Elak Buat Kesilapan Berulang - Apex
PENJAGA gol utama Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat (gambar) menganggap pasukan yang paling kurang melakukan kesilapan mampu menjulang Piala FA di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam esok, lapor MOHD. ZUHARMAN MOHAMMAD NOR. Khairul Fahmi atau Apek berkata, pasukan yang kerap melakukan kesilapan pasti akan menerima padah kerana lawan sentiasa menunggu peluang tersebut. "Dalam mana-mana perlawanan bola sepak, kesilapan akan berlaku tetapi kita akan berusaha untuk kurangkan kesilapan kerana kesilapan itu adalah faktor utama menyebabkan strategi tiba-tiba boleh jadi kucar-kacir. "Kita perlu memberikan persembahan lebih daripada 100 peratus, itu kunci kejayaan yang paling penting. "Saya yakin, Insya-Allah kita mampu dinobatkan sebagai juara sekali lagi pada perlawanan akhir Piala FA musim ini sekiranya berjaya mengurangkan kesilapan," kata Apek. Apek juga tidak menafikan kehebatan kesebelasan utama skuad Harimau Selatan seperti penyerang berbisa, Norshahrul Idlan Talha atau Mat Yo serta dua tonggak import - Andrezinho dan Leonel Nunez mampu mengancam benteng pertahanan Kelantan. Bagaimanapun, Apek berkata, pengalaman yang dimiliki oleh sebahagian besar pemain Kelantan menjadi taruhan bagi menyekat hajat Johor DT. Katanya, ketiga-tiga pemain tersebut harus diberi perhatian serius bagi memastikan benteng pertahanan Kelantan tidak mudah ditembusi. "Andrezinho dan Mat Yo bahaya, mereka mampu menjaringkan gol selain mampu melakukan hantaran dengan baik kepada rakan sepasukan manakala Nunez pula bahaya jika diberi ruang untuk bergerak selain rembatannya juga cukup berkesan," ujarnya. Sementara itu, Apek tidak menolak kehadiran lebih ramai penyokong bakal memberi motivasi kepada pemain pasukan masing-masing dalam mempamerkan persembahan terbaik. Dia meramalkan kehadiran penyokong kedua-dua pasukan kali ini seimbang dan mengharapkan penyokong The Red Warriors khususnya menunjukkan disiplin tinggi dalam membangkitkan semangat perjuangan pasukan itu. Sebagai rekod, Kelantan berjaya menjulang Piala FA musim lalu setelah menewaskan pasukan berstatus kelab, Sime Darby 1-0 hasil jaringan tunggal Mohamed Ghaddar.

***
Rantai Kelibat Mat Yo, Nunez - Piya
Kapten pasukan Kelantan, Mohd Badhri
Radzi mahu rakan sepasukannya merantai pergerakan dua tonggak utama Johor Darul
Takzim (JDT), Norshahrul Idlan Talaha dan Leonel Nunez pada perlawanan final
Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.
Menurut Badhri yang dikenali sebagai Piya, dua pemain tersebut jika tidak dikekang dilihat mampu mengundang bahaya buat pasukan The Red Warriors (TRW) sekiranya diberi terlalu banyak ruang bergerak.
“Mat Yo (Norshahrul) dan Nunez memiliki kelebihan segala-galanya sebagai penyerang sejati. Disebabkan itu, saya katakan mereka adalah pemain yang perlu diberi perhatian oleh barisan pertahanan Kelantan pada perlawanan akhir nanti.
“Namun, kami tidak perlu gentar dengan Mat Yo dan Nunez kerana kami memiliki resipi untuk merantai pergerakan mereka.
“Apa yang penting, kami tidak akan membiarkan kedua-duanya bergerak bebas dan memegang bola kerana mereka cukup berbahaya,”katanya ketika ditemui di Auditorium Kumpulan Media Karangkaf, hari ini.
Pada masa sama, Piya turut berharap agar rakan sepasukannya memerah keringat lebih daripada 100 peratus pada perlawanan itu sekiranya berhajat mempertahankan kejuaraan Piala FA musim ini.
“Kita semua tahu JDT adalah pasukan yang kuat, pemain mereka juga lebih baik daripada kita. Mereka memiliki Mat Yo, Awe (Azwan Roya), Safee Sali, boleh dikatakan mereka adalah pasukan terbaik Malaysia.
“Jadi saya harap semua pemain bersedia dan berjuang sampai ke akhir perlawanan dan yang paling penting tidak melakukan kesilapan yang mampu memberikan kelebihan kepada JDT seperti sepakan percuma berhampiran kotak penalti.
“Ini kerana, kita semua tahu JDT mempunyai kekuatan melalui Safiq Rahim untuk menyudahkan sepakan sebegitu,” ujarnya yang akan berusaha untuk mempertahankan kejuaraan musim ini.
Piya juga berharap penyokong TRW akan membanjiri Stadium Nasional bagi meniup semangat pasukan dan berharap mereka juga menjaga tingkah laku masing-masing bagi mengelakkan insiden tidak diingini berlaku.

Nwakaeme Ingin Gegar JDT
MASANYA sudah tiba bagi
penyerang import sensasi Kelantan, Dickson Nwakaeme untuk mempamerkan
kejantanan sebenarnya pada pertemuan menentang Johor Darul Takzim (Johor DT),
perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.
Jika sebelum ini sering dibelenggu kecederaan, namun pada sesi latihan terakhir
The Red Warriors di Kota Bharu, petang semalam Nwakaeme memberi isyarat betapa
beliau kini hampir pulih sepenuhnya dan mahu menggegarkan gawang JDT pada
pertemuan itu.
“Semua pemain mahu beraksi dalam perlawanan akhir, begitu juga saya. Secara peribadi, ia (dapat bermain) merupakan satu penghargaan tertinggi dan semangat saya begitu membara mahu membantu Kelantan mempertahankan kejuaraan.
“Kecederaan ini bukan masalah besar dan saya bersedia untuk diturunkan malam esok. Lebih manis sekiranya saya dapat menjaringkan gol namun itu boleh dilakukan jika mendapat sokongan daripada rakan sepasukan,” katanya.
Malah, Nwakaeme turut memberi amaran akan tampil dengan perwatakan lebih garang bagi menembusi benteng pertahanan Johor DT yang pasti cukup perit untuk mengekang kelincahan pemain Nigeria itu setelah kehilangan tonggak utama mereka, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak.
“Saya tahu Johor DT pasukan hebat dan dibarisi ramai bertaraf bintang tetapi mereka akan berdepan situasi sukar bertemu Kelantan. Dahulu mereka menewaskan kita 2-0 (Liga Super) kerana saya tidak bermain, tetapi jangan harap boleh menang malam esok,” katanya
Dalam pada itu, Nwakaeme yang pernah beraksi dengan Song Lam Nghe An FC dalam Liga Vitenam pada musim lalu mengingatkan rakan sepasukannya tidak meletakkan kepentingan peribadi, sebaliknya menampilkan semangat berpasukan jika mahu terus mengekalkan kejuaraan.
“Ramai orang anggap saya wira kerana membawa Kelantan mara ke final. Tetapi saya tidak berfikiran begitu, kemenangan pasukan jadi keutamaan, tidak kira siapa pun jaringkan gol.
“Bola sepak adalah sukan yang bergantung pada bagaimana anda beraksi secara berpasukan. Jika kita berjuang untuk menang, saya percaya kami ada peluang untuk mempertahankan kejuaraan,” katanya.

Motivasi Shakir
Kota Bharu: Kematangan beraksi di final sebanyak
empat kali menjadi kunci keyakinan pemain tengah, Mohd Shakir Shaari untuk
membantu Kelantan mempertahankan Piala FA ketika berdepan Johor Darul Takzim
(DT) di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.
Meskipun menyedari berdepan musuh ketat musim
ini, pemain berasal dari Kota Bharu itu tetap tenang malah pengalaman beraksi
di pentas final bersama Kelantan sejak 2010 memberi keyakinan kepadanya untuk
mengekalkan kejuaraan.
Mohd Shakir berkata, pengalaman dua kali beraksi
di final Piala FA dan dua kali Piala Malaysia memberinya motivasi untuk
mempamerkan aksi terbaik bagi membantu gergasi Pantai Timur itu membenam
Harimau Selatan.
Bagaimanapun, katanya, pengalaman itu tidak boleh
menjadi pengukur kekuatan pasukan sebaliknya perlu waspada dengan ancaman
pasukan kendalian Fandi Ahmad yang nekad memburu gelaran pertama musim ini.
“Saya yakin kerana sudah beberapa kali beraksi di
final termasuk saingan Piala Malaysia pada 2010 dan tahun lalu. Pemain lebih
tenang untuk beraksi di depan ramai penyokong kerana sudah banyak kali beraksi
di final.
“Walaupun kita banyak pengalaman, Johor DT bukan
mudah untuk ditewaskan dan kita perlu hati-hati,” katanya.
Ketika ditanya mengenai dua bekas rakan
sepasukannya, Norshahrul Idlan Talaha dan Nurul Azwan Roya, pemain kebangsaan
itu berkata, pergerakan kedua-dua pemain perlu dirantai supaya lawan tidak
dapat mencipta peluang menghasilkan gol.
“Kita perlu awasi pemain lawan yang selalu
memberi ancaman, malah saya rasa Mat Yo (Norshahrul) dan Awe (Nurul Azwan)
antara pemain yang perlu diberi perhatian.”
***
Bukan Mudah Untuk Tewaskan Kami - TSAM
Bukan mudah untuk
tewaskan kami, demikian laungan awal daripada Presiden Persatuan Bola Sepak
Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa ketika mengulas perlawanan final Piala FA
menentang Johor Darul Takzim (JDT) yang bakal berlangsung di Stadium Nasional
Bukit Jalil, Sabtu ini.
Mengakui rekod
pertemuan dengan skuad Harimau Selatan tidak memihak kepada Kelantan apabila
hanya mampu seri dan tewas dalam dua pertemuan sebelum ini namun bagi Annuar,
itu semua tidak menggusarkannya.
Sebaliknya beliau
memberitahu, skuad TRW akan muncul dengan ‘senjata baru’ di pentas final nanti.
“Memang atas kertas kita belum pernah menewaskan JDT musim ini apabila hanya seri di Kelantan dan kalah di Johor. Saya juga akui JDT mempunyai barisan yang kuat termasuk berada di ranking lebih baik dalam Liga Super.
"Tetapi bagaimana kita tahu Kelantan juga mengambil pendekatan yang berbeza setiap perlawanan. Malah kesebelasan yang kita akan turunkan dalam final nanti juga tidak sama dengan kesebelasan yang kita turunkan masa tewas di JDTdan juga tidak sama waktu kita seri di Kelantan.
“Kita akan turunkan satu kesebelasan yang berbeza dan kita yakin pemain akan memberi tentangan yang kuat kerana kita adalah juara bertahan dan tidak akan mudah memberi peluang untuk JDT menewaskan kita,” kata Annuar ketika ditemui oleh Sinar Harian Online, baru-baru ini.
Tambah Annuar beliau gembira dengan pertemuan tersebut dan menjangkakan perlawanan akhir nanti akan dipenuhi dengan puluhan ribu penyokong kedua-dua pasukan.
“Hajat penyokong akhirnya tertunai apabila Kelantan akan bertemu JDT. Saya pun gembira dapat jumpa JDT, kerana ini adalah medan terbaik bagi kedua-dua pasukan menguji kekuatan masing-masing di gelanggang berkecuali.
“Lagipun ini juga masa untuk kita membalas dendam setelah tak puas hati (tewas 0-2 di Larkin), sebab tidak menurunkan barisan terkuat. Jadi, kita mahu menguji mereka dengan kekuatan sebenar Kelantan.
“Saya yakin Kelantan boleh mempertahankan kejuaraan. Kita tahu kualiti yang ada pada pemain, cuma sepanjang musim ini kita berdepan banyak masalah hingga menimbulkan kesulitan kepada jurulatih untuk menyusun kesebelasan terbaik," ujarnya yang juga menganggap kejuaraan Piala FA penting bagi membolehkan mereka terus layak untuk bersaing dalam kempen Piala AFC musim depan.
Annuar juga berharap penyokong TRW akan membanjiri Stadium Nasional bagi meniup semangat pasukan dan berharap mereka juga menjaga tingkah laku masing-masing mengelakkan insiden tidak diingini berlaku.
“Saya berharap penyokong sama ada TRW atau JDT akan mengawal emosi masing-masing kerana kita tidak mahu acara sukan berlaku sama seperti di beberapa buah negara lain.
“Ini kerana kita mahu melihat perlawanan yang bermutu tinggi nanti,” jelas beliau.

Sumber : Sinar
Harian/27 Jun 20113
***
Karathu Pilih Kelantan Juara
Bekas jurulatih Kelantan,
Dato' M.Karathu menyifatkan Kelantan mempunyai kelebihan 10 peratus berbanding
lawannya, Johor Darul Takzim ketika kedua-dua pasukan bertemu di perlawanan
akhir Piala FA, di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok.
Kelebihan 10 peratus yang
dimiliki pasukan kendalian Bojan Hodak itu membabitkan pengalaman beraksi di
pentas final berbanding Harimau Selatan yang baru saja mahu mengejar gelaran
juara.
Bagaimanapun, Karathu
berkata, kedua-dua pasukan memiliki kekuatan hampir sama namun hanya berbeza
pengalaman dengan perlawanan dijangka berlangsung sengit.
“Bagi saya, Kelantan akan
menguasai perlawanan akhir itu dengan kelebihan 55-45 peratus dan ia hanya
dibezakan mengikut kematangan beraksi di final. Kedua-dua pasukan memiliki
pemain hebat dan ini akan menjadikan pertemuan itu sengit.
“Kelantan memiliki pemain
tengah dan penyerang yang kesemuanya mampu menjaringkan gol. Johor DT pula
memiliki dua bekas pemain Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha Dan Nurul Azwan
Roya yang sudah masak dengan cara permainan lawan di samping mereka juga
mempunyai pengalaman beraksi di final ketika bersama pasukan lama,” katanya.
Jurulatih yang pernah
membantu Kelantan menjulang trofi Liga Super pada 2011 itu tetap memilih bekas
pasukan kendaliannya menang dengan keputusan 2-1, namun mengaku The Red
Warriors (TRW) akan menerima tentangan sengit.
Katanya, Kelantan perlu
menguasai perlawanan melalui pemain tengah selain mengurangkan kesilapan
kehilangan kawalan bola bagi memastikan peluang mencipta jaringan dapat
dihasilkan.
“Pemain tengah Kelantan perlu
bekerja keras dan bahagian pertahanan pula perlu memberikan perhatian penuh.
Kelantan akan menguasai perlawanan jika jentera tengah kreatif mencipta
peluang.
“Saya pilih Kelantan menang
2-1 atas faktor pengalaman lebih banyak beraksi di final.”
Sumber : Harian Metro/28 Jun 2013
No comments:
Post a Comment