16 February 2009

HUTAN KITA ~ Kiara

Pada 15.2.2009 lepas, satu program perhutanan semula yang dinamakan "Hutan Kita ~ Kiara" telah diadakan di Taman Bukit Kiara ( juga dikenali sebagai Taman Arboretum), bersebelahan Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.











Program ini adalah anjuran bersama Panel Penasihat Landskap Malaysia, Jabatan Landskap Negara, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Institut Arkitek Landskap Malaysia dan telah dirasmikan oleh PM, Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi.















Majlis Pelancaran & Perasmian Program "Hutan Kita ~ Kiara"
disempurnakan oleh PM Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi.











































PM sedang menanam pokok ~ simbolik kepada pelancaran
program "Hutan Kita ~ Kiara"
















Pengerusi Panel Penasihat Landskap Malaysia ~
Y.A Bhg.Datin Seri Jeanne Abdullah, turut serta menanam pokok.
















Taman Bukit Kiara dipilih kerana berpotensi untuk dijadikan sebahagian daripada"green lung" Kuala Lumpur dan sebagai pusat rekreasi bagi komuniti setempat, disamping menjadi satu jaringan ruang hijau untuk mengimbangi pembangunan fizikal di kawasan bandar.















Antara objektif dan faedah pembangunan "Hutan Kita ~ Kiara" :-
Mewujudkan pembangunan landskap perhutanan semula yang berorientasikan penglibatan pelbagai sektor dan komuniti ~ hasil kesedaran terhadap kepentingan alam semulajadi, landskap dan hutan kepada manusia.

Langkah penghijauan dan penyejukan suhu bandar sebagai salah satu usaha menangani isu pemanasan global.

Usaha perhutanan semula di Taman Bukit Kiara.( reforestration)

Memberi ruang dan peluang kepada setiap lapisan sosial menyumbang kepada pembentukan sebuah taman hutan hujan secara sukarela atau untuk memenuhi tanggungjawab sosial.















Sebahagian kawasan yang telah ditanam dengan pokok.

Hutan Kita ~ Kiara ini merupakan sebuah taman yang dibangunkan berkonsepkan penanaman pokok-pokok yang akan membentuk hutan hujan ~ dimana penanaman pokoknya direkabentuk dengan konsep hutan hujan semulajadi.

Antara spesis pokok yang ditanam adalah dari spesis pokok hutan seperti pokok kapur, keladan, seraya, jelutong, sentang, kempas, perah, meranti, tualang dan pokok belian.

Sekian, terima kasih.....

07 February 2009

PANTAI CAHAYA BULAN

Salam,

Sempena cutiiiiiiii panjangggggggggggggg lagiiii baru-baru ni iaitu cuti Tahun Baru Cina + cuti Hujung Minggu + Hari Wilayah = 12 hari, ~ gue balik kampunggggggggggg.......

Alang-alang kepalang berada di kampung, gue gi leee jale'-jale' sekitaran, salah satunya gi ke PCB ~ Pantai Cahaya Bulan, dulunya dikenali dengan Pantai Cinta Berahi,hi,hi,hi,















Dah berkurun gue tak datang sini, kali terakhir datang rasanya masa darjah 6 Anggur duluuuu.....















dari jauh dah nampak laut saujana mata memandang...





























panas skittt sini, mungkin boleh ditanam pokok-pokok teduhan bagi redup kawasan sekitarnya...
harapnya kawasan ini boleh dilandskapkan agar lebih menarik, lebih segar...





























terlalu banyak perubahan yang berlaku, terutamanya hakisan pantai yang teruk akibat ombak kuat. ( musim tengkujuh)















di sepanjang tepian pantai dipasang "rubble stone" untuk mengurangkan hakisan...















kawasan permainan kanak-kanak pun panas gak, kalau ada pokok-pokok mesti lebih 'hidup' kawasan niii.....















Menara Penyelamat Pantai ~ Jabatan Pertahanan Awam, terletak di pintu masuk ke PCB niiii

Gue harap dapat datang lagi ke PCB dilain masa...
Sekian.

01 February 2009

RAKAN TAMAN

Warga Kota diseru sertai Rakan Taman

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyeru warga kota supaya menjadi ahli Rakan Taman bagi membolehkan mereka bekerjasama antara satu sama lain bagi menjaga alam sekitar demi mewujudkan persekitaran rekreasi yang bersih, selesa dan selamat.

Ketua Pengarahnya, Datuk Salleh Yusup berkata, program Rakan Taman anjuran DBKL itu mampu mendidik warga kota serta melibatkan mereka dalam aktiviti menyenggara, memelihara serta menjaga persekitaran taman-taman di Kuala Lumpur dengan aktiviti yang dianjurkan.

Ujarnya, dengan menjadi ahli Rakan Taman, warga kota juga mendapat pelbagai kemudahan serta keistimewaan.










Logo Rakan Taman









Antara aktiviti semasa Karnival Rakan Taman ( Dis 2008 lalu ) di Taman Tasik Titiwangsa ~ " Flora Hunt "

"Antara keistimewaannya ialah mendapat diskaun untuk memasuki mana-mana taman berbayar seperti Taman Burung, Taman Bunga serta Taman Rama-rama yang terdapat di sekitar Kuala Lumpur."Selain itu, mereka juga akan dimaklumkan lebih awal sekiranya DBKL menganjurkan sebarang aktiviti bagimemudahkan mereka menyertai program tersebut sama ada melalui e-mel mahupun laman web.

"Ahli-ahli Rakan Taman juga dianggap sebagai anggota keluarga DBKL dan dapat membantu DBKL menjaga persekitaran taman-taman daripada vandalisme dengan boleh menghubungi terus jabatan yang bertanggungjawab untuk pembaikan segera," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Rakan Taman DBKL 2008 di Taman Tasik Titiwangsa di sini baru-baru ini.

Karnival itu turut diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti pameran agensi kerajaan, gerai jualan, rekreasi kuda, "Flora Hunt", pertandingan menggubah bunga, pertandingan mengukir betik, pertandingan bunga pasu serta pertandingan memancing.Salleh menambah, memandangkan terdapat 12 buah taman awam yang berskala lebih daripada 20 hektar di sekitar Kuala Lumpur maka DBKL memerlukan lebih ramai penyertaan warga kota dalam programberkenaan.

Jelasnya, sejak dirasmikan pada 23 Jun tahun lalu, sambutan terhadap program berkenaan kurang menggalakkan.

"Sejak ia dilancarkan tahun lalu hanya 500 orang sahaja yang mendaftar menjadi ahli. Bagaimanapun, DBKL mensasarkan 10 peratus daripada populasi penduduk Kuala Lumpur iaitu daripada 1.7 juta bakal menjadi ahli dalam masa lima tahun lagi.

"Kami akan mengadakan promosi untuk menggalakkan orang ramai menyertai program ini bagi menambahkan bilangan ahli sekali gus dapat membantu DBKL menjaga taman-taman rekreasi," jelasnya.

( Petikan Utusan Online @ 20.12.2008 )