Perlawanan persahabatan Malaysia menentang Bangladesh menjelang Kejohanan Piala AFF Suzuki
Keputusan :- Malaysia (1) vs Bangladesh (1)
Baca betul-betul, Bangladesh???? dengan Bangladesh pun tak boleh.....tak tau nak kata apa lagi
***
Safee semakin menjadi-jadi (jadi tak best!) |
Itulah yang dapat digambarkan selepas skuad Harimau Malaya sekadar seri 1-1
dalam perlawanan persahabatan terakhir menjelang sepak mula Piala AFF Suzuki
2012, Ahad ini yang hanya berbaki 4 hari sahaja lagi.
Anak buah K.Rajagopal pada mulanya menunjukkan sedikit peningkatan dari
corak serangan pada awal permainan namun hanya pada minit ke-21, gol berjaya
dijaringkan menerusi tandukan Khyriil Muhymeen.
Namun Malaysia bagaimanapun gagal menambah lagi jumlah jaringan untuk
membawa keputusan 1-0 ini ke separuh masa kedua.
Rajagobal seterusnya membuat beberapa pertukaran termasuk menggantikan Mohd
Safee Mohd Sali dan Norshahrul Idlan Talaha dengan Mohamad Zaquan Abdul Radzak
dan Baddrol Bakhtiar di bahagian serangan.Percaturan tersebut gagal membuahkan hasil dengan jentera serangan gagal
menambah lagi gol walaupon beraksi lebih seorang pemain selepas Bangladesh
kehilangan Pronotosh Kumer yang dibuang padang pada minit ke-78.
Bangladesh akhirnya menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Md
Jahid Hasan Ameli pada minit ke- 82 selepas Mithun Chowdhry dijatuhkan oleh
pemain pertahanan negara, Irwan Fadzli Idrus.Keputusan seri 1-1 ini kekal sehingga tamat perlawanan.Selepas perlawanan, Rajagobal nyata tidak dapat menyembunyikan
kekecewaan terhadap aksi anak buahnya yang gagal menyempurnakan peluang yang
terhidang.“Separuh masa pertama kita memiliki banyak peluang namun hanya satu sahaja
berjaya disudahkan. Kita patut mendahului 2-0 pada masa itu.“Saya perlu memberi peluang kepada pemain-pemain lain untuk beraksi dan
itulah sebabnya saya melakukan beberapa pertukaran dibabak kedua” jelas
Rajagobal.Rajagobal juga turut memanggil semula Azamuddin Akil bagi menggantikan
Zaquan Adha yang cedera.
Sementara itu, jurulatih Bangladesh, A.K.M Saiful Bari nyata gembira dengan persembahan anak buahnya dalam perlawanan ini.
Sementara itu, jurulatih Bangladesh, A.K.M Saiful Bari nyata gembira dengan persembahan anak buahnya dalam perlawanan ini.
Gol penyamaan Bangla menerusi penalti |
“Pemain saya bermain dengan baik malam ini. Walaupon beraksi 10 main, mereka
tetap bersungguh-sungguh dan tidak berputus asa” katanya.
Malaysia akan memulakan cabaran Piala AFF 2012 pada Ahad ini dengan
menentang Singapura sebelum bertemu Laos pada 28 November dan Indonesia
pada 1 Disember 2012
No comments:
Post a Comment