07 July 2012

Kelantan Juara Liga Super 2012


KUALA LUMPUR, 7 Julai 2012 (Bernama) – Kelantan berjaya mempertahankan Piala Liga Super yang dimenangi musim lepas apabila membelasah Perak 6-0 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baharu, Kelantan.

Kemenangan ke-17 daripada 24 perlawanan liga itu membolehkan mereka memungut 57 mata, berkelebihan tujuh mata daripada pencabar terdekat, Lions XII dari Singapura dengan masing-masing masih mempunyai dua baki perlawanan.

Kelantan merupakan pasukan ketiga yang berjaya mempertahan piala itu sejak ia diperkenalkan pada 2004 yang dimenangi oleh Pahang, selepas Kedah melakukannya pada 2007 dan 2008 serta Selangor pada 2009 dan 2010.

TAHNIAH  KELANTAN!!!! Lepas ni boleh tumpukan kepada Piala Malaysia pulokkk, pahtu Piala AFC!.