Kelantan sudah memulakan latihan utk saingan musim 2013 |
KOTA BHARU - Lebih 95 peratus
senarai pemain The Red Warriors yang diumumkan Presiden Persatuan Bola Sepak
Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa malam tadi, kekal bagi menghadapi saingan
Liga Malaysia musim depan.
Antara pemain yang kekal adalah Mohd
Badhri Radzi, Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Daudsu Jamaludin, S Subramaniam, Mohd
Shakir Shaari, Indra Putra Mahayuddin, Mohd Norfarhan Muhammad serta
Obina Nwaneri.Beberapa pemain baru juga turut
diumumkan iaitu Mohd Haris Safwan Md Kamil yang sebelum ini beraksi di Johor
FC, K Nanthakumar dari Perak serta Zairo Annuar Zailani dan Mohd Faiz Subri
dari T-Team.
Beberapa pemain Kelantan musim ini
mengambil keputusan untuk berhijrah ke pasukan lain seperti Mohd Nurul Azwan
Roya (Johor), Muhammad Ramzul Zahini Adenan (Selangor), Azlan Ismail dan S
Chanturu (Perak)
Sementara itu, Annuar Musa berkata, Mohd Badhri Radzi (Piya) dikekalkan sebagai
ketua pasukan sementara Indra Putra pula sebagai timbalan ketua pasukan pada
musim depan.
"Alhamdulillah, kita bertuah kerana mempunyai ramai pemain yang memiliki
kualiti kepimpinan yang tinggi. Selain Piya dan Indra, kita turut ada Shakir,
Khairul Fahmi, Subra, Farhan dan ramai lagi yang memiliki skil kepimpinan
semula jadi," katanya ketika mengumumkan senarai pemain Liga Malaysia
Kelantan 2013 di Dataran Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.
Mengenai status Norshahrul Idlan
Talaha (Mat Yo) dan Mohamad Ghaddar, Annuar berkata, nama pemain paling
bernilai 2012 itu tidak disenaraikan dalam senarai pemain untuk musim depan
tetapi Kafa masih lagi berbincang dengan Ghaddar sama ada pemain dari Lubnan
itu masih berminat untuk bersama The Red Warriors lagi.
"Saya tidak mahu menghangatkan
lagi isu Mat Yo, biarlah kita lepaskan dia dan kita dapat berikan tumpuan untuk
mantapkan pasukan bagi menghadapi saingan musim depan," katanya.
Kira-kira 8,000 penyokong The Red
Warriors memenuhi laluan perarakan tiga piala dari Hotel Renaisance ke Stadium
Sultan Muhammad IV.
Kelantan mencipta sejarah treble
musim ini apabila menjuarai tiga piala berprestij Liga Malaysia iaitu Piala FA,
Juara Liga Super dan Piala Malaysia.
***
Petikan Laman FB TSAM
23-11-2012
23-11-2012
ALHAMDULILLAH REZEKI TRW...WALAU ADA PENAJA YG TAK
LAGI MENAJA 2013,DGN TAKDIR ALLAH KITA BAKAL DAPAT PENAJA2 BARU YG LEBIH
BESAR..PASUKAN PEMASARAN KITA SEDANG BEKERJA KUAT MENYEMPURNAKAN KONTREK
TAJAAN..BERKEMUNGKINAN JERSI KITA BERUBAH WAJAH MUSIM DEPAN...SYUKUR
ALHAMDULILLAH!!
***
Latest....TRW BERSETUJU MENGIKAT SEORANG LAGI PEMAIN
TEMPATAN YG TELAH MENJARINGKAN 11GOL MUSIM LALU DGN PASUKANNYA...DAN DLM FASA
TERAKHIR RUNDINGAN UTK MEMBAWA SEORANG PEMAIN KEBANGSAAN SEBUAH NEGARA ASIA YG
BERAKSI DGN KELAB DLM AFC CHAMPIONS LEAGUE(KEJUARAAN YG LEBIH TINGGI DARI AFC
CUP)....tunggu beritanya minggu depan...
***
Metro hari ini melapurkan kenyataan CEO T
TEAM..beliau meniti zon bahaya DGN MENGUGUT DAN MENUDUH ZAIRO DAN FAIZ SERTA
KAFA..saya harap beliau lebih berhati hati jika tak mau berdepan lebih byk
masaalah..T TEAM bebas utk bertindak samaada melapur pd FAM atau SPRM..Tapi jgn
cuba membuat DEFAMATION DLM MEDIA KERANA AKIBATNYA BURUK SEKALI..Jgn cemarkan
nama pemain sewenang2 spt mana pernah dibuat seorang jurulatih satu ketika dulu
dan kemudian didapati tidak benar..Zairo dan faiz telah lakukan APA YG HAK BAGI
MEREKA..PERKARA YG SAMA DILAKUKAN OLEH SEMUA PEMAIN TEMPATAN DAN
IMPOT..sedangkan player yg ada kontrek sampai 2013 spt AZIDAN DAN MAT YO pun
boleh keluar APA LAGI ZAIRO DAN FAIZ..MEREKA BEBAS MEMILIH PASUKAN KERANA
MEREKA ADALAH FREE AGENT..APA PUN MEREKA AKAN HANYA MENYERTAI KELANTAN MULAI
2Zhb DISEMBER 2012..
No comments:
Post a Comment