KUALA LUMPUR @22-6-2013 - Selangor mencerahkan peluang untuk
memburu kedudukan tiga teratas Liga Super apabila menumbangkan ATM 2-1 di
Stadium Shah Alam, semalam.
Namun aksi di Stadium Ismail Nasiruddin Shah,
Kuala Terengganu lebih mencuri tumpuan apabila Kelantan mengamuk belasah
pasukan tuan rumah 4-0.
K. Gurusamy muncul wira Selangor apabila memastikan
tiga mata buat Selangor apabila jaringannya pada minit terakhir masa kecederaan
memastikan Red Giants terikat sama 33 mata dengan ATM.
Namun perbezaan jaringan masih memihak kepada ATM
untuk kekal pada tangga ketiga Liga Super.
ATM tempang apabila beraksi dengan 10 pemain
setelah Marlon Alex James diperintah keluar padang pada minit ke-35 kerana
menerima kad kuning kedua.
Selangor memanfaat peluang tersebut dan
mendahului lima minit kemudian hasil jaringan menakjubkan Mohd. Amri Yahyah
yang bijak meloloskan diri daripada kawalan pemain ATM, Irwan Fadzli Idrus,
sebelum melepaskan rembatan yang gagal diselamatkan Farizal Harun.
ATM masih mampu bangkit menyamakan kedudukan
sebelum tamat babak pertama menerusi penalti Bruno Martelotto, setelah pemain
Selangor, Adam David Griffiths mengkasari Christie Jayaseelan di dalam kotak
penalti.
Di Kuala Terengganu, hasrat Terengganu untuk
menebus kehampaan setelah tersingkir pada separuh akhir Piala FA bukan sahaja
tidak kesampaian tetapi dimalukan dengan kekalahan 0-4 kepada Kelantan.
Disaksikan hampir 10,000 penyokong sendiri dalam
aksi pertama pada sebelah malam, Terengganu dibolosi seawal minit ke-11
menerusi Mohd. Badhri Radzi yang meledak sepakan lambung.
Kelantan semakin garang pada babak kedua apabila
menggandakan kelebihan jaringan pada minit ke-46 hasil percubaan Dickson
Nwakaeme.
Nwakaeme kemudian menjadi pencetus kepada gol
ketiga Kelantan apabila melakukan hantaran kemas yang mudah disempurnakan Md.
Norfarhan Muhamad pada minit ke-49.
Pemain sayap, Mohd. Faiz Subri melengkapkan malam
derita skuad Penyu apabila rembatan derasnya gagal diselamatkan penjaga gol,
Md. Sharmiza Yusof pada minit ke-55.
Kelantan Mudah Benam Penyu
KUALA TERENGGANU - Kelantan menampilkan aksi
cemerlang dalam persiapan mereka menghadapi aksi final Piala FA Sabtu depan
apabila mudah menewaskan Terengganu 4-0 dalam saingan Liga Super sebentar tadi.
Kelantan memperoleh jaringan pertama melalui
kapten, Mohd. Badri Razi pada minit ke-11.
Kelantan sekali lagi berjaya merobek gawang Terengganu
apabila Nwakaeme menyudahkan hantaran Md. Faiz Subri pada minit ke-46.
Gol ketiga Kelantan kemudiannya hadir pada minit
ke-50 apabila Mohd. Norfarhan berjaya melepasi benteng pertahanan lawan.
Berselang lima minit kemudian, Kelantan semakin
selesa di depan untuk mendahului 4-0 melalui jaringan Faiz Shamirza. - KOSMO!
Kelantan Berpesta Gol Belasah Terengganu
Kuala Terengganu: Hajat Terengganu untuk
melunaskan dendam bukan saja tidak kesampaian, malah sekali lagi diaibkan
finalis Piala FA apabila tewas 0-4 kepada Kelantan pada aksi Liga Super di
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam tadi.
Disaksikan hampir 10,000 penyokong, tuan rumah
yang buat kali pertama beraksi pada sebelah malam musim ini bagaimanapun
bermula baik apabila beberapa kali melancarkan asakan berbahaya ke kubu lawan.
Ketiadaan tiga tonggak utama pasukan Terengganu
nyata memberi kesan kepada skuad kendalian E Elavarasan apabila gagal mencipta
gerakan menarik selain benteng pertahanan tuan rumah agak longgar.
Tuan rumah nyaris mendahului di babak pertama
menerusi jentera tengah, Mohd Fakhrurazi Musa seawal minit ke-3, namun sepakan
leretnya dari luar kotak penalti mudah dibaca penjaga gol kebangsaan, Khairul
Fahmi Che Mat.
Pada minit kelima, pasukan tuan rumah sekali lagi
berjaya mencipta peluang untuk berada di depan menerusi perancang lincah,
Ismail Faruqi Ashaari namun rembatan derasnya sekadar menggegarkan tiang gol.
Pecah kebuntuan
Kelantan memecah kebuntuan jaringan apabila
kapten pasukan, Mohd Badhri Radzi melakukan lambungan dari luar kotak penalti
menewaskan penjaga gol Terengganu, pada minit ke-11. Jaringan itu menyuntik semangat
skuad kendalian Bojan Hodak untuk mendominasi perlawanan.
Bersambung babak kedua perlawanan pasukan pelawat
terus mengasak benteng pertahanan Terengganu dan hasilnya Dickson Nwakaeme
berjaya mencetak nama untuk gol kedua Kelantan seminit selepas wisel permulaan
ditiup.
Berselang tiga minit selepas itu, Kelantan terus
menambah derita tuan rumah dengan gol ketiga menerusi pemain kelahiran
Terengganu, Mohd Norfarhan Mohamad hasil tendangan derasnya di dalam kotak
penalti.
Terengganu yang terdesak terus mengatur gerakan
untuk mencari jaringan, namun kelalaian benteng pertahanan terus dihukum
pelawat dengan gol keempat pada minit ke-55 melalui rembatan cantik Mohd Faiz
Subri.
No comments:
Post a Comment