03 June 2013

Bukit Jalil Kami Datang

Seperti diduga KITA BAKAL BERTEMU JDT...satu satunya final yg sangat kita impikan..kita yg di "cederakan"pada awal musim oleh JDT insyaallah akan tampil full team TRW..kita sedar kekurangan dan kelemahan kita musim ini namun ini peluang bagi TRW membuktikan bahawa kita adalah WARRIORS yg akan berjuang dan berjuang menghadapi semua cabaran..MASANYA KINI TIBA....!!!  @1/6/2013
***
Kelantan Mahu Piala FA
MEMENANGI sekurang-kurangnya satu piala musim ini menjadi sasaran jurulatih Kelantan, Bojan Hodak apabila mereka turun menentang Johor Darul Takzim (Johor DT) pada perlawanan akhir Piala FA 29 Jun ini.
Menurutnya, misi tersebut adalah lebih penting berbanding soal maruah untuk menebus kekalahan 0-2 di tangan Johor DT pada aksi Liga Super di Johor Bahru serta seri 1-1 ketika mereka beradu di Kota Bharu sebelum itu.
Sambil menyifatkan pertembungan antara The Red Warriors dan Johor DT sebagai satu perlawanan akhir yang menjadi impian ramai pemerhati dan peminat bola sepak seluruh negara, Hodak juga menganggap ia memudahkan lagi tugasnya sebagai seorang jurulatih.
“Saya gembira apabila kita akan turun menentang mereka (Johor DT) pada perlawanan akhir. Semua orang tahu Johor DT merupakan pasukan yang dipenuhi 'bintang' dan saya fikir, ia secara automatik memberi motivasi yang baik untuk pemain saya menghadapi perlawanan tersebut.
“Ia bukan sekadar berkisar kepada soal maruah kedua-dua pasukan, tetapi apa yang lebih penting buat saya sekarang ialah untuk menang satu piala musim ini. Soal sama ada mereka (pemain) fikir untuk mendapat imbuhan itu tidak menjadi masalah yang penting, kita mahu bermain untuk mendapatkan piala,” katanya ketika dihubungi di Kota Bharu semalam.
Tambahnya, beliau begitu mengimpikan perlawanan akhir untuk menentang Johor DT kerana sudah pasti stadium akan dipenuhi penyokong kedua-dua pasukan, dan secara tidak langsung akan menaikkan semangat para pemain.
Katanya, peluang kedua-dua pasukan adalah seimbang dan The Red Warriors dilihat mempunyai kelebihan kerana sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pasukan Kelantan dan perlawanan akhir adalah cukup sinonim, dan berharap ia mampu untuk menjadikan para pemainnya lebih tenang.
“Kita seri di Kota Bharu sebelum ini kemudian tewas di Johor Bahru dalam dua pertemuan awal, mungkin pertemuan kali ketiga ini akan berpihak kepada kita. Jika ia benar berlaku, saya fikir ia cukup manis kerana kita menewaskan Johor DT dan memenangi piala.
“Persiapan rapi sudah pasti akan kita lakukan, sesi latihan akan bermula esok (hari ini) selepas pemain diberikan rehat selama tiga hari. Saya harap Dickson Nwakaeme dan Azizi Mat Rose akan segera pulih dan menjalani latihan untuk persiapan menjelang perlawanan akhir ini,” ujarnya.
TRW DAN JDT boleh sama sama berazam dan berusaha utk kita jadikan FINAL FA CUP 2013 Sebagai kemuncak kecemerlangan bolasepak negara..DENGAN MEMPAMERKAN MUTU PERMAINAN TERBAIK SERTA DISIPLIN SERTA SEMANGAT KESUKANAN PEMAIN DAN PENYOKONG YG BOLEH SAMA SAMA KITA BANGGAKAN..PENYOKONG KELANTAN SUDAH PASTI AKAN TERUS MEMBUKTIKAN KITA TERBAIK SEPANJANG MASA..KITA BERHARAP PENGANJUR DAN PEGAWAI PERLAWANAN DPT MENUNJUKKAN INTEGRITI YG TINGGI DAN MUTU PENGURUSAN YG BENAR BENAR PROFESIONAL..SAYA AKAN TETAP BERSAMA DI STADIUM BERSAMA PENYOKONG TRW YG SETIA..APA JUA KEPUTUSAN KITA SEDIA TERIMA KERANA ITULAH RESAM SUKAN TERUTAMA BOLASEPAK..JOM SAMA SAMA KITA JAYAKAN FA CUP FINAL 2013!!!!!!!KITA HARAP DPT MELIHAT YB MENTERI BELIA DAN SUKAN SERTA DYMM PRESIDEN FAM SERTA SAF PIMPINAN BOLASEPAK NEGARA TURUT HADHIR BERSAMA KEDUA DUA PASUKAN SERTA PEGAWAI KAFA DAN PBNJ..INSYAALLAH!!  @3/6/2013
***
Misi Sukar Kelantan - Piya
KAPTEN Kelantan, Mohd. Badhri Mohd. Radzi meramalkan aksi final Piala FA 2013 menentang Johor Darul Takzim (Johor DT) pada 29 Jun ini bakal menjanjikan suatu perlawanan yang mendebarkan.
Namun, Badhri yang juga mesra disapa sebagai Piya turut mengakui skuad The Red Warriors kini berdepan kesukaran dalam usaha untuk mempertahankan kejuaraan Piala FA musim ini.
Piya yang membantu Kelantan muncul juara Piala FA dengan menewaskan Sime Darby 1-0 musim lalu menegaskan, mempertahankan kejuaraan adalah lebih sukar berbanding merebut trofi.
‘Arkitek’ Kelantan itu menegaskan, Johor DT memiliki beberapa kelebihan termasuk bekas rakan sepasukan, Norshahrul Idlan Talaha dan Nurul Azwan Roya yang dikatakan ‘masak’ dengan corak permainan skuad kendalian Bojan Hodak.
Piya menganggap dua bekas pemain Kelantan, Norshahrul yang dikenali sebagai Mat Yo dan Nurul Azwan (Awe) mampu menjadi duri dalam daging buat skuad The Red Warriors.
“Mahu menjadi juara memang senang tetapi sukar untuk mempertahankan mana-mana kejuaraan buat semua pasukan.
“Pertembungan menentang Johor DT merupakan aksi yang dinanti-nantikan seluruh peminat bola sepak Malaysia dan saya percaya, aksi final ini lain daripada yang lain berbanding dengan edisi lalu.
“Johor DT merupakan salah sebuah pasukan cukup kuat. Mereka memiliki ramai bintang seperti Safiq Rahim, Safee Sali, Mat Yo dan Awe serta beberapa lagi pemain handalan lain.
“Saya fikir Mat Yo dan Awe memberikan ancaman cukup besar kepada Kelantan dan kelibat mereka harus diberikan perhatian lebih rapi untuk aksi final itu.
“Begitupun, kami terdesak untuk mengekalkan trofi Piala FA dan apa yang pasti, kami berusaha mati-matian untuk muncul juara Piala FA sekali lagi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Dalam perkembangan sama, Piya menggesa rakan-rakan sepasukan mengambil iktibar selepas kekalahan 0-2 kepada Harimau Selatan itu dalam saingan Liga Super pada 22 Mei lalu.
Piya mengakui, Kelantan yang dilihat gagal mempertahankan kejuaraan Liga Super akan berjuang habis-habisan untuk menjulang sekurang-kurang satu trofi pada musim ini.
“Dalam saingan liga musim ini, Kelantan dilihat tidak memiliki keberkesanan di bahagian serangan selepas Mat Yo dan Awe berhijrah ke Johor DT.
“Kejuaraan Liga Super kami gagal pertahankan tetapi seperti saya katakan sebelum ini, kami mahu menjulang Piala FA sebagai pengubat kekecewaan gagal mempertahankan kejuaraan Liga.
“Apa yang pasti, kami mahu menghadiahkan kejayaan ini kepada penyokong-penyokong skuad The Red Warriors dengan menjulang Piala FA musim ini,” katanya.
Kelantan Waspada Hadapi JDT
KOTA BHARU - Pengendali Kelantan, Bojan Hodak menyifatkan pertembungan dengan Johor Darul Takzim pada perlawanan akhir Piala FA bakal menyuntik motivasi tinggi barisan pemainnya.
Menurut Hodak, beliau menjangkakan perlawanan sengit menentang Johor DT pada aksi akhir.
"Mereka (Johor DT) bukanlah sebuah pasukan yang mudah untuk ditewaskan kerana mempunyai barisan pemain berstatus bintang.
"Begitu juga dengan kita yang turut mempunyai pemain berstatus bintang. Jadi saya tidak perlu memikirkan cara memberikan motivasi dan mereka (pemain Kelantan) sudah memahami bahang perlawanan tersebut.
"Bagaimanapun, saya yakin kita mampu memenangi perlawanan tersebut berdasarkan momentum pasukan setakat ini. Apa pun kita tetap waspada dengan ancaman Johor DT," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Tambah Hodak, beliau gembira dengan pertemuan tersebut dan menjangkakan perlawanan akhir nanti akan dipenuhi dengan puluhan ribu penyokong kedua-dua pasukan.
Johor DT mara ke akhir Piala FA selepas menumbangkan Pahang menerusi kelebihan jaringan tempat lawan selepas kedudukan agregat terikat 2-2 dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil kelmarin.
Sementara itu, Kelantan selaku juara bertahan layak ke pentas akhir selepas menyingkirkan seteru tradisi, Terengganu dengan agregat 6-5.
Kedua-dua pasukan akan berentap di pentas akhir bagi merebut kejuaraan Piala FA musim ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 29 Jun ini.
Dalam pada itu, Hodak memberitahu, pasukan Kelantan akan mula menjalani latihan hari ini sebagai persiapan ke perlawanan akhir.

No comments: