05 December 2012

Kelantan Baru Intai Johor Dah Sambar!

Rumours : Safee Sali Ke Kelantan? 
Makin hangat pemain jersi no 9 The Red Warriors selepas pihak Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) terus berteka teki dengan pemain yang akan mengantikan tempat Norshahrul Idlan Talaha.
Berdasarkan laporan berita dan media semasa, nama Safee Sali berada dalam senarai teratas KAFA untuk dibawa menyertai Sang Kijang.
Setakat ini dilaporkan Safee dalam perbincangan namun masih tiada pengesahan rasmi dari kedua-dua pihak.
Menurut sumber RedsfcNews, kemungkinan besar Safee akan dibawa masuk untuk jersi no 9 dan pemergian Norshahrul tiada apa yang perlu dirisaukan.
Mereka kini hampir mencapai persetujuan dalam masa 48 jam sebelum tarikh perpindahan Liga Malaysia ditutup dengan rasminya.
Jika benar laporan sumber tersebut, Kelantan memiliki rangkaian serangan berbisa negara kerana kehadiran Safee akan melengkapkan barisan depan dibantu oleh Haris Safwan, Keita Mandjou, Indra Putra, Norfarhan, Faiz Subri, Zairo Annuar, Badri Radzi serta beberapa pemain lagi. 
Sumber:redsfc news
***
Safee-Andik ada Peluang Sertai Kelantan
PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) membariskan lima muka baru termasuk dua pemain import untuk saingan Liga Malaysia serta kejohanan Piala Konfederasi Asia musim depan. 
Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, pemain tersebut ialah bekas kapten T-Team, Zairo Anuar Zailani dan rakan sepasukannya, Faiz Subri serta pemain Johor FC, Haris Safuan.  
Sementara pemain import terdiri daripada pemain Sydney FC, Dmitrios Petratos, 23, yang bermain di Liga Australia (A League) serta Lek Kcira, 29, dari Croatia dan pernah bermain bersama kelab liga utama di Iran dan Croatia sebagai pemain pertahanan.
 Dmitrios Petratos juga pernah bermain bersama skuad kebangsaan Bawah 23 Tahun Australia dan bertindak sebagai penyerang, selain mewakili skuad Bawah 20 pada kejohanan Piala Dunia di Columbia.
 "Ketua jurulatih (Bojan Hodak) akan menguji kemampuan sebenar Dmitiros sebelum meletakkan beliau untuk bermain di Liga Malaysia ataupun AFC. 
"Lek Kcira pula akan didaftarkan di bawah kumpulan pemain dalam kejohanan AFC dan akan bertindak sebagai pemain pertahanan yang akan bergandingan dengan Obinna Nwaneri," katanya kepada pemberita pada sesi pengenalan pemain baru The Red Warriors hari ini.  
Annuar berharap penyertaan kelima-lima pemain tersebut dapat menyemarakkan lagi prestasi The Red Warriors musim depan bagi mempertahan kejayaan treble iaitu Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia musim ini. 
Bagaimanapun persoalan sama ada penyerang prolifik negara Safee Sali yang uar-uarkan bakal menyarung jersi Kelantan masih menjadi tanda tanya. 
"Boleh jadi Safee, mungkin juga Andik Vermansyah (Indonesia). Masing-masing ada peluang untuk bermain dengan Kelantan dan tunggu sahaja pengumuman rasmi pada 3 Januari depan," kata Annuar. 
Sementara itu beliau berkata, Kevin Ramalingan bakal dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif TheRedWarriors.com Sdn Bhd bagi menguruskan soal penajaan barangan The Red Warriors. 
"Syarikat milik Kafa tersebut akan menyusun kembali penajaan dan antara berita gembira yang dapat saya khabarkan adalah Kelantan mendapat tajaan sekali ganda lebih musim hadapan berbanding 2012. 
"Selain itu, Kelantan turut menerima undangan untuk bermain di Kejohanan Empat Negara dari 15 hingga 23 Disember ini di Indonesia sebagai persediaan pasukan untuk pramusim Liga Malaysia 2013," kata Annuar. - Bernama.
***
Safee Sertai Johor
Oleh FERZALFIE FAUZI@ferzalfie.fauzi@utusan.com.my@5-12-2012
KUALA LUMPUR - Penyerang kebangsaan, Safee Sali menyertai skuad Johor dengan kontrak setahun, semalam.
Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) , Suhairi Hashim mengesahkan bahawa pemain kelab Arema Indonesia itu telah menandatangani kontrak perjanjian dengan disaksikan oleh Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.
"Safee sudah pun menandatangani kontrak selama setahun semalam dan dia sudah bersedia untuk beraksi," katanya.
Sebelum itu, majlis menandatangani kontrak pemain Arema Indonesia itu yang sepatutnya berlangsung di sebuah hotel di sini malam tadi, pada awalnya tidak menjadi kenyataan apabila Safee tidak muncul.
Kelantan terlewat! Safee dah sign kontrak dgn Johor...
Petugas media yang menunggu majlis menandatangani kontrak ter sebut kecewa apabila dimaklumkan oleh Suhairi bahawa majlis tersebut tidak dapat diadakan.
Difahamkan Safee tidak dapat hadir kerana peraturan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang tidak membenarkan pemain kebangsaan keluar dari kem latihan skuad negara yang menghadapi ke johanan Piala Suzuki AFF.
Ini menyebabkan pengurusan PBNJ yang diketuai Presidennya, Tunku Ismail ke Wisma FAM untuk menemui Safee.
Selepas mengadakan perbincangan, Safee akhirnya menandatangani kontrak perjanjian.
Menurut Suhairi, PBNJ memiliki semua dokumen perpindahan Safee, termasuk surat kebenaran dari kelab Arema Indonesia.
Kontrak Safee selama setahun bersama Johor berasaskan pinjaman.
Surat kebenaran Arema Indone sia ditandatangani oleh Pengarah nya, Ruddy Widodo dengan kontrak pinjaman pula bertarikh dari 1 Di sember hingga 30 November 2013.
Tambah Suhairi, keputusan un tuk menandatangani kontrak Safee dibuat tergesa-gesa disebabkan PBNJ mengejar tarikh tutup pen daftaran pemain yang berakhir esok.
Ditanya adakah Safee akan menerima gaji lebih dari yang ditawarkan oleh Arema, Suhairi memberi gambaran awal mungkin lebih baik dari itu.
Arema membayar gaji Safee sebulan RM90,000 selepas mendatangani kontrak baru dua tahun dengan kelab Liga Super Indonesia itu pada 1 Februari lalu.
Johor sudah pun memiliki seorang lagi penyerang negara, Norshahrul Idlan Talaha.
***

Safee Milik Johor
Oleh HELMI TALKAH@5-12-2012@helmi.talkah@kosmo.com.my
PERSATUAN Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) terus berbelanja besar dalam persiapan menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.
Semalam, Setiausaha PBNJ, Suhairi Hashim mengesahkan telah mendapat surat pelepasan daripada kelab Liga Super Indonesia (ISL), Arema Indonesia bagi mendapatkan khidmat penyerang sensasi Harimau Malaya, Mohd. Safee Sali secara pinjaman musim depan.
Suhairi berkata, surat yang ditandatangani oleh Pengarah Arema, Ruddy Widodo menyatakan, Safee akan menyarung jersi Johor selama setahun bermula dari 1 Disember 2012 hingga 30 November 2013.
“Safee sepatutnya hadir malam ini (semalam) untuk menandatangani kontrak tetapi tidak dapat berbuat demikian disebabkan terikat dengan peraturan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) yang tidak membenarkan pemain kebangsaan keluar daripada kem latihan mereka sepanjang kempen Piala Suzuki AFF 2012.
“Namun, kami (PBNJ) telah mendapat pelepasan daripada Arema yang membenarkan Safee beraksi bersama Johor. Saya ada bukti dan saya boleh tunjuk kepada umum.
“Jika segalanya berjalan seperti yang dirancang, Safee akan beraksi bersama Johor. Kami memang bersungguh-sungguh untuk membawa masuk Safee dan mahu menyelesaikan perkara ini dalam tempoh dua hari sebab tarikh tutup pendaftaran pemain akan tutup pada 6 Disember (esok),” kata Suhairi ketika ditemui pemberita di Hotel Prince Kuala Lumpur malam tadi.
Terdahulu, sidang akhbar yang dirancang PBNJ untuk majlis menandatangani kontrak Safee tidak dapat diteruskan kerana pemain berusia 28 tahun itu tidak dapat hadir kerana terikat dengan peraturan FAM.
Situasi itu menyaksikan Suhairi bersama Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bergegas ke Wisma FAM, Kelana Jaya malam tadi bagi mendapatkan tandatangan Safee.
Mengulas mengenai yuran pinjaman dan gaji Safee, Suhairi berkata: “Berhubung perkara itu, kami tidak boleh dedahkan dan ia adalah rahsia,” ujarnya.
Bagaimanapun, beliau memberi gambaran bahawa Safee akan mendapat gaji yang lebih baik daripada apa yang diterimanya bersama Arema.
Kosmo! difahamkan Safee ketika ini menerima gaji sebanyak RM90,000 sebulan daripada Arema dan ia memberi bayangan bahawa dia akan menerima gaji sekurang-kurangnya RM100,000 sebulan bersama Johor.
Pada 1 Februari lalu, Safee telah menandatangani kontrak lanjutan selama dua tahun bersama kelab Indonesia itu dengan nilai keseluruhan berjumlah RM2 juta. Kontrak dua tahun itu termasuk pelbagai kemudahan seperti bonus tetap perlawanan, rumah, kenderaan, pemandu peribadi, cukai yang dibayar oleh kelab, tiket pergi balik ke Kuala Lumpur yang disediakan oleh kelab dan penghormatan sebagai kapten pasukan.
Kontrak Safee bersama Arema akan tamat pada 2014.
Sebelum ini, lima pemain kebangsaan iaitu Safiq Rahim, Norshahrul Idlan Talaha, Aidil Zafuan Radzak, Zaquan Adha Radzak dan Azmi Muslim serta bekas pertahanan Terengganu dan Harimau Muda A, Muslim Ahmad telah menandatangani kontrak untuk beraksi bersama Johor musim depan.
***
Petikan FB TSAM@5-12-2012  
Urusan pemain dan kelab di england tidak pernah di campuri oleh PERSATUAN BOLASEPAK ENGLAND...dan di england ANTARA MANCHESTER CITY dgn CARDIF CITY ATAU QPR DILAYAN SAMA TANPA DISKRIMINASI..ENGLISH FA TAK CAMPUR URUSAN EPL APA LAGI DLM SOAL PENGAMBILAN DAN PERPINDAHAN/KONTRAK PEMAIN....apa lagi dlm kerja MENCURI DAN MELARIKAN pemain...itu England laaa..
+ + +
Teringat satu ketika dulu sewaktu kita perlukan pemain kita tinggalkan kem latihan sekejap utk sambut piala yg kita menangi TAPI TIDAK DIBENARKAN walhal waktu itu tiada perlawanan penting hanya latihan saja...NOW DISAAT HM BAKAL BERLAWAN GAME YG "SANGAT PENTING" namun agenda harimau selatan mengatasi HARIMAU MALAYA!!!!...apa pun GOOD LUCK HARIMAU MALAYA!!!
+ + +
Pegawai pegawai pbnj di katakan berada di wisma FAM mlm ini menemui pemain pemain HM dan merunding contract..Seorang pengurus menyifatkan semua berlaku "under duress"..Perundingan dan "enticement"yg jelas berlaku dlm bentuk dan cara yg menyalahi peraturan nampaknya berlaku di depan mata FAM..kalau baru baru ni berlaku di hospital bed(yg kemudiannya sihat walafiat) DAN beberapa jam selepas jk status bermesyuarat kini berlaku dlm kem Harimau Malaya sendiri!!..TERNYATA PBNJ mula mendapat byk kemudahan dan keistimewaan dan munkin juga KEKEBALAN dlm bolasepak msia..JOHOR YG BERADA DLM LIGA PERDANA SUDAH PUN SECARA SILAP MATA MENGGUNAKAN KULIT JFC (sebuah pasukan berstatus kelab)UTK BERAKSI DLM LIGA SUPER DGN MENGGUNA NAMA PASUKAN BERSTATUS NEGERI..APA LAGI SELEPAS INI???antara ahli gabungan kini SUDAH ADA KASTA DAN KELAS YG BERBEZA BEZA....

No comments: