JURULATIH
Kelantan, Bojan Hodak mula melancarkan perang psikologi menjelang aksi final
menentang Johor Darul Takzim (Johor DT) di Stadium Nasional, Bukit Jalil Sabtu
ini.
Secara terbuka,
Hodak menganggap The Red Warriors lebih layak untuk diletakkan sebagai pasukan
pilihan untuk menjuarai kempen Piala FA kali ini.
“Banyak artikel
yang disiarkan oleh pihak media menyebut Johor DT adalah pasukan pilihan yang
akan menjuarai Piala FA musim ini.
“Mungkin benar
jika mereka melihat kepada status pemain yang dimiliki pasukan itu, tetapi saya
mahu beritahu bahawa Kelantan juga memiliki ramai pemain yang hebat.
“Sebahagian
besar pemain Kelantan yang ada ketika ini mempunyai pengalaman bermain di
pentas sebegitu besar, sama ada final Piala FA atau Piala Malaysia.
“Bagaimanapun,
saya fikir ini bukan aksi final yang mudah untuk orang ramai membuat jangkaan
mengenai keputusannya,” kata Hodak ketika ditemui Kosmo! di Kota Bharu semalam.
Pada masa sama,
Hodak tidak menafikan bahawa Johor DT memiliki barisan pemain yang hampir
sempurna terutama jentera tengah dan serangan yang dilihat cukup berbahaya dan
mampu memberikan masalah kepada benteng pertahanan Kelantan.
Namun, beliau
berkata, skuad Harimau Selatan itu mungkin melakukan kesilapan besar jika
menilai Kelantan melalui dua keputusan saingan Liga Super sebelum ini yang
menyaksikan The Red Warriors hanya mampu seri di Kota Bharu dan tewas di
Larkin, Johor.
“Jika anda lihat
ketika kami tewas di Johor sebelum ini, kami bertahan dengan baik, cuma mereka
(Johor DT) menjaringkan gol pertama dari luar kotak penalti yang kebetulan bola
melantun sehingga mengelirukan Apek (Khairul Fahmi Che Mat).
“Gol kedua
mereka juga lebih kepada nasib kerana ada pemain saya yang tertampan bola
sebelum ia menerjah ke dalam gawang.
“Menjelang aksi
final nanti, saya tidak fikir untuk memberikan tugas khusus kepada pemain
pertahanan untuk menjaga mana-mana pemain lawan.
“Bagi saya, kami
sudah bersedia, pertahanan kami cukup baik dan kali ini kami tampil dengan
jentera serangan yang berbeza berbanding ketika kami tewas kepada Johor DT
tempoh hari.
“Kehadiran
semula Dickson (Nwakaeme), Norfarhan (Mohamad), Faiz (Subri) selain percaturan
yang lebih segar, pasti memberi memberi lebih kekuatan kepada kami nanti,”
ujarnya.
Dalam pada itu,
Hodak mampu menarik nafas lega apabila kesemua pemainnya bebas daripada masalah
kecederaan dan penggantungan.
“Saya perlu
memilih pemain yang betul-betul fokus, mempunyai pengalaman dan paling penting
pemain yang mempunyai lebih kualiti,” jelasnya.
***
Magis Final Iringi Indra Putra
Tonggak
berpengalaman Kelantan, Indra Putra Mahyuddin bertekad mahu mengulangi 'magis'
pada aksi akhir Piala FA menentang Johor Darul Takzim (Johor DT) di Stadium
Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini.
Indra menjulang Kelantan
merangkul kejuaraan Piala Malaysia menerusi jaringan cantik ketika menumbangkan
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) musim lalu, berharap tuah perlawanan akhir
sekali lagi berpihak pada musim ini.
Turun selaku pemain
yang penuh dengan pengalaman, anak kelahiran Perak itu mahu membantu Kelantan
mempertahankan kejuaraan Piala FA yang dimenangi pada tahun lalu.
"Insya-Allah jika
dapat bermain, saya bukan sahaja berjanji akan mempamerkan aksi terbaik malah
mahu menjaringkan gol untuk Kelantan dalam perlawanan akhir ini. Saya
percaya ini merupakan satu pertemuan sengit dan ditunggu-tunggu semua pihak
memandangkan Johor DT turut dibarisi ramai pemain bertaraf bintang,"
katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Mengulas peluang
pasukannya pada perlawanan itu, Indra memberitahu, dia yakin Kelantan mampu
mempertahankan kejuaraan tersebut berdasarkan reputasi semasa pasukannya.
Dia yang masih
dibelenggu kecederaan lutut mengakui sedang bergelut dengan masa untuk pulih
sepenuhnya menjelang aksi perlawanan akhir edisi ke-24 pada Sabtu ini.
Pemenang Kasut Emas
Liga Malaysia musim 2004 itu turut menyifatkan aksi perlawanan akhir kali ini
cukup sentimental setelah tiga musim bersama Kelantan dan puas meraih pelbagai
trofi yang dipertandingkan dalam liga tempatan.
***
Pok Nik Sedia Kekang Mat Yo
Pengalaman pertama beraksi
di perlawanan akhir Piala Malaysia musim lalu bakal menjadi sandaran buat
pemain pertahanan serba boleh Kelantan, Nik Shahrul Azim Abdul Halim untuk
beraksi cemerlang pada final Piala FA menentang Johor Darul Takzim, Sabtu ini. Pemain muda berusia 22
tahun yang diserap dari skuad Piala Presiden itu kini menjadi tonggak penting
barisan pertahanan The Red Warriors (TRW) setiap kali mengekang asakan lawan di
atas padang.
Nik Shahrul Azim yang
berasal dari Rantau Panjang itu berkata, kepercayaan berada dalam kesebelasan
utama ketika final Piala Malaysia menentang ATM tahun lalu memberi keyakinan
kepadanya untuk mengekang jentera serangan skuad Harimau Selatan di Stadium Nasional
Bukit Jalil.
Katanya, tiada perbezaan
antara cabaran Piala Malaysia atau Piala FA kerana misi mencapai kemenangan
menjadi keutamaan pasukan malah pengalaman bersama skuad kebangsaan juga
memberi kelebihan kepadanya.
“Ini final Piala FA pertama
bagi saya. Pengalaman beraksi di final Piala Malaysia tahun lalu memberi
keyakinan kepada saya untuk memberi yang terbaik kepada pasukan Sabtu
ini. Piala Malaysia dan Piala FA sama kerana kami perlu menang kedua
-duanya. Saya banyak belajar daripada pemain lebih senior dan berharap dapat
membantu Kelantan mempertahankan Piala FA,” katanya.
Nik Shahrul berkata,
berdepan pasukan kendalian Fandi Ahmad itu agak berat apabila terpaksa
mengekang pergerakan dua bekas rakan sepasukan, Norshahrul Idlan Talaha dan
Nurul Azwan Roya yang bakal mengancam gawang gergasi Pantai Timur itu.
“Sekiranya diberi peluang beraksi, saya akan beri perhatian lebih kepada mereka kerana dua pemain ini berbahaya kepada Kelantan.”
“Sekiranya diberi peluang beraksi, saya akan beri perhatian lebih kepada mereka kerana dua pemain ini berbahaya kepada Kelantan.”
***
Kita harus Menang - Azman Ibrahim
Mohd Faiz Subri Mahu Dakap Trofi
Kita harus Menang - Azman Ibrahim
“KITA tidak boleh gagal dan perlu memenangi Piala
FA," demikian gesaan pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim menjelang
perlawanan final Piala FA menentang Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium
Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.
Azman berkata, selepas hilang satu trofi (Liga Super), Sabtu ini merupakan satu-satunya peluang terbaik untuk The Red Warriors (TRW) mengekalkan satu piala ke bumi Kelantan dan semua pemain harus sedar hakikat berkenaan.
“Jangan sia-siakan peluang di depan mata. Kelantan perlu mengekalkan kejuaraan Piala FA bagi menebus kekecewaan selepas gagal kekal juara Liga super musim ini.
"Piala FA adalah harapan kami untuk mendapatkan piala pertama untuk musim ini dan kami akan berjuang bermati-matian untuk mendapatkannya,” kata Azman.
Azman yang juga Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) bagaimanapun mengakui bukan mudah bagi mereka untuk menewaskan JDT kerana rata-rata pemain itu dibarisi pemain berstatus bintang.
Sehubungan itu katanya, Kelantan harus berwaspada agar misi yang dicanang musim ini dapat direalisasikan.
“Peluang masih 50-50 dan dengan barisan pemain yang ada setiap pasukan berpeluang untuk memenangi perlawanan.
“Pasukan mana yang kurang lakukan kesilapan, pasukan itulah yang akan menjulang trofi kejuaraan.
“Jadi, pemain jangan ambil sikap secara lewa kerana ia hanya akan menjejaskan peluang kita,” ujarnya.
Ketika ditanya adakah Kelantan berada dalam keadaan tertekan apabila turun selaku juara bertahan, Azman bagaimanapun menganggap tekanan mungkin lebih memihak kepada JDT kerana skuad Harimau Selatan itu mempunyai misi iaitu untuk mencipta satu sejarah menjuarai Piala FA selepas menanti 15 tahun.
“Tekanan untuk semua pasukan pasti ada, tetapi secara peribadi tekanan itu lebih kepada JDT kerana mereka mempunyai misi yang perlu direalisasikan selepas menanti 15 tahun untuk beraksi di pentas final.
“Jadi saya yakin dengan pengalaman beraksi di pentas final musim lalu, pemain Kelantan sudah mampu menangani emosi dengan baik,” jelas beliau.
***Azman berkata, selepas hilang satu trofi (Liga Super), Sabtu ini merupakan satu-satunya peluang terbaik untuk The Red Warriors (TRW) mengekalkan satu piala ke bumi Kelantan dan semua pemain harus sedar hakikat berkenaan.
“Jangan sia-siakan peluang di depan mata. Kelantan perlu mengekalkan kejuaraan Piala FA bagi menebus kekecewaan selepas gagal kekal juara Liga super musim ini.
"Piala FA adalah harapan kami untuk mendapatkan piala pertama untuk musim ini dan kami akan berjuang bermati-matian untuk mendapatkannya,” kata Azman.
Azman yang juga Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) bagaimanapun mengakui bukan mudah bagi mereka untuk menewaskan JDT kerana rata-rata pemain itu dibarisi pemain berstatus bintang.
Sehubungan itu katanya, Kelantan harus berwaspada agar misi yang dicanang musim ini dapat direalisasikan.
“Peluang masih 50-50 dan dengan barisan pemain yang ada setiap pasukan berpeluang untuk memenangi perlawanan.
“Pasukan mana yang kurang lakukan kesilapan, pasukan itulah yang akan menjulang trofi kejuaraan.
“Jadi, pemain jangan ambil sikap secara lewa kerana ia hanya akan menjejaskan peluang kita,” ujarnya.
Ketika ditanya adakah Kelantan berada dalam keadaan tertekan apabila turun selaku juara bertahan, Azman bagaimanapun menganggap tekanan mungkin lebih memihak kepada JDT kerana skuad Harimau Selatan itu mempunyai misi iaitu untuk mencipta satu sejarah menjuarai Piala FA selepas menanti 15 tahun.
“Tekanan untuk semua pasukan pasti ada, tetapi secara peribadi tekanan itu lebih kepada JDT kerana mereka mempunyai misi yang perlu direalisasikan selepas menanti 15 tahun untuk beraksi di pentas final.
“Jadi saya yakin dengan pengalaman beraksi di pentas final musim lalu, pemain Kelantan sudah mampu menangani emosi dengan baik,” jelas beliau.
Mohd Faiz Subri Mahu Dakap Trofi
KOTA BHARU - Pemain sayap lincah, Mohd.
Faiz Subri mahu penampilan sulung di pentas final Piala FA, esok memberi tuah
buat The Red Warriors mengekalkan kejuaraan yang dimenangi musim lalu.
Mohd. Faiz berkata, selain membantu Kelantan, dia
turut mempunyai misi peribadi iaitu mendakap kejuaraan berprestij pertama
dengan menjulang kejuaraan Piala FA.
Sekiranya diberikan kepercayaan untuk beraksi
pada perlawanan tersebut, penyerang berusia 23 tahun itu bertekad untuk
menampilkan persembahan bertenaga bagi membantu pasukan meraih kemenangan.
"Inilah peluang terbaik buat saya untuk
mendapatkan trofi kejuaraan pertama buat diri saya sebagai pemain bola sepak
profesional.
"Selain itu, saya mahu membalas kepercayaan
yang diberikan oleh jurulatih dengan membantu pasukan membawa pulang kejuaraan
tersebut.
"Beraksi buat kali pertama di pentas final
pasti mengundang rasa gemuruh, namun saya telah membuat persiapan dari segi
mental dan fizikal untuk menghadapi situasi tersebut," katanya kepada
pemberita di sini semalam.
Tambahnya, sebagai pemain dia perlu bersedia
sepenuhnya untuk menggalas harapan dan kepercayaan yang diberikan oleh pihak
pengurusan dan penyokong dengan bermain bermati-matian pada perlawanan
tersebut.
Pemain kelahiran Air Hitam, Kedah itu memilih
untuk berhijrah daripada pasukan T-Team dengan menyertai The Red Warriors
musim ini.
Meskipun bertubuh kecil, bekas penjaring
terbanyak T-Team itu telah meledakkan lima jaringan bersama The Red Warriors
dalam saingan Liga Super, Piala FA dan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC)
musim ini.
Larian deras, kemahiran individu yang tinggi
serta gemar membuat rembatan dari luar kota penalti antara kelebihan pemain ini
yang perlu diberikan oleh pihak lawan.
Sehubungan dengan itu, Mohd Faiz berharap
rakan-rakan sepasukan dapat mempamerkan semangat juang tinggi bertemu dengan
Johor Darul Takzim (Johor DT) nanti.
Katanya, Johor DT bukanlah sebuah pasukan yang
mudah untuk ditewaskan dan mereka memiliki ramai pemain berpengalaman.
"Begitupun saya dan rakan-rakan sudah
bersedia untuk perlawanan ini. Harapan saya, agar penyokong dapat terus berdiri
teguh di belakang kami sepanjang perlawanan berlangsung," ujarnya.
No comments:
Post a Comment