27 November 2012

Raja Cuba Lepas Diri, Tuding Jari Terhadap Pemain

Raja! Sila Beri Penjelasan!!!
SHAH ALAM - Jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal memilih untuk menyalahkan barisan pemain selepas skuad Harimau Malaya tumbang 0-3 kepada Singapura pada aksi pertama Kumpulan B Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin.
Apex dijadikan kambing hitam meskipun dia berkulit putih!
Bagaikan mahu melepaskan diri, beliau menjadikan penjaga gol utama negara, Khairul Fahmi Che Mat sebagai sasaran kemarahan kerana dikatakan melakukan kesilapan tidak sepatutnya pada perlawanan tersebut.
Beliau berkata, kesilapan Khairul Fahmi atau Apek yang gagal menumbuk keluar bola dengan kemas hingga menyebabkan kapten Singapura Shahril Ishak menjadikan kedudukan 2-0 pada babak pertama, menyebabkan moral pasukan merudum.
“Kita sepatutnya tidak membenarkan jaringan gol kedua itu kerana ia memberi kesan kepada moral pasukan. Saya tidak menjangka kita akan bolos tiga gol pada pertemuan ini. Saya sangat kecewa dan terima hakikat kekalahan pasukan kita,” katanya selepas perlawanan.
Memuji kebangkitan ditunjukkan pada separuh masa kedua, Rajagobal berkata, mereka miliki sekurang-kurangnya dua peluang pada babak pertama namun gagal dimanfaatkan dengan baik oleh pemain, terutama di bahagian serangan.
Namun, beliau akui pemainnya agak tertekan kerana memikul status sebagai juara bertahan Piala AFF Suzuki, sementara pasukan Singapura bermain lebih baik.
"Kita tiada pilihan lain lagi kecuali perlu mencatat kemenangan dalam baki dua aksi selepas ini. Ia tampak sukar tapi pemain harus bertanggungjawab kerana mereka, pasukan berada di situasi seperti ini," katanya.
Begitu pun, Rajagobal memuji penyerang Paling Bernilai 2012, Norshahrul Idlan Talaha yang beraksi baik kelmarin.
Malaysia kini menghuni tangga tercorot Kumpulan B tanpa sebarang jaringan.
Untuk petemuan dengan Laos malam esok, Rajagobal dikatakan akan merombak barisan pemainnya bagi menghidupkan semula peluang Malaysia ke separuh akhir.
***
SKUAD ‘eksperimen’ pun tewas, inikan pula ujian sebenar. Ternyata, reputasi selaku juara bertahan Piala Suzuki AFF hanya tinggal sejarah buat Malaysia apabila gagal dalam ujian sulung kempen kali ini sebaik ‘dikerjakan’ Singapura 0-3 dalam aksi Kumpulan B di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi - Petikan Akhar Kosmo hari ini. Satu sindiran yang cukup tajam buat pengendali skuad Harimau Malaya Datuk K. Rajagobal yang sebelum ini "Berkeras" mempertahakan aksi LONGLAI 'skuad eksperimen’ dalam beberapa perlawanan persahabatan terdahulu. Sambil menyifatkan "RANKING" tidak penting buat pasukan kebangsaan, Rajagobal terpaksa akhirnya terpaksa menelan semua kata-katanya sebelum ini apabila pasukan yang dibanggakanya itu di perbudak-budakan oleh seteru tradisi Singapura 0-3 dalam aksi pembukaan semalam. Kekalahan tersebut membangkitkan kemarahan dikalangan penyokong Harimau Malaya yang mempersoalkan tempoh dua tahun yang diperuntukkan oleh K. Rajagobal untuk mempersiapkan pasukan bagi mengharungi cabaran pada kejohanan tersebut. Berbekalkan 'TagLINE' "Saya Kenal Pemain Saya" Rajagobal dijangka berdepan laluan sukar berhadapan dengan Loas Rabu ini dalam usaha mencari tiga mata pertama bagi mencerahkan peluang mara ke pusingan seterusnya selain mencuci "ARANG" di muka akibat KEANGUHAN diri sendiri. Berdasarkan aksi yang dijelmakan oleh pasukan Loas ketika mengikat Indonesia 2-2 semalam, memberikan gambaran bahawa skuad Rajagobal bakal berdepan satu lagi tugas berat untuk mempertahankan kejuaraan tersebut. Mahu tidak mahu, Rajagobal perlu memikirkan perancangan terbaik bagi mengelakkan pasukannya terus dimalukan dibumi sendiri. Tidak keterlaluan,jika saya mengatakan maruah BOLA SEPAK NEGEARA kini tergalas di bahu Rajagobal untuk menyediakan ramuan terbaik untuk menyekat pasukan tersebut dari terus mencalarkan maruah pasukan negara. Apapun kita tunggu perlawanan kedua nanti..... adakah Harimau Malaya bakal Mengaum atau MENGUAP (AbeYa Kelate.Net)
*** 
 MEMALUKAN! Itulah ungkapan ringkas dan tepat yang boleh disimpulkan selepas menyaksikan skuad Harimau Malaya, kendalian Datuk K Rajagobal tewas 0-3 dengan Singapura pada perlawanan pembukaan Kumpulan B Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Apa lagi alasan Rajagobal. Pelbagai eksperimen dilakukan, namun akhirnya keputusan tersebut jelas membuktikan betapa skuad Harimau Malaya belum mampu menunjukkan taring sebenar.
Pada masa sama, harapan peminat yang ingin melihat aksi mantap daripada barisan pemain Malaysia setelah mempamerkan aksi hambar dalam perlawanan persahabatan sebelum ini terus kempunan.
Sebaliknya, mereka semakin membuatkan peminat bola sepak negara tertanya-tanya mengenai keupayaan skuad Harimau Malaya dalam mempertahankan piala yang dimenangi dua tahun lepas itu.
Ternyata, reputasi selaku juara bertahan Piala Suzuki AFF hanya tinggal sejarah buat Malaysia dan jurulatihnya. Oleh itu, Rajagobal harus sedar dan kembali 'berpijak di bumi nyata' andai mahu kekal bergelar juara kali ini.
Jika anak buah Rajagobal terus menampilkan aksi longlai sebagaimana ditampilkan sebelum ini, mereka mungkin sudah boleh melupakan misi untuk mempertahan kejuaraan Piala AFF Suzuki kali ini.
Dalam pada itu, kegagalan menumpaskan pasukan Singapura bukan sahaja semakin membimbangkan, malah ia turut mengundang kritikan negatif daripada seluruh peminat pencinta bola sepak kebangsaan sehingga ramai yang beranggapan jurulatih yang berusia 50 tahun itu harus dipecat atau mengundurkan diri demi imej bola sepak negara.
Bukan setakat itu, pelbagai pihak mula memberikan reaksi balas berhubung prestasi Harimau Malaya.
Berdasarkan tinjaun Sinar Harian Online hari ini, rata-rata peminat Malaysia melahirkan rasa kekecewaan dan menganggap keputusan yang dicatat oleh skuad Kebangsaan sangat memalukan dan beranggapan situasi tersebut berlaku disebabkan aspek kejurulatihan yang diberi oleh Rajagobal tidak menjadi.

Ikuti pandangan yang diutarakan oleh pembaca Sinar Harian Online:
Syed Munir: "Sangat menghampakan. Pasukan Malaysia langsung lesu dan tidak bermaya. Apek langsung tak perform. Tidak lawan matia-matian."
"Itu lah akibat diberi segala ganjaran terlalu awal, patut diberi berperingkat2. Mereka rasa mereka dah 'mencapai', jadi tak perlu berusaha lagi. Mereka juga rasakan mereka dah bagus jadi akan menang dgn mudah."
PakLang PakLong: "Adat permainan kalah dan menang tapi kali ini telalu teruk, jika perlawanan pemanas badan boleh seri dengan Bangla tidak mustahil akan terus kecundang berganda-gandar... penyokong Malaysia menganjingkan pemain Singapura akhirnya 'penyokong' Malaysia dibalas dengan kekalahan ia ibarat anjing kurap..."
 
DzulsharifDzul Sharif: "Aku setuju dengan pandangan orang lain, sebab pemain Malaysia ini banyak sangat masalah....tak fokus!!"
"Mereka ini tiada langsung semangat perjuangan untuk negara. longlai dan aksi macam tahap budak kampung... mana pemain kesebelasan utama? Hanya pemain taraf pemain simpanan dalam liga M.... semuanya tak boleh harap."

Us Nsd: "Saya rasa pemain-pemain semuanya OK, cuma kserasian tiada... sebab pasukan Harimau Malaya tidak ada pasukan ksebelasan utama yang mantap... asyik tukar pemain baru aje.."
"Kenapa tak masukkan pemain-pemain lama, pemain-pemain yang mebawa pasukan Harimau Malaya menjadi juara Piala AFF... kalau asyik tukar pemain, sampai bila keserasian dapat dicapai. Contohnya, Singapura mengekalkan pemain-pemain lama, sampai ada pemain yang umurnya 42 tahun pun masih lagi bermain kerana kserasian tu yang penting..."
"Satu lagi kalau boleh jurulatih itu tukarlah, cari jurulatih dari luar negara sebab kalau jurulatih luar negara, mereka akan memilih pemain yang betul-betul hebat, kerana dia tadak ada taksub pada satu-satu negeri... dia pilih berdasarkan kebolehan pemain."
 
Razali Mohamad Mohamad: "Sakit kepala. Memalukan. Pemain umur 42 tahun dapat skor gol. Rasanya lawan Kelantan lagi baik... teori sebelum perlawanan... memalukan... jurulatih pilih bulu, jadi jurulatih biar orang benci... tapi tektikal menjadi. Bagi saya jurulatih perlu cari jalan untuk kesefahaman pemain... pemain kena menghormati satu sama lain... jangan kira gaji besar kecil... hormat-menghormat tiada... suka salah kawan-kawan."
Dato Torsco Kassim: "Malaysia akan kalah semua perlawanan, gugurkan Rajagopal. Ramai pemain yang layak tak dipanggil dalam team Malaysia dengan alasan kuda tua... pandangan yang bodoh, kita main untuk menang."
"Tengok sahaja Singapura umur pemain 42 tahun boleh skor gol. Malu malu malu."

Yusof Ismail: "Team Malaysia ini lebih pada publisiti... banyak pemain gila glamor..dengan artis, nak kahwin dengan artis, buat sidang media nak kawin... entah apa-apa."

Muhammad Norhafiz Hashim: "Memalukan. Namun kami Rakyat Malaysia tetap .enyokong Harimau Malaya. Teruskan usaha, perkara dah berlalu akan terus berlalu, fikirkan permainan yang bakal berlangsung... semoga Harimau Malaya berjaya mengharumkan Malaysia... itu yg kami mahu."

Farah Alia: "Jangan fikir benda yang sudah lepas. Fokus pada perlawanan akan datang... All The Best Harimau Malaya."
Suhardi Ali: "Keserasian antara pemain tiada. Tak faham apa yang jurulatih ajarkan."

Md K. Masri: "Pertahanan Bunyamin serta Aidil tidak serasi dan sering membuang bol... tengah Safiq & Rohidan tak berfungsi... ganti Bunyamin, Aidil, Amar Rohidan serta Kunalan... 'midfield' perlu Baddrol serta Shakir."
Khairudi Zainal Abidin: "Tiada pembaharuan dan strategi oleh jurulatih Rajagobal. Mengikut prestasi skuad negara semalam, jurulatih tidak belajar daripada kelemahan, kekalahan dan prestasi tidak memuaskan ketika perlawanan persahabatan sebelum ini."
"Sepatutnya jurulatih mencari ramuan terbaru, menyusun pemain-pemain lain dengan gabungan pemain senior dan berpengalaman seperti Hai O, Indra, Piya, Farhan, Amri Yahya, Shukor Adan, Marzuki Yusuf, Daudsu Jamaludin..."
"Gabungan ini akan meneruskan rentak permainan menjadi baik dan tersusun juga akan menjadi penghalang kepada pemain lawan... terbaik juga mengadakan perlawanan persahabatan antara pasukan pemain senior dan skuad negara untuk menguji prestasi pemain. Jadi,  masih belum terlambat, "please Rajagopal quits"... beri peluang kepada jurulatih baru dan mempunyai ramuan yang baik kepada skuad negara."
 
Richard Lee: "Punca kekalahan skuad kebangsaan malam tadi disebabkan tiada keserasian dan kesefahaman para pemain itu sendiri, jangan nak salahkan jurulatih sepenuhnya."
"Beliau telah melakukan yang terbaik untuk pasukan Malaysia, yang tinggal hanyalah para pemain bagaimana nak menterjemahkanya kembali, satu lagi sudah tiba masa nya pengurusan FAM dirombak dan diberikan peluang kepada mereka yang layak untuk menerajui tampok pengurusan tertinggi FAM..."

Fuad Husain: "Pertama dari segi teknikal, padang Bukit Jalil lebih teruk dari padang ragut NFC. Kenapa tidak main di Shah Alam. Kedua, amalam syaitan, tempah jersi baru kuning tapi tidak pakai. Ketiga, Rajagobal patut berhenti."

Mohd Noor Wagiran: "Pertahanan teruk la... tak jaga pemain lawan. Itu 'basic jer tu'. 'Midfielder' kena letak empat... so boleh menyerang dan defend jika perlu."

Mohd Ridzuan: "Terlalu sukar untuk terima kekalahan ni, sepatutnya permainan yang berkualiti ditunjukkan oleh permain di depan penyokong sendiri.""Keserasian permain amat tak menjadi lagi. Bahagian tengah langsung tak menjadi 'defend' pulak hilang fokus.. Lawan Laos kita perlu menang kalu tak selamat tinggallah AFF Suzuki, raking dah memang jatuh dah, apa pun ranking tak penting yang penting kita menang."

Lee Man: "Bagi saya Malaysia main kelam kabut. Kita kena tenang dan cuba kawal permainan. Jangan simpan bola... kena cepat dan jangan bagi peluang lawan memegang bola dengan lama... kena lebih agresif dan bertenaga... cuba perkuatkan prtahanan... cuba kombinasikan Safiq dan Badrul Bahtiar... Alex di letakan sebagai penyerang utama berganti dengan Safee dan Mat Yo... sayap Wan Zack dan Kunalan tapi kena kreatif jangan menonong serang dari tepi je... sesekali kena berani bawa ketengah... Safiq jangan turun ambik bola... kena kekal di bahagian dan membantu penyerang."
"Kena lebih cekap untuk perancangan. Saya percaya pada anda Safiq dan Badrul... anda berdua yang terbaik untuk ketika ini sebagai perancang utama untuk membantu pertahanan dan serangan... Alex kena diberi peluang untuk jadi 'top scorer'... saya percaya dengan kelicikan dan larian yag bertenaga beliau boleh menggegar gol lawan... moga kita berjaya....Insya-ALLAH.

Hisabdin Rahim: "Staus selaku juara bertahan bukan jaminan untuk menang, persiapan yang kukuh, latihan yang efektif dan komitmen yang bersungguh semua pihak harus ada dalam usaha membentuk team yang kuat dan ampuh."
"Selepas ini perlu ada rombakan besar-besaran, bukan hanya skuad malah FAM juga mesti distrukturkan semula, masih banyak pertandingan di hadapan, beralasan tidak akan membantu."
Zamani Dollah: "Rajagopal perlu memperkuatkan barisan pertahanan sebab banyak ruang kosong apabila serangan pihak lawan dibuat, barisan tengah nampak tak memainkan fungsi dengan betul contoh hantaran kurang tepat kepada penyerang."
"Penyerang perlu ada 'back-up'. Disarankan tengah diganti Pia @ Shakir. Rasanya pemainan akan datang pun macam semalam juga. Bahagian tepi perlu pemain laju untuk membuat hantaran ke petak."

Zainal Isnin: "Rajagobal lebih baik engkau letak jawatan, apa lagi alasan kamu... memalukan rakyat Malaysia sahaja.
 
Sesah Ben Lapah: "Inilah jadinya apabila kepentingan peribadi melebihi kepentingan bola sepak negara, Rajagobal masih menaruh yakin dan percaya kepada kail sejengkal yang ada padanya untuk menduga lautan."
"Lebih malang apabila Presiden FAM dan suku-sakat yang sewaktu dengannya masih terbelengu kebangangan yang teramat sangat apabila tidak dapat menilai apa yang diperolehi oleh pasukan negara sama ada merudum atau ada peningkatan semasa pasukan negara sedang dipersiapkan dalam kempen mempertahankan kejuaraan Piala AFF."
"Gagal menilai prestasi Rajagobal sebagai jurulatih samada masih relevan atau tidak di pentas yang semakin mencabar ini... seharusnya semua pihak sama ada FAM, mahu pun Rajagobal merenung sejenak.. ke mana bola sepak negara hendak dibawa.

Abidin Ahmad: "Kekecewaan memang ada... langkah terbaik adalah gugurkan orang-orang politik termasuk Rajagopal yang lebih ke arah mempolitikkan bola sepak negara."
"Sepatutnya tiga bulan sebelum pertandingan negara telah ada pilihan pemain yang terbaik... 22 pemain ini diuji kesesuaian posisi hingga mendapat kesebelasan utama... bukannya asyik buat eksperimen sehingga lahirlah pasukan ekperimen Harimau Malaysia, jelas sejak rajagopal mengendali ranking Malaysia jauh merundum... adakah kerana egokan gelaran Dato yang diterima? Jauhkan orang-orang politik dari memegang teraju sukan negara."
 
Shamsudin Salleh: "Kurang tatikal dan tekanan kepad lawan. Gerakan tiada idea pecah benting lawan dan mudah dipatahkan. Apa-apa pun perlu perubahan besar untuk menang."

No comments: