03 December 2012

Kelantan Sambar Pertratos


TRW sambar Pertratos, intai Safee Sali
Wartawan Sinar Harian@3 Disember 2012
PEMAIN skuad bawah 23 tahun Australia, Dimitrios Pertratos dan penyerang kebangsaan, Mohd Safee Sali antara yang disebut-sebut bakal disunting oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) bagi memperkuatkan pasukan Kelantan untuk menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.
Dimitrios Pertratos
Sumber Kafa memberitahu, penyerang Pelita Jaya FC yang sedang beraksi bersama skuad kebangsaan dalam Kejohanan Piala AFF Suzuki 2012 dikatakan berada dalam perhatian meskipun tiada pengesahan rasmi diberikan oleh pihak terbabit setakat ini.
Menurut sumber itu lagi, Pertratos pula hampir pasti menjadi pilihan Kafa bagi menyarung jersi The Red Warriors secara pinjaman untuk tempoh enam bulan setelah kontrak Mohammad Ghaddar tidak disambung pada musim depan.
“Dimitrios Pertratos merupakan pemain Sydney FC yang berpengkalan di New South Wales, Australia. Dia masih muda (20 tahun), mempunyai ketinggian 1.76 meter dan boleh beraksi di posisi serangan dan pemain tengah menyerang,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
“Kita dapatkan khidmat beliau atas dasar pinjaman bagi tempoh tersebut. Keputusan mengikat Pertratos dilakukan sebagai usaha memperkuatkan pasukan Kelantan bagi mempertahankan ketiga-tiga piala dimenangi selain menghadapi Kejohanan PialaKonfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bermula Mac nanti.Sebuah portal sukan, Australian FourFour Two pada 23 November lalu melaporkan juara treble dari Malaysia, Kelantan dikhabarkan berminat untuk mendapatkan khidmat Pertratos terutamanya bagi mengharungi saingan baharu kempen Piala AFC nanti.
Malah, ejen Pertratos, James Hardy dalam artikel tersebut menyifatkan tawaran dikemukakan Kelantan sangat menarik dan memberi peluang kepada pemain muda itu mengembangkan kerjayanya setelah jarang diberi peluang beraksi bersama kelabnya sebelum ini.
Ini diperkukuhkan lagi apabila Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa yang dipetik daripada laman sosialnya semalam memberitahu, Kelantan sah akan mengikat kontrak dengan seorang pemain yang beraksi dengan sebuah kelab dalam Liga Juara-Juara Asia.
“Dia akan menggantikan Mohammad Ghaddar. Kita terpaksa melupakan Ghaddar yang menuntut kenaikan gaji 100 peratus. Saya tak mampu, lagi pun prestasinya juga tak konsisten,” katanya.Annuar juga memberitahu, pihak Kafa akan mengadakan satu majlis memperkenalkan pemain baru mereka iaitu Zairo Annuar Zailani, Mohd Faiz Subri dan seorang lagi pemain tempatan di Kota Bharu, hari ini.Selain Pertratos, Kafa juga difahamkan turut memperkenalkan bekas penyerang T-Team dan Johor FC, Mohd Haris Safwan Mohd Kamal dan seorang lagi pemain import dari Croatia pada majlis tersebut.
***
Ghaddar Tinggalkan Kelantan 
Penyerang import berbisa Kelantan musim 2012, Mohammed Ghaddar kini tidak lagi bersama Kelantan FA pada musim 2013 selepas pemain itu tidak menyambung kontrak bersama Kelantan akibat masalah kenaikan gaji.
Tan Sri Annuar Musa menerusi Facebooknya berkata “Kita terpaksa melupakan Ghaddar yang telah meminta kenaikan gaji 100% dan KAFA tidak mampu menunaikan hasrat beliau namun Ghaddar bakal digantikan dengan pemain muda dari pasukan bawah 23 tahun kebangsaan negara Asia dari kelab ternama yang beraksi di AFC Champions League”.
Selamat Maju Jaya buat Mohammed Ghaddar.
***
Petikan FB TSAM  
Musim 2013 memperlihatkan SELANGOR,JOHOR FC,PERAK DAN ATM BERADA DI HADAPAN DARI SEGI LINE UP..KITA TERPAKSA BEKERJA KUAT MENGADUNKAN GANDINGAN BARU DGN TIADANYA MAT YO DAN GHADDAR..PARA JURULATIH PERLU BEKERJA KERAS DAN TIADA JLN PINTAS...ATAS KERTAS KITA MUNKIN DITANGGA KE EMPAT ATAU LIMA...justeru kita perlu lakukan sesuatu dgn cermat dan bijak supaya kita lahirkan satu TEAM YG UNIK DGN CORAK PERMAINAN KITA SENDIRI...kelantan style of football...!!
 ***  Esok 3hb disember JAM 4 ptg BERTEMPAT DI CAFE TRW ZAIRO,FAIZ,DUA IMPORT BARU(DARI EROPAH DAN ASIA)DAN SEORANG PEMAIN TEMPATAN AKAN DI PERKENALKAN KEPADA MEDIA...MELENGKAPKAN LINE UP TRW 2013...
***
Kita terpaksa melupakan ghaddar YG TELAH DEMAND KENAIKAN GAJI 100%..saya tak mampu..lagi pun prestasinya tidak konsisten..Dia bakal di ganti dgn seorang muda dari pasukan U23 kebangsaan negara Asia/AFC dari KELAB ternama yg beraksi di AFC CHAMPIONS LEAGUE..YAITU LIGA JUARA JUARA ASIA..Kita mengujinya utk 6 bulan..
***  
Jersey TRW boleh mula dibeli secara langsung mulai 4hb januari di semua outlet resmi,sehari selepas pelancaran resmi pada 3hb jam 3ptg..di keluarkan dlm 2 bentuk HOME & AWAY...dan dalam 2 VERSI yaitu VERSI ORI PEMAIN dan VERSI REPLICA PENYOKONG...dua struktur harga agar ia di mampu milek oleh semua lapisan penyokong TANPA PERLU MEMBELI YG CETAK ROMPAK...beli yg ori players version dan ori fan version...TAPI STOK TERHAD KERANA PRUDUKSI DI LUAR NEGARA DAN MEMERLUKAN 2BULAN TEMPAHAN!!

No comments: