28 November 2012

Selamat Tinggal Kelate!

Mat Yo sah milik Johor
NORSHIKIN MOHD SALLEH@27 November 2012
PENYERANG kontroversi, Norshahrul Idlan Talaha sah menyertai pasukan Harimau Selatan bagi musim 2013, selepas menandatangani kontrak bersama Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), di ibu negara, malam ini.
Sesi tandatangani kontrak diadakan secara tertutup di sebuah hotel, kira-kira jam 9 malam ini.
Selamak Tingga Kelate!!!
Perkara itu dimuktamadkan selepas beberapa jam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan Pemain Paling Bernilai kali ketiga berturut-turut itu bebas untuk bermain dengan mana-mana pasukan musim depan.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Suhairi Hashim mengesahkan mengikat kemasukan penyerang sensasi itu bersama pasukan Johor.
“Saya mengesahkan PBNJ telah menandatangani kontrak bersama Mat Yo. Mat Yo secara sah akan bersama Johor bagi kontrak dua tahun,“ katanya kepada Sinar Harian.
Bagaimanapun kata Suhairi, butiran lanjut kontrak tidak didedahkan dan sebarang kenyataan mengenai perkara itu hanya akan diumumkan Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor, dalam masa terdekat.
“Kita ucapkan terima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) kerana membantu dan FAM juga demi melihat kejayaan dan kemajuan bola sepak Malaysia,” katanya.
Kurang beberapa jam lalu, Mat Yo disahkan terlepas dari sebarang kontrak dengan Kafa apabila FAM  memutuskan bahawa pemain paling bernilai itu kini bebas dan boleh beraksi dalam mana-mana pasukan lain musim depan.
Perkara terbabit diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Status FAM, Datuk Takiyuddin Hassan di Wisma FAM, pagi tadi.
***
FAM: Mat Yo bebas kontrak Kafa
NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH@27 November 2012
KEMELUT antara Norshahrul Idlan Talaha dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) akhirnya menemui jalan penyelesaian apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini memutuskan bahawa pemain paling bernilai itu kini 'bebas' daripada sebarang kontrak dengan Kafa.
Ini diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Status FAM, Datuk Takiyuddin Hassan di Wisma FAM, hari ini.
"Setelah mendengar dan meniliti dokumen yang dikemukakan, maka jawatankuasa yang bersidang memutuskan bahawa kontrak Norshahrul atau dikenali Mat Yo tamat dan berkuat kuasa hari ini.
"Hari ini juga secara rasminya, wakil Kafa yang hadir di hadapan Jawatankuasa Status turut mengesahkan bahawa pihak mereka tidak akan mendaftar nama Mat Yo bagi mewakili Kelantan pada tahun 2013.
"Jadi,  Mat Yo kini bebas dan boleh beraksi dalam mana-mana pasukan lain musim depan," katanya.
Menurut Takiyuddin, setelah kontrak tersebut ditamatkan, maka dari segi undang-undang, pemain tersebut boleh didaftarkan oleh mana-mana pasukan yang berminat untuk mengambilnya dalam liga Malaysia musim depan.
"Apabila diumumkan telah bebas, maka dia sudah tidak terikat dengan Kafa. Jadi mana-mana pasukan boleh mendaftarnya untuk musim depan.
"Begitu pun, pihak terbabit perlulah mematuhi setiap syarat yang ditetapkan," ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Takiyuddin turut menjelaskan bahawa pemain yang menamatkan kontraknya secara sebelah pihak, perlu membayar baki bayaran kontraknya kepada pasukan asal.
"Mengikut perkara 8.5 kontrak pemain -  pemain yang menamatkan kontrak sebelah pihak perlu mmbayar baki kontraknya kepada pasukan asal.
"Dan kami dimaklumkan kontrak Mat Yo dengan Kafa masih berbaki setahun, jadi, Mat Yo perlu membayarnya.
"Jumlah bayaran tersebut bagaimanapun tidak dapat dijelaskan hari ini," kata beliau.
Tambah Takiyudin, "Mat Yo perlu membuat secara afidavit mengenai jumlah bayaran yang perlu dibayar kepada Kelantan, seperti mana yang diminta oleh Kafa."
"Dan Kelantan akan menjawab dalam bentuk affidavit jawapan.
"Apabila ada afidavit dan jawapan, barulah FAM akan memanggil untuk mendengar isu berkaitan tebusan kontrak dan lain-lain.
"Selepas itu, baru kami akan putuskan mengenai jumlah bayaran tersebut," jelasnya lagi.
***
Tan Sri Annuar Musa@28-11-2012  
Di fahamkan Mat Yo berada di hospital kerana E.N.T Problem..mungkin esok tak turun lawan LAOS..NAMUN DALAM TAK SIHAT TU SU PBNJ DIKATAKAN DATANG DAN MEREKA MENANDATANGANI KONTRAK PETANG TADI......MENARIK PENTADBIRAN BOLASEPAK DI MALAYSIA..saya tak pasti apakah ini boleh berlaku dibawah FIFA/UEFA/AFC..dimana PASUKAN BARU YG BELUM SELESAI RUNDINGAN PERPINDAHAN DENGAN KELAB ASAL BOLEH TERUS SIGN DGN PEMAIN YG MENAMATKAN KONTRAKNYA 24JAM DGN HANYA SEKEPING SURAT SEDANGKAN KONTRAK BELUM DI TEBUS DAN HUTANG PERIBADI BELUM SETTLE..SEOLAH OLAH KELAB ASAL TIDAK PUNYA SEBARANG HAK APA APA DAN SEMUA PIHAK BOLEH BUAT SESUKA HATI..APA PUN KITA AKAN LIHAT BAGAIMANA KES INI DI URUSKAN OLEH PENGUASA BOLA MALAYSIA...

No comments: