30 December 2012

Keita Mandjou Penggempur TRW

Kieta main untuk Liga Super


KOTA BHARU – Segala persoalan akhirnya terjawab. Bekas penyerang Guinea, Keita Mandjou sah menjadi penggempur baharu The Red Warriors dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.
Pemilihan Mandjou, pemenang anugerah Kasut Emas Liga Malaysia musim 2005/06 dan 2006/07 sekali gus mengetepikan peluang Dimitrios Pertratos, penyerang Sydney FC dari Australia untuk didaftarkan beraksi bersama Kelantan dalam kancah liga tempatan.
Pengurus merangkap Ketua Jurulatih, Bojan Hodak berkata, pemilihan pemain berusia 33 tahun itu dilakukan secara teliti termasuk mengambil kira kekuatan pasukannya bagi meneruskan misi mempertahankan kejuaraan treble pada musim depan.
“Keita Mandjou mempunyai pakej yang lengkap sebagai penyerang import berkaliber Kelantan. Saya berpuas hati dan tiada keraguan memilih beliau sebagai pengganti Mohamad Ghaddar,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
“Namun dia perlu bekerja lebih keras. Tiada istilah penumpang dalam pasukan kerana saya boleh menggantikan Mandjou jika prestasinya tidak memuaskan pada jendela perpindahan pemain yang akan dibuka awal April nanti.
Menurut Hodak, Mandjou dan Obinna Nwaneri akan didaftarkan beraksi dalam Liga-M dan Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2013 sementara Pertratos serta seorang lagi awang import dari Croatia, Lek Kcira pula kekal menyarung jersi Kelantan hanya dalam kempen Piala AFC sahaja.
Mengenai keputusan beliau mengetepikan Pertratos, pemain import yang cukup diminati dan disebut-sebut bakal mengetuai jentera serangan Kelantan, Hodak berkata, beliau mempunyai kriteria tersendiri selain turut mendapatkan pandangan daripada pembantunya sebelum memilih pemain import terakhir untuk pasukannya.
“Pertratos seorang penyerang yang bagus, masih muda dan mempunyai masa depan yang cerah. Dia mungkin sedikit kecewa dengan keputusan ini tetapi anda patut tahu, saya kena pilih hanya salah seorang daripada mereka.
“Dia kekal bermain dalam enam perlawanan peringkat kumpulan Piala AFC. Selain itu dia juga akan bermain untuk sekurang-kurangnya empat aksi persahabatan yang akan kita aturkan sepanjang cuti rehat pada Januari dan Februari nanti,” katanya.
Selain Kelantan, sebuah lagi pasukan iaitu Selangor turut memuktamadkan empat awang import mereka iaitu Ramez Dayoub, Francis Forkey Doe, Michal Kubala dan Peter Chrappan dari Croatia beraksi pada kempen Piala AFC musim depan, setelah tarikh tutup pendaftaran pemain import oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berakhir semalam.
THE RED WARRIOR'S 
***
Mengapa Dimi Memilih The Red Warriors?
Pertratos main untuk Piala AFC
Dimitri Peratos atau lebih dikenali dengan panggilan “Dimi” seakan menjadi fenomena di kalangan penyokong-penyokong setia The Red Warriors. Kehadiran beliau dalam pasukan disambut baik oleh semua penyokong dan aksi beliau di atas padang cukup disenangi. Setiap kali pemain ini memegang bola, pasti akan kedengaran gema sorakan dari sekalian penyokong.
Baru berusia 20 tahun, Dimi mampu beraksi di posisi serangan dan juga sayap. Memiliki kemahiran individu dan kepantasan, ciri-ciri inilah yang diperlukan dalam pasukan Kelantan. Menurut Dimi, inilah kali pertama beliau menjejakkan kaki ke negeri Kelantan. Sebelum mendapat tawaran dari KAFA, Dimi langsung tidak mengetahui latar belakang pasukan Kelantan FA. Hanya selepas mendapat tawaran dari Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), barulah Dimi mengetahui serba sedikit mengenai pasukan Kelantan.
Dalam penampilan pertama Dimi bersama Kelantan, beliau telah menjaringkan salah satu gol ketika Kelantan membelasah Perlis 5-0 dalam satu aksi siri persahabatan di Kota Bharu. Dimi turut cemerlang menjaringkan gol ketika bertemu Kedah FA, Brunei DPMM FC dan juga Semen Padang FC. Jumlah jaringan terkumpul Dimi kini ialah 4 gol dari 4 perlawanan yang disertainya.

Pernahkah anda ke Kelantan atau Malaysia sebelum ini?
Ini kali pertama saya ke Kelantan dan kali kedua ke Malaysia. Sebelum ini saya pernah ke Malaysia bersama skuad Australia untuk perlawanan.
Adakah anda tahu tentang pasukan Kelantan sebelum mendapat tawaran dari KAFA?
Saya tidak pernah mendapat tahu tentang pasukan Kelantan sebelum ini.
Kenapa anda membuat keputusan untuk menyertai The Red Warriors?
Setelah mendapat tawaran dari KAFA saya cuba mendapatkan maklumat mengenai pasukan ini. Saya mendapat tahu mereka (Kelantan) merupakan kuasa baru bolasepak di Malaysia dan telah muncul juara treble Liga Malaysia bagi musim 2012 serta layak ke peringkat suku akhir Piala AFC dalam penampilan pertama mereka di peringkat Asia dan tewas kepada finalis Piala AFC, iaitu Arbil FC. Mereka juga dikatakan mempunyai penyokong fanatik yang akan sentiasa memenuhi stadium dan ianya sesuatu yang penting bagi membakar semangat pemain. Semua maklumat itu mendorong saya untuk memlilih bersama Kelantan bagi musim ini.
Apa komen anda tentang pasukan Kelantan?
Saya tidak dapat memberi banyak komen mengenai pasukan ini kerana kami masih baru bersama, namun apa yang boleh saya katakan, Kelantan mempunyai gabungan pengurusan, jurulatih, pemain dan penyokong yang bagus. Pengurusan pasukan yang yang baik digabung kan dengan barisan jurulatih yang berpengalaman. Rakan sepasukan saya juga mempunyai kualiti yang baik dan mempunyai semangat berpasukan. Semasa sesi latihan saya dapat melihat keserasian di kalangan mereka. Ini ditambah dengan sokongan peminat yang yang begitu bersemangat. Semasa penampilan pertama saya bersama Kelantan dalam perlawanan persahabatan menentang Perlis, perasaan saya bercampur di antara teruja dan risau. Saya amat teruja kerana sokongan penyokong merah putih yang memenuhi stadium namun dalam masa yang sama, saya agak risau jika saya tidak dapat mencapai tahap yang diharapkan oleh mereka.
  
Untuk mengetahui apa matlamat Dimi bersama The Red Warriors dan pandangan Dimi mengenai gaya kehidupan di Kelantan, jangan lupa beli majalah Dunia Warriors Edisi Januari 2013 yang akan menjengah pasaran awal tahun depan.

29 December 2012

Fenomena Baru Bolasepak Johor Sangat Positif - Betterman

Untuk menulis artikel ini, saya sudah melakukan research yang agak serius, dalam dua tiga minggu saya asyik berbincang dengan kenalan-kenalan saya yang senior didalam bolasepak negeri Johor. Apa yang saya tulis bukan kerana merasa cemburu atau tak puas hati kepada bolasepak Johor, ini cuma kerana minat saya dalam kajian budaya bolasepak dan ada perkara menarik mengenai flow sokongan bolasepak di Johor.
Johor Darul Takzim 2013
Apapun seperti biasa saya awal-awal minta maaf kepada pembaca yang baru mengenali, maafkan saya kerana luahkan artikel panjang lebar untuk hanya di baca di Fb seperti melepaskan batuk di tangga. Selain itu saya awal-awal memohon maaf kepada penyokong Johor yang terbaca dan terasa hati, apa yang saya hasratkan pada fakta ialah hanya memberitahu pendapat yang terbuku di minda, bukan lah niat memprovokasi atau sebagainya.
Saya rasa fenomena baru bolasepak Johor sangat positif, cuma sayangnya tidak mengikut susunan akar yang betul dalam membentuk percambahan akar penyokong yang sepatutnya ada susunan lapisan susur galur nya sendiri. Saya bagi contoh negeri yang kuat mempertahan kan akar susur galur penyokong yang selari dengan persatuan bolasepak tempatan seperti Perak, Negeri Sembilan, Kedah dan Selangor.
Saya tulis mereka yang selain Kelantan, kerana mereka yang mendominasi Liga M dalam dua abad terakhir iaitu 90an dan awal milennium. Pasukan yang tidak mendominasi liga juga ada akar nya, seperti Terengganu, Perlis, dan Kelantan. Yang hampir mati akar ialah Pulau Pinang, Melaka dan Kuala Lumpur, tapi didendang dengan percambahan akar Ultras yang seakan wajib ada di setiap negeri, maka ada inisiatif untuk menyuburkan kembali akar penyokong yang hampir mati.
Kelantan sekian lama menjadi pasukan belasahan dan tak pernah mengecapi kegemilangan di zaman gelap, tetapi akar penyokong nya tetap utuh. Perkara utama dalam prinsip akar ialah penyokong tetap ke stadium walaupun jumlah kecil tetapi nampak hidup. Jika dalam kesusahan akar akan nampak jahat, menunjukkan warna sebenar mereka ketika di tindas, mereka mencalit arang kepada pasukan, melakukan kekecohan dan sebagainya.
Tapi itu tak mengapa, kerana ianya memberitahu akar menyokong kita masih wujud walaupun ianya akar yang sangat berserabut. Penyokong Kelantan di pinggirkan namun tidak semestinya tidak didendangkan. Berantakan dan mencipta kehancuran memang sikap tidak puas hati bagi pasukan yang mempunyai Fan Base(akar) yang kuat, tapi tidak semestinya teguh.
Sebelum datang nya zaman cerah atau dihujung terowong kegelapan, sudah ada inisiatif penyokong untuk jadi lebih baik dengan membuat komuniti penyatuan. Di Kelantan penyokong sudah mula kuat sebelum KAFA bertukar teraju lagi. Masuk era 2000 penyokong Kelantan mula di didik dengan usaha untuk membaiki kelompok penyokong yang baik, dengan berkumpul dan memenuhkan astaka setiap kali perlawanan bermain di sebelah petang, ketika era Liga Perdana, sehingga kemuncak turun ke liga FAM.
Waktu itu sudah ramai yang caring pada pasukan. Akar mula bergerak sehingga terkumpulnya Kelab penyokong Gendang yang mula di gerakkan untuk masuk stadium setiap perlawanan dan ramai fan yang mengerumuni, kemudian terwujudnya Komuniti Kelab penyokong Siber yang mengutamakan prospek ahli forum sejak tahun 1999. Tahun 2000 mereka mula berkumpul dan membentuk keahlian, mereka menjadi pelopor kelab penyokong siber antara terawal di tanah air. Waktu itu fenomena nya tak kalah dengan fenomena akar Ultras seperti zaman moden sekarang, di wujudkan atas iniasitif untuk membela aib pasukan dan menjadi pemain ke-12.
Era millenium, Kelantan FA tidak mencetuskan kewujudan pasukan sampingan atau pasukan kedua di setiap negeri, setelah di zaman sebelumnya wujud pasukan seperti Tnb, Skmk dan Jkr. Manakala di negeri lain ada pasukan sampingan yang kecil atau kelab terbentuk sejak FAM membenarkan penglibatan pasukan kelab dari sebuah negeri.
Selain itu FAM membenarkan perubahan pasukan dari pasukan negeri di boleh kan syarikat mengambil alih dan menukar nama mereka, seperti Negeri Sembilan pernah di naungi nama Naza, Melaka dengan Telekom, manakala Johor pula pernah diubah dari Johor FA kepada Johor Pasir Gudang, kerana masalah kekangan kewangan kelab PBNJ membuatkan mereka mencari penaja dan PBTPG bersetuju untuk ambil alih lalu menukar nama asal pasukan Johor FA itu. Oleh itu sebuah syarikat mengendalikan pasukan ini dan menaungi sama PBNJ.
Dalam pada masa yang sama, ada sebuah syarikat lagi yang sedang meningkatkan kemampuan pasukan kelab mereka iaitu bekas nama kelab PKENJ FC mula menukarkan nama kepada Johor FC. Mereka berpusat di Pasir Gudang iaitu di Stadium J Corp. Tidak ada idea penggabungan yang sepatutnya wujud untuk mengekal kan akar penyokong supaya berpusat kepada satu pasukan, sampai kan tiba masa nya rakyat Johor berbelah bagi untuk meletakkan pasukan mana yang sepatutnya tunjang utama kepada negeri mereka. Ini adalah masalah kelemahan kelab PBNJ sendiri selain Johor Corporation yang sudah lama bertapak tidak mahu meletakkan diri mereka mewakili PBNJ. Oleh itu mereka memusatkan segala kekuatan untuk memajukan pasukan dan membentuk akar penyokong yang diberi nama Sang Lebah.
Berkenaan akar penyokong, mereka hidup sebenarnya kerana Roh menyokong negeri yang mana mereka akan bertunjangkan persatuan yang menganjurkan nama negeri mereka, lemah persatuan maka lemah lah akar penyokong.
Seperti di Terengganu, persatuan mereka yang menjaga pasukan negeri masih agak kuat walaupun ada Elitan lain yang juga mencari akar penyokong di negeri mereka iaitu T-Team, masih mampu untuk penyokong menyayangi kedua-dua kelab kerana persatuan teguh menaikkan pasukan negeri dahulu dan pasukan kedua sebagai sampingan walaupun kewangan pasukan sampingan lebih kukuh.
Oleh itu sedikit berbeza di Johor, penyokong Johor FC merasakan Roh akar penyokong hilang untuk menyokong pasukan sepatutnya pasukan sampingan ini. Tak akan akar penyokong akan berada sepenuh hati di belakang persatuan yang sebenarnya sebuah syarikat yang bertujuan untuk memajukan kewangan bukan Pride negeri semata-mata yang sepatutnya di perjuangkan. Ini kelemahan PBNJ.
Selepas PBTPG iaitu mewakili Johor Pasir Gudang melepaskan diri dari PBNJ dan kembali menjadi Johor FA, mereka seakan lumpuh segala nya. Penyokong Jengking sudah mula berubah arah kepada penyokong Lebah yang tiada tunjang akar sebenar disitu. Jika dilihat, seperti T-Team, mereka sebuah syarikat korporat yang meletakkan nilai perniagaan sebagai capaian terpenting begitu juga Johor FC.
Atasan mereka memang dijalangan orang yang meminati bola, tetapi mereka juga sebenarnya ahli korporat yang masih punya kesibukan lain untuk dilakukan di dalam persatuan syarikat mereka. Oleh itu jiwa mereka untuk mentunaskan akar akan bercambah baik di lihat gagal. Ramai melihat kegagalan Naza dan Telekom yang hanya sekejap sahaja mengambil alih PBNS dan MAFA di sifatkan sebagai sikap acuh tak acuh dan periklanan yang gagal.
Tidak tahu bagaimana boleh terdetik nya impian ahli perniagaan yang mempunyai syarikat yang besar untuk mengambil alih persatuan bolasepak negeri dengan ketaksuban menukar nama asal pasukan bolasepak negeri itu kepada nama syarikat mereka sendiri untuk diletakkan di hadapan. Mereka ingat mereka boleh membeli akar agar berjuang untuk logo persatuan dan syarikat, walhal akar semua berjuang atas satu nadi, iaitu logo bendera negeri.
Apa yang membeza kan syarikat yang menguruskan persatuan dengan orang perseorangan menguruskannya, ialah syarikat tidak perlu mengadakan undian presiden setiap dua tahun mereka cuma memasukkan Ceo mereka sebagai parking nama sahaja. Ini adalah faktor jiwa yang besar di mata akar penyokong. Ia umpama presiden itu mahu mewakilkan diri nya sahaja dan berbeza presiden itu sendiri yang mahu turun padang menguruskan segalanya dengan penuh minat kepada pemain, pengurusan kelab dan penyokong yang memainkan peranan terpenting didalam industri ini.
Sepatutnya korporat kena mengkaji market tempatan dan cara menaikkan periklanan tanpa mengubah nama pasukan. Walaupun ini trend di mana-mana seperti Suwon Samsung Blue Wings, Bangkok Bank dan Red Bull Salzburg mereka masih mengikut susun atur yang betul. Sepatutnya Johor FC dari dulu mengekalkan nama syarikat sebagai pasukan mereka iaitu J Corp FC. Kerana pemasaran nya berkisarkan periklanan menaikkan nama negeri sebagai salah satu bidang perniagaan, mereka meletakkan nama Johor yang saya kira ianya menjadi persoalan dan akibat yang besar harus ditanggung.
Kerana itu liga utama Eropah tidak membenarkan penaja penuh sebuah pasukan menukar nama syarikat mereka menggantikan nama kelab, kalau tidak saya rasa sebagai teknik periklanan mungkin Cardiff FC boleh bertukar nama kelab menjadi Malaysia Cardiff FC, atau lebih lucu lagi jika nama Queens AirAsia Park FC dicetuskan. Alangkah cemerlang nya idea itu, ya cemerlang yang boleh membawa kemusnahan jangka panjang.
Sejak kegemilangan 1991, PBNJ semakin lumpuh dan terus lumpuh, bukan mereka sahaja banyak negeri lain yang ada Pride pada akar penyokong mereka tumbang satu persatu. Selepas nama Nasir Yusof, Abbas Saad dan Erwin Boban, sudah ketandusan nama-nama besar sepemergian Dato Sulaiman Mohd Noor sebagai bapa bolasepak ulung mereka. Sejak itu penyokong hanya ke stadium kerana ingin menonton sahaja, bukan mahu mengetahui, memikirkan mengenai pasukan, menjiwai pemain dan mengenali bakat-bakat yang ada. Johor FC pula di dalam liga M sejak tahun 2007 mereka naik dari bawah dengan jalan yang betul tersusun, mereka dilihat sebagai 'Filler' sahaja atau Mid Table team, hanya 2008 menduduki pencapaian terbaik ke-3 Liga Super. Akar penyokong tempatan mereka suram, mereka tidak endah pun anak Johor yang berjaya menyinar didalam pasukan mereka.
Ini yang saya nampak perbezaan kebangkitan Kelantan dan Johor. Sebelum KAFA beralih teraju, akar penyokong sangat kuat. Mereka berkumpul, membincangkan pemain prospek masa depan, pemain anak negeri yang berkelana dan berjaya, mereka mengenali pemain dari yang menyinar kepada pemain yang gagal bermain baik, semua data didalam kepala mereka. Antara jasa hebat mereka juga mengumpulkan data ini kedalam satu kelompok yang mencipta segala data bertulis untuk hidup sebagai rujukan di dalam website kelab penyokong siber.
Mat Yo Johor Darul Takzim 2013
Saya sebagai pengintip website Johor FC sejak sekian lama melihat kerancakan perbualan penyokong mereka sebagai santapan biasa, tiada minat untuk benar-benar mengumpul data pemain dan pengurusan. Sehingga Johor beralih teraju, saya sertai semua forum, page dan group mereka, saya lihat mereka ketandusan data asal dan mereka tidak familiar dengan pemain tempatan. Banyak akar baru yang tumbuh, menceritakan kegemilangan yang belum di ketahui, walaupun rata-rata penyokong luar alert dengan kegemilangan yang akan pasukan ini capai, penyokong akar yang baru kelihatan begitu amatur.
Mereka tidak tahu kemana pemain sedia ada musim 2012 berpindah, mereka tidak tahu pemain yang baru masuk dari senarai temoatan dan mereka tidak kenal pemain Liga Piala Presiden mereka. Ini menakjubkan saya, kerana akar musim lepas yang masih ada sedikit seolah-olah mendiamkan diri dan memberikan semangat roh baru bangkit kepada tunas akar penyokong baru.
Kalau di lihat progresif Ultras mereka belum kelihatan disambut oleh kelompok ikatan Ultras seluruh negeri di dalam liga M. Mereka segala-galanya baru. Tapi ini bukan bermaksud saya kata mereka salah dan mereka lemah. Apa yang saya perbincangkan ialah mengenai akar penyokong asal (local fan base) yang kelihatan nya tidak di wujudkan. TMJ mengambil alih Johor FC bukannya Johor FA, saya rasa itu lah faktor sebenar akar penyokong asal tidak bertunas lagi setakat hari ini, mungkin akan disirami baja yang munasabah kena dengan prinsip akar maka mungkin akan bercambah nanti.
Apa yang positif kepada perkembangan bolasepak tempatan ialah kekuatan pasukan yang ada ingin membentuk sebuah pasukan FC yang diuruskan sebuah kelab bukannya FA yang berpaksikan pengurusan asosiate negeri. Ini kerana FC adalah silibus sebenar bolasepak Asia atau Asia Tenggara untuk bersaing lebih tinggi dalam masa yang sama mungkin boleh menaikkan Gred atau Graf liga Malaysia itu sendiri yang setakat semusim dua ini tidak berganjak pun walaupun kekuatan pasukan Kelantan dianggap fenomena baru yang mencetuskan gelombang kebangkitan pasukan ATM FA dan kini Johor pula.
Walaupun Kelantan menunjukkan kekuatan pengurusan yang jitu, ia masih berpaksi kan sebuah Assosiate atau pun pengurusan yang boleh digelar kuat tetapi agak tertutup kekuatan nya kepada pasukan negeri nya sahaja tidak membantu kuat nya Liga M Sdn Bhd, lebih-lebih lagi setelah Stuart Ramalingam meletak jawatan kerana antara sebab nya rasa gagal mendapat connection yang baik dengan pasukan-pasukan negeri. Ini kerana bukan sebuah badan korporat yang menguruskan pasukan negeri. Ini melangkaui skop yang luas untuk di perbincangkan di dialam artikel pendek saya ini.
Tidak ada silap nya Johor berkembang, malah sepatutnya dirasakan kehangatannya bersama bagi semua pencinta Liga M. Bagaimana penyokong Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu merasa tergugat diawal cetusan gelombang ombak The Red Warriors, begitu lah penyokong Kelantan merasainya sekarang.
 Tapi, apa yang menyedihkan sedikit dari pihak saya ialah "AKAR PENYOKONG" yang tidak bercambah dari tunas asal menjadikan Johor setakat ini tidak begitu seratus peratus memacakkan kekaguman dari orang luar. Tak ada guna kita persoalkan atau lakukan provokasi murahan atas cara PBNJ mengambil alih J CORP untuk katanya naik dengan cepat, kerana PBNJ kalau bermula dari awal sepatutnya berada di Liga Perdana. PBNJ boleh melakukan nya dari mula dalam tempoh setahun di Liga Perdana penting juga kalau mereka menubuhkan rasa sayang kepada akar penyokong yang boleh di cetuskan dengan cara yang lebih jitu.
Orang ramai tidak berfikir untuk menjadi penyokong sejati, tetapi mereka berfikir untuk menjadi penyokong yang bersungguh-sungguh menjadi pembela kepada pasukan mereka ketika pasukan mereka juga bersungguh-sungguh. Tidak ada nilai komersialnya anda menjadi penyokong ketika pasukan anda malap, kerana menyokong bola memang berprinsip kan kuantiti bukannya vokaliti. Tidak perlu persoalkan kualiti, kerana biasanya yang lemah tiada kualiti tetapi hanya ada vokaliti.
 Mereka ada suara untuk disampaikan ketika mereka mempersoalkan mengapa mereka lemah sedangkan orang lain kuat. Bila kerja mereka di ambil tahu dan di perbaiki dan pasukan menjadi kuat, secara automatik kualiti baru terwujud di mana secara organisasinya kualiti hanya mendampingi kesempurnaan, vokaliti hanya mewakili kaum yang lemah yang tiada kualiti tapi hanya ada hasrat. Ada banyak prinsip dan penakkulan makna sebuah cara menyokong. Ada banyak suara yang menterjemahkan, tetapi untuk menjadi AKAR, anda tidak boleh mampus selagi pohon belum tumbang.
 Tugas ramai untuk menyemai baja agar akar kuat, tapi mereka yang menjadi akar ketika pasukan lemah lah yang menyebabkan pohon itu tidak tumbang. Tiada akar teguh, baja pun berguna. Ada baja tapi akar mampus, ibarat pohon JOHOR CORPORATION yang dari 1972 ditanam dengan nama PKENJ kini akar mereka di sentap dan diletak didalam pasu lain. Hidup atau mampus terpulang pula atas pasu itu samaada pasu itu cepat pecah atau akar yang kuat menjadikan pasu pohon itu melata dan terpasak di bumi.