KUANTAN, 11 Nov 2012– Timbalan
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu
jurulatih skuad kebangsaan Datuk K. Rajagobal berhenti mencuba-cuba pemain dan
kenal pasti kesebelasan utama.
Baginda yang bimbang dengan prestasi
skuad Harimau Malaya sejak kebelakangan ini juga mahu Rajagobal mengenal pasti
punca pasukan negara kalah kepada Vietnam dan Thailand dalam perlawanan
persahabatan baru-baru ini.
“Ini satu kebimbangan dan saya
berharap lain kali kalau ada perlawanan persahabatan di luar negara seharusnya
kita membariskan pemain utama, cukup-cukuplah percubaan, apa yang lebih penting
kenal pasti kesebelasan utama.
Jersi Skuad Bolasepak Malaysia 2013 |
“Biarpun tidak semua bermain,
sekurang-kurangnya sebahagian besar terlibat dalam perlawanan ini
(persahabatan). Jika kita kerap tukar pemain, kita tidak akan dapat pemain yang
serasi,” katanya. Baginda yang ditemui pemberita pada Program Kayuhan Diraja
Karnival Rakyat 2012, di sini hari ini, diminta mengulas mengenai prestasi
merundum Harimau Malaya menjelang kejohanan Piala AFF Suzuki 2012.
Malaysia yang kini berkedudukan
ke-163 dunia diundi dalam Kumpulan B bersama Indonesia, Singapura dan Laos,
sementara Vietnam yang beranking ke-140 diundi bersama Thailand, Filipina dan
Myanmar dalam Kumpulan A.
Mengulas lanjut, Tengku Abdullah
berkata baginda memahami taktik Rajagobal yang tidak membariskan pemain utama
ketika perlawanan persahabatan adalah untuk mengenal pasti pemain. Namun
kata baginda, pada masa yang sama skuad negara memerlukan kemenangan untuk
memberi mereka momentum dan sokongan moral bagi menghadapi kejohanan Piala AFF
Suzuki.
“Saya rasa begitu banyak masa telah
kita berikan untuk perkara tersebut tetapi dua kali kalah ini, merupakan satu
kebimbangan untuk skuad Harimau Malaya terutama menjelang Piala AFF Suzuki,”
katanya.
2 comments:
Jersi baru 2013 tu mahal sangat la... tunggu yg pasar malam je.... huhuhu
Pendapat peribadi ambo jersi baru ni nampak kurang ummph!
Post a Comment