Ketua jurulatih bola
sepak kebangsaan Datuk K. Rajagobal menyifatkan teguran Timbalan Presiden
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengenai
prestasi semasa skuad kebangsaan yang kian merosot sebagai pandangan positif.
Beliau berkata
teguran Tengku Mahkota Pahang itu menjadi pembakar semangat untuk beliau
mempersiapkan pasukan pada tahap terbaik bagi menghadapi Kejohanan Piala AFF
Suzuki bermula 23 Nov 2012 ini.
"Bagi saya,
kenyataan itu tidak mengganggu persiapan pasukan kerana saya telah melalui
situasi sedemikian dan saya tahu apa yang kita buat.
"Pengurus
pasukan kebangsaan (Datuk Seri Subahan Kamal) pun sedar apa yang kita buat dan
saya fikir kita masih berada dalam perjalanan yang sesuai sebelum bermula
kempen sebenar kejohanan," katanya ketika ditemui pemberita selepas
pelancaran jersi baharu skuad Harimau Malaya sempena kejohanan itu oleh Nike
Malaysia di Wisma FAM.
Tengku Abdullah
semalam dilaporkan sebagai bertitah bahawa baginda kecewa dengan persembahan
skuad Harimau Malaya yang semakin merosot terutamanya pada perlawanan
persahabatan termasuk kekalahan 0-1 kepada Vietnam dan 0-2 kepada Thailand,
awal bulan ini.
Baginda mahukan
Rajagobal berhenti mencuba-cuba pemain sebaliknya menyenaraikan kesebelasan
utama terbaik skuad Harimau Malaya bagi menghadapi kejohanan bola sepak rantau
Asean dua tahun sekali itu.
Pada masa yang sama,
Rajagobal pula mahu peminat bola sepak tempatan tidak terlalu mendesak skuad
kebangsaan untuk mencatat keputusan terbaik dalam setiap perlawanan mereka
terutama dalam perlawanan persahabatan.
"Tiada ada satu
pasukan di dunia yang mencatatkan kemenangan berterusan, jadi saya berharap
peminat tempatan melihat ia sebagai suatu perkara yang positif," katanya.
Mengulas mengenai
keenganan beliau mengumumkan senarai akhir 22 pemain yang akan menggalas
cabaran negara mempertahankan kejuaraan pada Piala AFF Suzuki, Rajagobal
berkata ini bagi memastikan pemain utamanya tidak mengalami kecederaan serius
sebelum sepak mula kejohanan.
Saya kenal pemain saya... |
"(Sehubungan
itu), saya memberikan peluang kepada peluang sama rata kepada semua pemain
untuk menunjukkan aksi masing-masing kerana saya bimbang tahap kecergasan
mereka mungkin berbeza apabila kita memerlukan khidmat mereka dalam sesuatu
perlawanan (yang penting)," katanya.
Sementara itu,
kapten skuad kebangsaan Safiq Rahim menyeru rakan sepasukan untuk mencatatkan
keputusan positif dalam perlawanan persahabatan selepas ini termasuk pertemuan
dengan Hong Kong pada Rabu ini di Stadium Shah Alam bagi mengembalikan semula
kepercayaan peminat bola sepak tempatan.
"Saya menyeru
rakan sepasukan memberikan keputusan yang baik pada perlawanan itu nanti
(menentang Hong Kong) kerana ia merupakan antara ujian awal kita sebelum
menghadapi Singapura pada perlawanan pembukaan Kejohanan Piala AFF yang
sebenar," katanya.
Skuad kebangsaan
bakal mengadakan perlawanan persahabatan terakhir menentang Bangladesh pada 20
Nov ini di Stadium Shah Alam sebelum berdepan Kejohanan Piala AFF Suzuki.
Pada Kejohanan Piala
AFF Suzuki tahun ini, skuad kebangsaan yang muncul juara pada edisi 2010 di
Indonesia diundi dalam Kumpulan B.
Mereka bakal
berdepan Singapura pada 25 Nov, Laos pada 28 Nov sebelum melengkapkan aksi
kumpulan menentang Indonesia pada 1 Dis.
Kesemua perlawanan
berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Sumber:-http://www.stadiumastro.com/
No comments:
Post a Comment