29 November 2012

Dah Menang Kedai Masih Buka!


Harimau Kembali Bernafas
AFDAH MUJAP, MOHD FAHMI & FOTO: SAFWAN MANSOR@29 November 2012
Skuad Harimau Malaya yang terdesak memburu tiga mata, membaham skuad Kokichi Kimura 4-1, sekali gus melenyapkan seketika kekecewaan tewas pada perlawanan pertama.Safiq Rahim yang menerima kritikan sebelum ini membuka tirai jaringan pada minit ke-15 menerusi satu sepakan percuma selepas Norshahrul Idlan Talaha dijatuhkan di luar kotak penalti.Gol berkenaan berjaya menyuntik semangat pemain untuk  memburu jaringan tambahan namun, gandingan Safee-Mat Yo gagal menyempurnakan beberapa peluang terhidang.Menuju penghujung babak pertama Malaysia menggandakan asakan ke kubu Laos, namun kesilapan Safiq menghantar bola kepada pemain lawan membawa padah, apabila Khonesavanh Sihavong bijak menggunakan peluang untuk meledak gol penyamaan Laos pada minit ke-38.Bersambung babak kedua, Rajagobal melakukan pertukaran dengan mengeluarkan Azmi Muslim dengan memasukkan Zubir Azmi.Sedar hanya kemenangan sahaja mampu menyelamatkan kempen Malaysia pada kali ini, skuad kebangsaan kembali mengatur serangan dan hampir berada di hadapan, namun tandukan Safee pada minit ke-62 sedikit tersasar.
Khyril Muhymeen masuk sekejap dah jaring gol...
Bagaimanapun, empat minit kemudian penyerang Pelita Jaya itu menebus kesilapannya dengan jaringan kedua Malaysia selepas menyempurnakan hantaran Wan Zack Haikal.
Pada minit ke-75 tiba giliran Wan Zack mencetak nama selaku penjaring apabila mudah menanduk masuk untuk jaringan ketiga Harimau Malaya.
Selesa mendahului 3-1, Rajagobal melakukan pertukaran kedua dengan memasukkan Khyril Muhymeen Zambri untuk digantikan dengan Safee dan ternyata ia tidak sia-sia apabila penyerang Kedah itu meledak gol  keempat  pada minit ke-78 selepas hanya beberapa minit berada di atas padang.
Kemenangan 4-1 diraih skuad kebangsaan menjadi penyuntik motivasi bagi mengalahkan Indonesia pada perlawanan wajib menang Sabtu ini untuk mara ke pusingan separuh akhir.
*** 
Malaysia Menang, Peluang ke Separuh Akhir Terbuka
Noor Hafiza Che Abdullah@28 November 2012 
SKUAD Kebangsaan mempamerkan kehebatan luar biasa apabila  menundukkan Loas 4-1 dalam perlawanan kedua Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.Dengan meraih kutipan tiga mata, harapan anak buah Datuk K.Rajagobal untuk menempah tiket ke separuh akhir Piala AFF Suzuki kembali terbuka.Harimau Malaya yang dikritik kerana persembahan hambar pada saingan pertama bagaimanapun mempamerkan aksi garang sebaik sahaja perlawanan bermula.Pada minit ke-11,  Safee Sali hampir membuka tirai jaringan, namun sepakan beliau tersasar ke kanan gol.Selang minit kemudian,  gerakan cantik Kunanlan Subramaniam dari kiri ke kotak penalti dan membuat hantaran kepada Safee terus gagal membolosi gawang Laos.Penantian gol Malaysia akhirnya tertunai apabila  sepakan percuma yang diberi kepada Harimau Malaya  di kotak penalti berjaya dilakukan baik oleh Safiq Rahim pada minit ke-15 untuk mendahului di depan.Susulan gol pertama, Malaysia nyata bersemangat dan gerakan menarik Mat Yo yang membawa bola ke dalam kotak penalti untuk membuat hantaran kepada Safee,  sekali lagi gagal apabila percubaan penyerang pelita jaya itu tidak menepati sasaran.Selepas itu, peluang baik Malaysia untuk menjarakkan kedudukan pada minit ke-29 menerusi  Mat Yo tidak berhasil apabila sepakannya dari kanan tersasarMalaysia terus mengasak, Safee sekali lagi membuat rembatan dari luar kotak penalti tetapi masih tidak berjaya.
Safee sia-siakan banyak peluang, nasib baik dapat jaring satu gol
Kealpaan benteng pertahanan Malaysia akhirnya mengundang padah apabila jaringan Khonesavanh Sihavong menyamakan kedudukan pada minit ke-39.Sepuluh  minit separuh masa kedua, Mat Yo hampir memberikan gol kedua buat Harimau Malaya, begitu pun  pengerakan cantik Mat Yo tepat kepada penjaga gol Laos.Selepas itu, hantaran Mahali  kepada Safee dari sudut kanan terus tidak berhasil apabila  tandukan Safee tidak menepati sasaran.
Safee akhirnya berjaya menembusi gawang gol Laos hasil hantaran Wan Zack Haikal dari kanan sekali gus selesa mendahului 2-1.Susulan itu, Malaysia terus ghairah menambah jaringan apabila Wan Zack Haikal meledakkan gol ketiga buat tuan rumah.Pelawat bagaimanapun masih tidak berputus asa dan terus membuat percubaan bagi mendapatkan gol, begitu pun gagal membolosi gawang lawan.Anak buah Rajagobal menutup tirai perlawanan dengan gol keempat menerusi Mohd Khyril Muhymeen pada babak terakhir perlawanan.
*** 
Harimau Malaya Baham Laos
Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN dan FERZALFIE FAUZI@sukan@utusan.com.my
KUALA LUMPUR - Harimau Malaya akhirnya mempamerkan watak juara bertahan apabila membaham Laos dengan penuh bernafsu dengan kemenangan bergaya 4-1 di hadapan 15,000 penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.Pungutan tiga mata berharga itu sekali gus membuka peluang Malaysia ke peringkat separuh akhir menjelang pertemuan getir berdepan seteru utama, Indonesia pada perlawanan terakhir Kumpulan B, Sabtu ini.Selepas dikritik hebat apabila kalah 0-3 kepada Singapura, Ahad lalu, ketua pasukan, Safiq Rahim ternyata menunaikan janjinya kepada peminat apabila membuka tirai jaringan skuad negara pada minit ke-15 tetapi dapat disamakan oleh Laos menerusi Khonesavanh Sihavong pada minit ke-38 sebelum menutup tirai separuh masa kedua.Bagaimanapun, semangat Harimau Malaya ternyata seolah-olah berbeza pada separuh masa kedua dengan rakus melakukan kebangkitan apabila berjaya mendapat tiga gol melalui Safee Sali pada minit ke-67, Wan Zack Haikal Wan Nor minit ke-75 sebelum empat minit kemudian, Khyril Muhymeen Zambri memastikan kemenangan besar skuad negara dengan gol keempat Malaysia.Rajagobal menepati janjinya membuat rombakan dalam kesebelasan utama apabila menurunkan empat muka berbeza daripada perlawanan menentang Singapura tempoh hari dengan memberi peluang kepada Mohd. Farizal Marlias sebagai penjaga gol utama selain Mahalli Jasuli, Shakir Shaari dan Wan Zack Haikal Wan Nor.Paling mengejutkan, Norshahrul Idlan Talaha yang dikhabarkan mungkin direhatkan kerana mendapat rawatan di hospital kerana mendapat jangkitan di telinga diturunkan oleh Rajagobal, malahan menampilkan aksi penuh bertenaga di bahagian serangan dengan banyak mengkucar-kacirkan pertahanan Laos.

Corak permainan yang disajikan oleh Harimau Malaya cukup mengagumkan dengan banyak larian-larian pantas di bahagian sayap daripada S. Kunanlan dan Wan Zack berjaya merobohkan kekentalan kubu pertahanan Laos yang bagaikan terpukau melihat kehebatan Harimau Malaya.Ternyata percaturan baharu pengendali berusia 56 tahun itu cukup menjadi dengan perubahan ketara boleh diperhatikan di bahagian tengah melalui gandingan Safiq Rahim dan Shakir yang menggantikan tempat Amar Rohidan berjaya mengawal tempo permainan di samping sering bertindak pantas membendung sebarang gerakan berbahaya lawan.
Wan Zack menanduk masuk gol ke - 3 Malaysia...
Tidak menghampakan, Mahalli Jasuli yang beraksi di bek kanan sering kali membantu melakukan gerakan pantas dan hantaran-hantaran berkualiti ke dalam kotak penalti lawan di samping turut dibantu Wan Zack Haikal.Namun, persembahan Safee mendapat sedikit kritikan kerana banyak melepaskan peluang mendapatkan jaringan apabila mensia-siakan sekurang-kurangnya enam percubaan di hadapan pintu gol sebelum terpaksa dibawa keluar dan digantikan dengan Khyril pada minit ke-77.Gol pembukaan Malaysia diperolehi melalui jaringan menarik pakar sepakan percuma negara, Safiq selepas 15 minit permainan bermula yang melencong ke arah kiri pintu gol lawan.Namun, ketua pasukan negara itu menjadi punca kepada jaringan penyamaan Laos, 23 minit kemudian apabila kesilapan hantarannya membuka ruang kepada Khonesavanh melepaskan rembatan yang mengenai kaki Aidil Zafuan lantas mengelirukan Farizal sebelum bola melantun masuk ke dalam pintu gol.Semangat perjuangan Harimau Malaya akhirnya menjelma pada babak kedua walaupun berdepan situasi cemas seketika apabila melihatkan Safee gagal menterjemahkan sekurang-kurangnya tiga peluang terbuka pada minit ke-47, 58 dan 63 sebelum menemui sasaran melalui jaringan mudah pada minit ke-67 hantaran Wan Zack.Gol itu ternyata membunuh semangat Laos dan Wan Zack yang layak dianggap antara pemain terbaik pada perlawanan semalam menanduk masuk gol ketiga pada minit ke-75 hasil hantaran Kunanlan dan Khyril yang masuk selaku pemain gantian melakukan gerakan solo menarik bagi merakamkan jaringan keempat Harimau Malaya.





No comments: