06 December 2012

Tumpat FA Sertai Liga FAM 2013

4 Disember 2012

PERSATUAN Bola Sepak Jajahan Tumpat (Tumpat FA) iaitu badan gabungan Persatuan  Bola Sepak Kelantan (Kafa), sah akan beraksi pada saingan Liga FAM pada musim hadapan.
Yang Dipertua Tumpat FA, Wan Hanafi Wan Yaakob berkata pasukan itu layak bermain pada saingan divisyen ketiga itu selepas mendapat penajaan sebanyak RM500,000 daripada Kumpulan Perumahan Rakyat Kelantan Berhad (KPRK).
"Pada 2008 dahulu, kita pernah terima tawaran daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), namun hasrat tersebut tidak kesampaian apabila menghadapi masalah kewangan.
"Kita bertuah kerana KPRK Bhd sudi menjadi penaja utama kami sehingga melayakkan Tumpat FA bermain dalam liga  tersebut," katanya kepada pemberita pada Majlis Memperkenalkan Pemain, Pengurusan dan Penajaan Pasukan Tumpat FA bagi Kejohanan Piala FAM 2013, di Kota Bharu, hari ini.

Gomo Ttupak gomo!!!!
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif KPRK Bhd, Nik Salman Nik Din.
Antara pemain yang bakal beraksi bersama pasukan itu ialah dua bekas pemain Kelantan, Che Hishamuddin  Hassan dan Sarudy Aziz serta beberapa bekas pemain Liga Perdana.
Pasukan tersebut juga bakal dibimbing jurulatih berpengalaman, Husin Deraman yang pernah mengendalikan bekas penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha, Shakir Shaari dan Akmal Rizal Rakhli ketika bertugas sebagai pengajar di Sekolah Sukan Bukit Jalil.
Wan Hanafi berkata pihaknya menyasarkan untuk melangkah ke Liga Perdana pada 2014 atau sekurang-kurangnya  menjadi antara empat pasukan teratas pada saingan Liga FAM tersebut.
"Saya yakin dengan gandingan pemain yang berpengalaman dan pemain baharu serta latihan yang diberikan ketua jurulatih, Tumpat FA dapat bersaing dengan kelab lain dalam Liga FAM," katanya.

Che Hishamuddin bekas pemain TRW
Sementara itu, Nik Salman berkata pihaknya yakin untuk menaja Tumpat FC selepas melihat kehandalan pasukan itu  yang hanya kalah tiga daripada 60 perlawanan persahabatan dengan beberapa kelab bola sepak di seluruh negara sepanjang  beberapa tahun lalu.
"Kita juga berada di landasan yang betul kerana bergabung dengan Kafa di mana persatuan tersebut boleh memberi  tunjuk ajar kepada Tumpat FA. Itu yang buat saya yakin untuk menaja pasukan ini," katanya. - Bernama

No comments: