keputusan penuh
Kelantan 1-0 Johor Darul Takzim
Gol dijaringkan oleh Norfarhan pada minit ke 16
tahniah kelantan juara piala fa 2013
***
Jaringan Tunggal Farhan Kekalkan Piala FA Di Kota Bharu
Jaringan tunggal minit ke-15 oleh penyerang
Kelantan, Norfarhan Mohamad sudah cukup untuk memberikan kejuaraan kedua Piala
FA buat Kelantan selepas menewaskan Johor Darul Takzim FC (JDT) di Stadium
Nasional Bukit Jalil pada Sabtu.
Norfarhan menewaskan penjaga gol JDT, Al-Hafiz
Hamzah selepas menerima hantaran cantik dari ketua pasukan, Badri Razi yang
dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan akhir.
Kelantan menunjukkan mereka lebih berpengalaman
dari lawan mereka selepas menguasai hampir sebahagian besar permainan
terutamanya pada separuh masa pertama selepas mengasak bertubi-tubi ke gawang
JDT.
Gandingan Dickson Nwakaeme, Fakri Saarani dan
Norfarhan kerap kali mengucar-ngacirkan bahagian pertahanan lawan namun
penyudah yang tumpul gagal menambahka lagi gol buat pasukan dari pantai timur
itu.
Kemasukan Lionel Nunez dan K.Thanaraj yang
menggantikan Safee Sali serta Andrezinho yang tercedera turut gagal memberi
impak buat JDT yang kelihatan begitu lemah dibahagian tengah.
Babak kedua menyaksikan kedua-dua pasukan saling
berbalas serangan dengan JDT cuba mencari gol penyamaan pada 15 minit terakhir
menerusi serangan bertali arus mereka.
Walaubagaimanapun, benteng pertahanan Kelantan
begitu kebal sehingga ke wisel penamat yang akhirnya memberi kemenangan 1-0
kepada anak buah Bojan Hodak.
“Orang ramai membandingka pasukan kami musim ini
denga musim lalu namun malam ini (semalam) kami telah membuktikan keupayaan
pasukan Kelantan” kata Bojan pada sidang akhbar selepas perlawanan.
“Setiap trofi yang dipertandingkan sangat penting
apatah lagi mempertahankan kejuaraan adalah lebih sukar dari memenanginya”
tambah Bojan yang cukup berpuashati dengan persembahan anak buahnya.
Sementara itu, penolong jurulatih JDT, Ismail
Ibrahim mengakui Kelantan lebih hebat daripada pasukannya pada perlawanan
tersebut.
“Tahniah kepada Kelantan kerana berjaya menjuarai
Piala FA. Pemain mereka nyata lebih berpengalaman dari barisan JDT yang
rata-ratanya baru pertama kali beraksi di pentas final.
“Insyaallah, kita akan bangkit semula untuk baki
saingan liga serta pada Piala Malaysia selepas Aidilfitri nanti” kata Ismail.
***
Terima Kasih Penyokong Kelantan - Piya
Ketua pasukan Kelantan, Badhri Radzi atau Piya
mengucapkan jutaan terima kasih kepada barisan pengurusan, pemain dan paling
penting sekali kepada penyokong setia Kelantan diatas kejayaan pasukan tersebut
mempertahankan Piala FA selepas menewaskan JDT 1-0 di Bukit Jalil.
“Ini satu kejayaan yang sangat penting buat
Kelantan selepas aksi liga tidak begitu menyebelahi kepada kita.
“Alhamdulillah, kita berjaya kekalkan piala ini
di Kota Bharu dan terimakasih saya ucapkan kepada semua pihak terutamanya
penyokong yang memberikan sokongan padu buat pasukan” kata Piya yang turut
memenangi pemain terbaik perlawanan akhir menerusi aksi memukaunya sepanjang
permainan.
Mengulas mengenai perlawanan tersebut, Piya
mengakui Kelantan berpeluang untuk menang besar pada perlawanan tersebut
selepas deretan peluang yang terhidang gagal disempurnakan.
“Kita hasilkan banyak peluang pada babak pertama
tetapi hanya satu gol sahaja dapat dihasilkan. JDT juga lebih pantas dan laju
pada separuh masa kedua namun alhamdulillah, ia sudah cukup buat Kelantan untuk
menang perlawanan ini.
Bagi penjaring gol, Norfarhan Muhammad pula, dia
begitu terharu dengan kejayaan kali ini apatah lagi jaringannya yang menjadi
pemisah antara Kelantan dan juga JDT.
“Menjaringkan gol pada perlawanan akhir adalah
saat paling manis bagi diri saya.
“Kelantan telah mara ke final kejohanan ini
selama 3 tahun berturut-turut dan pastinya ini akan menyemarakkan semangat kami
untuk baki saingan musim ini nanti” kata Farhan.
***
Tuah Angka 16
Episod Piala FA 2013 telah berakhir dan pemenangnya sudah diketahui iaitu juara bertahan Kelantan.
Tuah Angka 16
Episod Piala FA 2013 telah berakhir dan pemenangnya sudah diketahui iaitu juara bertahan Kelantan.
Malam indah buat kapten Kelantan Badri apabila
lorongan beliau kepada Norfarhan berjaya disudahi dan seterusnya memastikan
Piala FA kekal dibumi Kelantan.
Kebetulan gol tersebut dijaringkan pada minit ke
16 perlawanan bersamaan dengan jersi keramat Piya.Beliau juga diumumkan sebagai
pemain terbaik perlawanan.
Tahniah kepada semua pemain yang bermati-matian
mempertahankan maruah Kelantan dihadapan puluhan ribu penyokong setia.
Buat JDT anda belum layak lagi untuk beraksi
dalam perlawanan sebesar ini..gah pada nama tapi didalamnya penuh ketakutan...
***
Kelantan Juara Lagi
KELANTAN membuktikan status sebagai pasukan gergasi selepas
menundukkan Johor Darul Takzim (Johor DT) 1-0 pada final Piala FA di Stadium
Nasional, Bukit Jalil malam tadi.
Penyerang The Red Warriors, Mohd. Norfarhan Muhammad muncul
wira pasukannya apabila meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-16.
Kemenangan itu turut menyaksikan skuad kendalian Bojan Hodak
berjaya mempertahankan kejuaraan Piala FA selepas menjulang trofi berprestij
negara itu dengan menewaskan Sime Darby 1-0 tahun lalu.
Beraksi di separuh masa pertama, Kelantan jelas menguasai
permainan dengan mendominasi bahagian tengah.
Gandingan kapten The Red Warriors, Mohd. Badhri Mohd. Radzi
bersama Mohd. Shakir Shaari memberikan impak kepada jentera serang yang kerap
kali berjaya menembusi benteng pertahanan Harimau Selatan.
Hasilnya, Bahdri yang juga dikenali sebagai Piya, bijak
melorongkan bola kepada Norfarhan dan penyerang Kelantan itu mudah menolak
masuk dengan menewaskan penjaga gol Johor DT, Muhammad Al-Hafiz Hamzah pada
minit ke-16.
Tersentak dengan jaringan pertama perlawanan itu, jurulatih
Harimau Selatan, Fandi Ahmad melakukan tiga pertukaran pemain iaitu membawa
masuk Leonel Nunez, K. Thanaraj dan Ahmad Ezrie Shafie dan mengeluarkan Safee
Sali, Andrea Francisco dan Safiq Rahim.
Begitupun, percaturan pengendali kelahiran Singapura itu
masih gagal membuahkan hasil sekali gus menyaksikan keputusan 1-0 kekal
sehingga tamat aksi babak pertama perlawanan.
Bersambung di separuh masa kedua, Harimau Selatan kembali
mengasak benteng pertahanan The Red Warriors, namun Obinna Nwaneri dan Nik
Shahrul Azim yang mengetuai benteng pertahanan Kelantan, mempamerkan aksi
cemerlang dengan menggagalkan setiap percubaan merbahaya pasukan dari selatan
tanah air itu.
Gandingan pertahanan Kelantan itu berjaya menggagalkan
setiap asakan jentera serangan Harimau Selatan yang diketuai Norshahrul Idlan
Talaha.
Penyerang import Johor DT, Nunez hampir berjaya menyamakan
kedudukan menerusi sepakan percuma namun percubaan itu masih gagal untuk
menewaskan penjaga gol The Red Warriors, Khairul Fahmi Che Mat pada minit
ke-78.
Berselang seminit kemudian, Nurul Azwan Roya berjaya
melepasi benteng pertahanan lawan tetapi hantaran lintang itu berjaya dihidu
Khairul Fahmi yang mudah menangkap bola itu bagi menyelamatkan keadaan.
Harimau Selatan yang terdesak untuk memburu jaringan
penyamaan, akhirnya terpaksa akur selepas gagal menembusi benteng pertahanan
The Red Warriors sekali gus menyaksikan Kelantan memenangi perlawanan tersebut
dengan keputusan 1-0.
***
Kelantan Pertahan Kejuaraan
KUALA LUMPUR - Kelantan membuktikan masih merupakan gergasi bola sepak negara selepas berjaya mempertahankan Piala FA yang dimenangi tahun lalu dengan menumbangkan Johor Darul Takzim 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.
***
Kelantan Pertahan Kejuaraan
KUALA LUMPUR - Kelantan membuktikan masih merupakan gergasi bola sepak negara selepas berjaya mempertahankan Piala FA yang dimenangi tahun lalu dengan menumbangkan Johor Darul Takzim 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.
Jaringan
tunggal Mohd. Nor Farhan Muhammad pada minit ke-16 kekal sehingga ke akhir
perlawanan tanpa dapat dicabar Johor DT.
Kejuaraan
itu adalah yang kedua berturut-turut buat Kelantan dalam saingan Piala FA yang
mula diperkenalkan sejak tahun 1990.
Sementara
impian Johor DT untuk mengulangi pencapaian Johor pada tahun 1998 tidak
kesampaian di samping gagal muncul kelab pertama memenangi trofi berkenaan.
Di
hadapan 90,000 penonton dengan kehadiran penyokong yang seimbang antara
kedua-dua pasukan, kegagahan The Red Warriors jelas terlalu sukar dicabar oleh
Harimau Selatan dengan penguasaan mutlak dipamerkan bahagian tengah diketuai
Mohd. Badhri Mohd. Radzi.
Serangan-serangan
pantas yang diterapkan jurulatih, Bojan Hodak membuatkan Johor DT bagaikan
hilang punca untuk bangkit.
Badhri
dan Nor Farhan jelas menjadi duri dalam daging kepada pertahanan Johor DT yang
kehilangan Mohd. Aidil Zafuan, malah Kamarul Afiq Kamaruddin serta Ahmad
Tharmini Saiban tidak senang duduk berdepan kesukaran mengawal pergerakan licik
Dickson Nwakaeme.
Segalanya
serba tidak menjadi buat Johor DT sejak awal permainan lagi, malah percaturan
Fandi Ahmad mempertaruhkan Safiq Rahim di bahagian tengah sia-sia apabila ketua
pasukan kebangsaan itu langsung tidak menghadirkan sebarang impak dan
dikeluarkan sebaik sahaja bersambung babak kedua.
Tiada
kelibat pemain import Argentina, Leonel Nunez dipertaruhkan pada permulaan
perlawanan, sebaliknya Fandi Ahmad memilih Safee Sali dan Norshahrul Idlan
Talaha menerajui barisan hadapan.
Penguasaan
penuh The Red Warriors pada 45 minit pertama dengan sekurang-kurangnya tujuh
peluang diperoleh melalui gerakan oleh Ahmad Fakri Saarani, namun disia-siakan.
Gol
yang dicari-cari oleh Kelantan akhirnya menjelma menerusi hantaran bijak Badhri
yang menghidu ruang kosong kedudukan Mohd. Nor Farhan Muhammad sebelum rembatan
leretnya gagal diselamatkan oleh Muhd. Al-Hafiz Hamzah pada minit ke-16.
Johor
DT bagaikan seolah-olah tidak beraksi pada separuh masa pertama ketika Fandi
sudah terpaksa mengeluarkan Safee pada minit ke-18 dan Andrezinho, 19 minit
kemudian kerana mendapat kecederaan.
Penjaga
gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat yang banyak berehat akhirnya terpaksa
bertungkus lumus pada 30 minit terakhir permainan melalui hantaran-hantaran
silang yang dicipta oleh K. Thanaraj serta Nurul Azwan Roya ketika momentum The
Red Warriors sedikit menurun.
Dua
sepakan percuma yang diperolehi oleh Nunez pada minit ke-78 dan 82 juga gagal
memberi impak apabila gagal menepati sasaran.
No comments:
Post a Comment