22 November 2012

TSAM Jawab Tuduhan T-Team


Zairo Anuar Zailani & Faiz Subri
T-Team Tuduh Kelantan Tidak Beretika?
Laporan berkenaan juga berkata, kedua-dua pemain itu ditawarkan bukan saja gaji yang lebih tinggi, malah menerima imbuhan lain yang lumayan bagi memastikan mereka menyertai pasukan yang memenangi tiga kejuaraan musim ini.

“Zairo dan Faiz juga sudah menandatangani kontrak dengan Kelantan dan itu bukan saja tidak beretika, malah menyalahi peraturan yang ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Mungkin kontrak yang ditandatangani cuma akan menjadi efektif selepas tamatnya kontrak dua pemain itu dengan T-Team, namun perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku,” kata sumber itu.
Katanya, pihak pengurusan T-Team kini sedang berbincang sama ada mengambil tindakan terhadap kedua-dua pemain terbabit dengan mengemukakan laporan mengenai perpindahan mereka kepada FAM.
“Jika tidak dilaporkan kepada pihak berwajib, sudah tentu ‘taktik kotor’ membeli pemain akan berterusan dan gejala tidak sihat ini perlu dihentikan segera,” katanya.

Jawapan Tan Sri Annuar Musa
BH melapurkan KELANTAN tidak beretika kerana memikat pemain pasukan lain…SILA LIHAT PERATURAN KONTREK PEMAIN..pemain yg kita ambil mempunyai hak PENUH di bawah perkara 10.6 & 10.7 kontrek kerana pasukannya GAGAL MEMENUHI PERKARA 10.1,10.2,10.3&10.4 dibawah cara cara melanjutkan kontrek..notis mereka bertarikh 17sept adalah tidak mencukupi tempoh minima 3 bulan sebelum kontrek tamat(yaitu sebelum 31ogos)…dan TIDAK TERPAKAI…kalau pemain pernah bersetuju sekalipun MEREKA WAJIB DLM TEMPOH 30 HARI DARI TARIKH SETUJU MENYEDIA DAN MENANDATANGANI KONTREK BARU(sebelum 1 nov) TAPI INI JUGA TIDAK DIBUAT DAN BERCANGGAH DGN 10.3&10.4 KONTREK..JUSTERU PEMAIN BERKENAAN PUNYA HAK UTK BERUNDING&MENGIKAT KONTREK dgn mana mana pasukan baru….SAYA HARAP TELITI DULU PERATURAN SEBELUM MEMBUAT KOMEN..KAFA ADA SEDIKIT PENGALAMAN KERANA PEMAIN KITA PERNAH DIAMBIL DARI KITA TANPA KITA DI MAKLUMKAN DULU..semoga penjelasan ini memberi gambaran jelas kpd semua dan periksa tindakan masing masing.. (Petikan dari laman FB Tan Sri Annuar Musa)
Jadi, T-Team boleh buat laporan kepada FAM sekiranya mereka tetap berasakan perkara ini tidak beretika. Semoga segala kekeliruan ini dapat ditangani dengan sebaik mungkin.

No comments: