KELANTAN mendapat tonik berharga menjelang aksi
final Piala FA menentang Johor Darul Takzim (Johor DT) Sabtu ini apabila
menumpaskan Pahang 2-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV,
Kota Bharu malam tadi.
Beraksi di hadapan lebih 5,000 penyokong setia,
Kelantan bermula garang dengan melancarkan serangan bertali arus ke kubu
pelawat seawal minit pertama, namun dihampakan oleh ketumpulan jentera
penyudah.
Keghairahan tuan rumah untuk mendapatkan jaringan
hampir membuahkan hasil menerusi Mohd. Faiz Subri, namun rembatannya pada minit
ke-11 melewati palang gol pelawat.
Pahang turut mempunyai peluang terbaik
menghasilkan jaringan menerusi sepakan percuma Azidan Saharudin pada minit
ke-19, namun diselamatkan oleh penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.
Ketiadaan penggempur berbisa, Azzamuddin Akil
menyaksikan jentera serangan Pahang gagal berfungsi baik, sekali gus
menyukarkan mereka untuk membelah benteng Kelantan yang diterajui Obinna
Nwaneri.
Pada minit ke-28, ketua pasukan Kelantan, Mohd.
Badhri Radzi mempersia-siakan peluang terbuka selepas rembatannya berjaya
ditanduk keluar oleh Mohd. Saiful Nizam Miswan biarpun pengaja gol Pahang,
Khairul Azhar sudah pun tertewas ketika itu.
Ketumpulan jentera serangan terus menghantui
Kelantan apabila rembatan Mohd. Norfarhan Mohammad pada minit ke-36 berjaya
diselamatkan oleh Khairul Azhar.
Selang dua minit kemudian, Kelantan memperoleh
peluang keemasan untuk menjaringkan gol menerusi sepakan penalti, namun Nwaneri
gagal menyempurnakan tugas tersebut.
Badhri menamatkan penantian penyokong Kelantan
apabila meledak jaringan pertama tuan rumah menerusi rembatan deras dari luar
kotak penalti pada minit ke-45.
Bersambung babak kedua, Kelantan terus
mengukuhkan kedudukan menerusi jaringan kedua oleh Muhammad Zamri Ramli.
Kelantan terus bernafsu untuk memburu jaringan
apabila membuat dua pertukaran dengan memasukkan peledak berbisanya, Dickson
Nwakaeme serta perancang tengah, Zairol Annuar Zailani bagi menggantikan Faiz
dan Zamri pada minit ke-64.
Kemasukan kedua-dua tonggak tersebut menyaksikan
Kelantan terus menekan benteng pertahanan pelawat yang dikemudi oleh pemain
berpengalaman, Jalaluddin Jaafar.
Pada minit ke-75, Nwakeme melepaskan peluang
terbaik Kelantan untuk menjarakkan kedudukan apabila rembatannya gagal menemui
sasaran.
Keputusan tersebut kekal sehingga tamat
perlawanan menyaksikan skuad kendalian Bojan Hodak berjaya memintas Pahang
dengan kelebihan satu mata apabila mengumpul 30 mata.
***
Kelantan 2-0 Pahang
Kelantan terus mengekalkan rekod kemenangan kedua dalam saingan ke 20 Liga Super 2013 malam tadi apabila Piya dan Zamri berjaya menghukum kelesuan pertahanan Pahang. Jika dilihat keseluruhan perlawanan ini kedua-dua pasukan bermain dibawah prestasi sebenar para pemain mereka meskipun Kelantan lebih banyak melancarkan serangan tepat ke gawang lawan.
Kelantan terus mengekalkan rekod kemenangan kedua dalam saingan ke 20 Liga Super 2013 malam tadi apabila Piya dan Zamri berjaya menghukum kelesuan pertahanan Pahang. Jika dilihat keseluruhan perlawanan ini kedua-dua pasukan bermain dibawah prestasi sebenar para pemain mereka meskipun Kelantan lebih banyak melancarkan serangan tepat ke gawang lawan.
Namun masih terlalu awal untuk mendabik dada
meraikan dan membuat ramalan kemenangan ini bakal menjadi pencetus kemenangan
Kelantan pada 29 jun nanti.
***
MSL # Keputusan Game Ke 20
JOHOR BAHRU - Johor Darul Takzim gagal
memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri apabila sekadar mencatatkan
keputusan seri 1-1 pada saingan Liga Super menentang Felda United, tatkala
pendahulu liga Lions XII juga menerima nasib yang sama ditambat 1-1 bertemu
Perak.
Keputusan seri itu juga menyaksikan Johor Darul
Takzim hilang tempat kedua kepada Selangor yang mencatatkan kemenangan 2-1 ke
atas PKNS dari segi kelebihan jaringan.
Sementara itu, Negeri Sembilan tersingkir ke Liga
Perdana musim depan selepas mereka tewas 1-2 kepada T-Team dalam pertemuan di
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
Di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, meskipun
tanpa enam tonggak utama, Johor DT masih mampu menguasai perlawanan dan pemain
gantian mereka, Muhd. Haidin Azman menceriakan para penyokong apabila berjaya
menjaringkan gol pada minit ke-64 selepas menolak masuk bola hantaran Nurul
Azwan Roya.
Bagaimanapun, harapan tuan rumah untuk mengutip
tiga mata penuh berkecai apabila Felda United menyamakan kedudukan pada minit
ke-83 selepas pemain gantian, Rudie Ramli berjaya menanduk masuk hantaran
lintang Mohd. Azmi Muslim.
Di Stadium Perak, pasukan tuan rumah berjaya
menghalang hasrat pelawat, Lions XII untuk membawa pulang tiga mata penuh,
Perak berada di depan pada minit ke-59 melalui Paulo Rangel namun Shahfiq Ghani
berjaya menjaringkan gol penyamaan buat Lions XII pada minit ke-77.
Berlaku sedikit kekecohan di penghujung
perlawanan apabila pemain kedua-dua pasukan saling tolak-menolak antara satu
sama lain.
Di Stadium Shah Alam, Selangor berjaya mencatat
kemenangan tipis 2-1 untuk melonjak ke tangga kedua namun mereka dikejutkan
dengan jaringan tuan rumah, Nizad Ayub pada minit ke-14 sebelum Mohd. Raimi
Mohd. Nor menambah dua gol pada minit ke-63 dan 70.
Di Stadium Sultan
Muhammad IV, pula Kelantan berjaya menumpaskan Pahang 2-0. Ketua pasukan, Mohd.
Badhri Radzi menjaringkan gol pertama pada minit ke-45 dan gol kedua daripada
Muhammad Zamri Ramli selepas pemain tersebut menyudahkan susulan rembatan rakan
sepasukan Mohd. Nor Farhan yang berjaya diselamatkan oleh Khairul Azhar sebelum
itu.
Keputusan lain
menyaksikan ATM dan Terengganu seri 1-1 dalam perlawanan yang diadakan di
Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi, gol tuan rumah dijaringkan Christie
Jayaselan pada minit ke-65 dan pasukan pelawat menyamakan kedudukan pada minit
ke-79 melalui, Farderin Kadir.
No comments:
Post a Comment