26 November 2012

Langkah Sumbang

Kejohanan Piala AFF Suzuki 2012 - Perlawanan pembukaan Malaysia  vs Singapore@25-11-2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil 
Langkah Sumbang

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN dan FERZALFIE FAUZI

REAKSI kecewa Norshahrul Idlan dalam saingan Piala Suzuki AFF 2012 menentang Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi. Singapura menang 3-0 

KUALA LUMPUR - Apa lagi mahu dikata? Permulaan menarik yang diharapkan buat Harimau Malaya dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B Piala Suzuki AFF nampaknya hanya tinggal harapan kosong semata-mata.
Kita kalah dengan cara yang memalukan 0-3 kepada Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.
Dua gol melalui ketua pasukan, Shahril Ishak pada minit ke-32 dan 37 sebelum disudahkan dengan penuh bergaya oleh pemain berusia 42 tahun, Aleksandar Duric pada minit ke-75 untuk melengkapkan mimpi ngeri jurulatih, Datuk K. Rajagobal dan para pemain Harimau Malaya di hadapan kira-kira 40,000 penonton.
Masalah sama yang sebenarnya sudah boleh dapat dikesan dalam perlawanan persahabatan sebelum ini nampaknya tetap terjadi dengan kelemahan ketara bahagian pertahanan dan tengah yang menjadi punca kepada kemenangan Singapura.
Rajagobal jelas tidak mengambil pengajaran berguna apabila melihat jentera tengah yang dikawal oleh Safiq Rahim dan Amar Rohidan cukup pincang dalam mengawal permainan lantas membuka ruang kepada lawan mencipta gerakan-gerakan berbahaya ke kubu Malaysia.
Namun, masalah paling ketara buat skuad bimbingan Rajagobal ialah barisan pertahanan yang banyak melakukan kesilapan mudah dengan persefahaman para pemain menjadi persoalan besar.
Dua daripada tiga gol Singapura ternyata merupakan kecuaian pertahanan yang tidak merantai kemas pergerakan penyerang lawan terutamanya Shahril yang menjadi pemusnah semangat perjuangan Harimau Malaya.
Gandingan Aidil Zafuan, Fadhli Shas dan Azmi Muslim sering sahaja 'lemas' dengan hantaran-hantaran lintang berbahaya daripada Shahdan Sulaiman di samping prestasi penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat yang sedang sibuk memikirkan soal perkahawinannya pada 28 Disember depan tiba-tiba berada di tahap yang meragukan.
Biarpun Malaysia memberikan harapan besar seolah-olah mampu menjinakkan Singapura pada 30 minit permainan melalui gerakan berbahaya Norshahrul Idlan Talaha, segala-galanya berubah apabila pelawat memecahkan kebuntuan dua minit kemudian dengan gol daripada Shahril Ishak.
Berpunca daripada hantaran silang Shahdan dari sebelah kiri, Shahril bijak mengeksploitasi kelemahan komunikasi antara Azmi Muslim dan Fadhli Shas sebelum mudah menyepak masuk ke dalam gawang Malaysia yang ternganga luas.
Gol itu ternyata menyentap semangat anak-anak buah Rajagobal yang bagaikan hilang fokus selepas itu dan ia memberikan ruang kepada Shahril sekali lagi mengukuhkan kedudukan Singapura dengan jaringan kedua pada minit ke-37.
Segalanya bermula dengan kesilapan Khairul Fahmi yang menepis bola ke belakang yang cuba diselamatkan oleh Fadhli yang dapat menanduk keluar atas garisan gol namun Shahril dapat menyambar bola tersebut dengan menanduk kemas ke dalam pintu gol.
Membawa masuk Wan Zack Haikal di separuh masa kedua menggantikan Khyril Muhymeen tidak memberikan apa-apa impak dengan Safee Sali serta Norshahrul masih gagal mendapatkan bola hantaran berkualiti daripada barisan tengah.
Duric yang hanya dibawa masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-70 akhirnya dapat melepaskan hajatnya menjaringkan gol ketika berdepan Malaysia apabila dia yang tidak dikawal oleh Aidil serta Fadhli, lima minit kemudian menanduk cantik hantaran Shahdan yang layak dianggap pemain terbaik pada perlawanan itu.
Gol itu ternyata membunuh apa perjuangan pemain Harimau Malaya dengan penyokong-penyokong Malaysia mula keluar stadium secara perlahan-lahan sambil segolongan penyokong yang digelar Ultras Malaya menyorak dengan memperkatakan "Rajagobal, apakah yang engkau buat." bagi menamatkan malam penuh mengecewakan Harimau Malaya.

Harimau Lembik!
2012/11/26 - 07:25:14 AM Oleh Syed Riduan Ahmad
Kalau menang, sayalah jurulatih hebat, kalau kalah ini Apex punya pasal!
Kuala Lumpur: Penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat menjadi sasaran kemarahan Datuk K Rajagobal selepas skuad kendaliannya tumbang kepada Singapura 3-0 pada aksi pertama Kumpulan B Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Pengendali Harimau Malaya itu menegaskan kesilapan Apek yang gagal menumbuk keluar bola dengan kemas hingga menyebabkan kapten Singapura Shahril Ishak menjadikan kedudukan 2-0 pada babak pertama, menyebabkan moral pasukan merudum tetapi memuji kebangkitan yang ditunjukkan pada separuh masa kedua.
“Dia (Khairul Fahmi) membuat kesilapan dan memberi kesan kepada moral pemain... sejujurnya saya tidak sangka kita akan tewas dengan keputusan malam ini (malam tadi).
“Saya cuma jangkakan kita kalah 1-0 atau seri dengan Singapura,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan tersebut.
   
Piala AFF: Rajagobal kecewa prestasi Apex

KETUA jurulatih Datuk K. Rajagobal kecewa dengan persembahan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat yang menjadi punca kekalahan 0-3 kepada Singapura pada perlawanan Kumpulan B di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Beliau berkata, kesilapan yang dilakukan oleh Khairul Fahmi yang dikenali dengan nama 'Apek' pada separuh masa pertama menyebabkan moral pemain pasukan kebangsaan terus merosot namun beliau memuji kebangkitan yang ditunjukkan pada separuh masa kedua.
"Dia (Khairul Fahmi) membuat kesilapan dan memberi kesan kepada moral pemain... sejujurnya saya tidak menyangka kita akan tewas dengan keputusan malam ini (tadi).
"Saya cuma menjangkakan kita kalah dengan keputusan 0-1 atau seri dengan pasukan Singapura," katanya kepada pemberita selepas perlawanan tersebut.
Tiga gol skuad Singapura dijaringkan oleh kapten pasukan, Mohd Shahril Ishak pada minit ke-32 dan 37 serta pemain naturalisasi dari Bosnia, Aleksandar Duric pada minit ke-75.
Mengulas lanjut, Rajagobal berkata, keputusan tersebut memberikan kesukaran kepada mereka untuk mencari mata bagi melepasi peringkat kumpulan.
"Kita harus menempuhi jalan sukar selepas ini dan suka atau tidak, kita perlu mencatatkan kemenangan dalam dua baki perlawanan," katanya.
Dalam pada itu, jurulatih Singapura Radojko Avramovic berkata, beliau berpuas hati dengan prestasi anak buahnya dan berharap skuadnya dapat terus mengekalkan momentum dalam menentang Indonesia Rabu ini dan Laos pada 1 Disember ini.
"Ini adalah permulaan baik dan saya tabik anak buah saya atas usaha cemerlang mereka. Kadang-kadang kami bernasib baik untuk menghasilkan jaringan dan adakala sebaliknya," katanya.
Mengulas pertemuan antara Laos dan Indonesia sebelum ini, Avramovic berkata beliau terkejut dengan prestasi Laos yang berjaya mengikat lawannya 2-2.
"Secara umum, Laos mengejutkan saya. Saya percaya mereka datang untuk memenangi semua perlawanan dan tenaga yang ditunjukkan oleh Laos pada perlawanan pembukaan adalah hebat," katanya.
Malaysia, selaku juara bertahan akan menentang Laos Rabu ini sebelum mengakhiri saingan peringkat kumpulan dengan menentang Indonesia pada 1 Disember ini.  - Bernama

 ***

nate 007: tactics bodo and selection player hancorrrr leborrrr mu gopal.. jgn blame apek sorang jah.. mu reti tgk bola ke dok?,.. try tgj goal ke3 tuh.. k\jelas salah bunyamin misi33.. mcm taik dia bek.. play onside 2 player singa.. bodo mu gopal

o.raja lawak: bodoh.sepatutnya permain yg juara liga super layak mewakili negara.ni seorang pun xada.harap pd matyo..sepatutnye bahagian tgah di isi oleh piya.norfarhan.shakir.nurul dan indra.baru matyo serasi.tahun ni malaysia akan keluar dalam saingan liga.idea raja

jo.raja lawak: bodoh.sepatutnye raja gopal sedar..yg jenera tengah kelantan lebih hebat dari pada yg dia buat skrg.sudah terlambat.raja gopal ibarat lembu baru tercocuk tali hidung.xnak dgar cakap abe nuar dari dulu lg..posisis tgah piya dan shakir bukan shapiq..amar

kadir: rajagumpar:::: kalu menang 'sayalah jurulatih hebat'. Kalu kalah 'Apeklah yg silap'....benggong punya coach.

No comments: