun ini," katanya.
Kokichi pula berkata beliau mahu
pemainnya memberi yang terbaik untuk perlawanan esok bagi memasti laluan ke
separuh akhir.
"Jika Malaysia bermain 100
peratus, saya mahu pemain saya bermain 120 peratus bagi memperoleh tiga
mata," katanya.- Bernama
***
Pengurus: Rajagobal Tidak Perlu Letak Jawatan
NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH@27 November 2012
"APA lagi yang ingin
dipertikaikan, bagi saya tiada sebab kenapa Datuk K.Rajagobal perlu
mengundurkan diri," demikian reaksi pengurus skuad Kebangsaan, Datuk
Subahan Kamal ketika ditemui di padang Wisma FAM, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika
ditanya mengenai desakan peminat yang mahu jurulatih berusia 50 tahun itu
mengundurkan diri berikutan prestasi hambar skuad Harimau Malaya ketika
menentang Singapura dua hari lepas.
Jelasnya, beliau bukan ingin mempertahankan
Rajagobal atau sebaliknya, tetapi berharap peminat dapat berfikiran profesional
dan mengenang kembali jasa jurulatih itu dalam dunia bola sepak negara.
"Kalau ikut senario bola sepak,
kita hilang selama 20 tahun, dan apabila Rajagobal dipilih sebagai jurulatih,
beliau yang mengembalikan kegembilangan bola sepak.
"Kita mengakhiri penantian
selama 20 tahun dengan memenangi Sukan SEA, kita menang Piala AFF buat kali
pertama selepas 14 tahun dipertandingkan.
"Dan, hari ini dalam jangka
masa tiga atau empat tahun, kita telah menang tiga piala (gelaran) iaitu Sukan
SEA 2009, Sukan SEA 2011 dan Piala AFF 2010," kata Subahan.
Tambahnya, "dengan itu, kita
adalah lebih baik daripada mana-mana pasukan Asia, jadi apa yang lagi ingin
dipertikaikan."
"Saya mahu peminat faham dalam
dunia bola sepak sebegitulah, ada menang dan kalah," katanya.
Kekalahan 0-3 skuad kebangsaan
kepada Singapura dalam aksi perlawanan pembukaan Kumpulan B Piala AFF Suzuki
Ahad lepas, nyata memberi kesan kepada peminat tanah air sehingga menimbulkan
kemarahan dan ketidakkepercayaan rakyat Malaysia terhadap kemampuan Rajagobal
dalam misi mempertahankan juara dua tahun lepas.
Mengulas lanjut, Subahan yang juga
Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berharap penyokong Malaysia
tidak cepat putus asa dan sentiasa memberikan sokongan kepada skuad kebangsaan
dalam mengharungi saingan piala berkenaan.
"Saya tidak mahu kalau menang,
kita dipuji, kalau kalah, kita dimaki.
"Sebagai penyokong sejati
Harimau Malaya, sokongan bukan sahaja ketika mencapai kemenangan, tetapi juga
ketika mengalami kekalahan.
"Adalah tidak adil jika skuad
Harimau Malaya terus dihukum kerana kekalahan pada perlawanan pertama kepada
Singapura kerana kita masih mempunyai peluang untuk bangkit semula,"
katanya yang yakin Malaysia mampu menepati sasaran mara ke separuh akhir.
"Sebagai pengurus, saya tetap
yakin dengan kemampuan para pemain. Lagipun, dilihat kepada semangat
berkobar-kobar yang ditunjukkan oleh pemain, saya yakin kita mampu mengutip
tiga mata dan menewaskan Loas.
"Apa-apa pun, kita janganlah
memandang rendah dengan kemampuan Loas, mereka juga mahukan kemenangan,"
ujar beliau yang mengharapkan peminat bola sepak tempatan agar terus memberikan
sokongan kepada skuad Harimau Malaya apabila berdepan Laos malam esok.
No comments:
Post a Comment