Untuk menulis artikel ini, saya
sudah melakukan research yang agak serius, dalam dua tiga minggu saya asyik
berbincang dengan kenalan-kenalan saya yang senior didalam bolasepak negeri
Johor. Apa yang saya tulis bukan kerana merasa cemburu atau tak puas hati
kepada bolasepak Johor, ini cuma kerana minat saya dalam kajian budaya
bolasepak dan ada perkara menarik mengenai flow sokongan bolasepak di Johor.
|
Johor Darul Takzim 2013 |
Apapun seperti biasa saya awal-awal
minta maaf kepada pembaca yang baru mengenali, maafkan saya kerana luahkan
artikel panjang lebar untuk hanya di baca di Fb seperti melepaskan batuk di
tangga. Selain itu saya awal-awal memohon maaf kepada penyokong Johor yang
terbaca dan terasa hati, apa yang saya hasratkan pada fakta ialah hanya
memberitahu pendapat yang terbuku di minda, bukan lah niat memprovokasi atau
sebagainya.
Saya rasa fenomena baru bolasepak Johor sangat positif, cuma sayangnya tidak
mengikut susunan akar yang betul dalam membentuk percambahan akar penyokong
yang sepatutnya ada susunan lapisan susur galur nya sendiri. Saya bagi contoh
negeri yang kuat mempertahan kan akar susur galur penyokong yang selari dengan
persatuan bolasepak tempatan seperti Perak, Negeri Sembilan, Kedah dan
Selangor.
Saya tulis mereka yang selain
Kelantan, kerana mereka yang mendominasi Liga M dalam dua abad terakhir iaitu
90an dan awal milennium. Pasukan yang tidak mendominasi liga juga ada akar nya,
seperti Terengganu, Perlis, dan Kelantan. Yang hampir mati akar ialah Pulau
Pinang, Melaka dan Kuala Lumpur, tapi didendang dengan percambahan akar Ultras
yang seakan wajib ada di setiap negeri, maka ada inisiatif untuk menyuburkan
kembali akar penyokong yang hampir mati.
Kelantan
sekian lama menjadi pasukan belasahan dan tak pernah mengecapi kegemilangan di
zaman gelap, tetapi akar penyokong nya tetap utuh. Perkara utama dalam prinsip
akar ialah penyokong tetap ke stadium walaupun jumlah kecil tetapi nampak
hidup. Jika dalam kesusahan akar akan nampak jahat, menunjukkan warna sebenar
mereka ketika di tindas, mereka mencalit arang kepada pasukan, melakukan
kekecohan dan sebagainya.
Tapi itu tak mengapa, kerana ianya
memberitahu akar menyokong kita masih wujud walaupun ianya akar yang sangat
berserabut. Penyokong Kelantan di pinggirkan namun tidak semestinya tidak
didendangkan. Berantakan dan mencipta kehancuran memang sikap tidak puas hati
bagi pasukan yang mempunyai Fan Base(akar) yang kuat, tapi tidak semestinya
teguh.
Sebelum datang nya zaman cerah atau dihujung terowong kegelapan, sudah ada
inisiatif penyokong untuk jadi lebih baik dengan membuat komuniti penyatuan. Di
Kelantan penyokong sudah mula kuat sebelum KAFA bertukar teraju lagi. Masuk era
2000 penyokong Kelantan mula di didik dengan usaha untuk membaiki kelompok
penyokong yang baik, dengan berkumpul dan memenuhkan astaka setiap kali
perlawanan bermain di sebelah petang, ketika era Liga Perdana, sehingga
kemuncak turun ke liga FAM.
Waktu itu sudah ramai yang caring
pada pasukan. Akar mula bergerak sehingga terkumpulnya Kelab penyokong Gendang
yang mula di gerakkan untuk masuk stadium setiap perlawanan dan ramai fan yang
mengerumuni, kemudian terwujudnya Komuniti Kelab penyokong Siber yang
mengutamakan prospek ahli forum sejak tahun 1999. Tahun 2000 mereka mula
berkumpul dan membentuk keahlian, mereka menjadi pelopor kelab penyokong siber
antara terawal di tanah air. Waktu itu fenomena nya tak kalah dengan fenomena
akar Ultras seperti zaman moden sekarang, di wujudkan atas iniasitif untuk
membela aib pasukan dan menjadi pemain ke-12.
Era millenium, Kelantan FA tidak mencetuskan kewujudan pasukan sampingan atau
pasukan kedua di setiap negeri, setelah di zaman sebelumnya wujud pasukan seperti
Tnb, Skmk dan Jkr. Manakala di negeri lain ada pasukan sampingan yang kecil
atau kelab terbentuk sejak FAM membenarkan penglibatan pasukan kelab dari
sebuah negeri.
Selain itu FAM membenarkan perubahan
pasukan dari pasukan negeri di boleh kan syarikat mengambil alih dan menukar
nama mereka, seperti Negeri Sembilan pernah di naungi nama Naza, Melaka dengan
Telekom, manakala Johor pula pernah diubah dari Johor FA kepada Johor Pasir
Gudang, kerana masalah kekangan kewangan kelab PBNJ membuatkan mereka mencari
penaja dan PBTPG bersetuju untuk ambil alih lalu menukar nama asal pasukan
Johor FA itu. Oleh itu sebuah syarikat mengendalikan pasukan ini dan menaungi
sama PBNJ.
Dalam pada masa yang sama, ada sebuah syarikat lagi yang sedang meningkatkan
kemampuan pasukan kelab mereka iaitu bekas nama kelab PKENJ FC mula menukarkan
nama kepada Johor FC. Mereka berpusat di Pasir Gudang iaitu di Stadium J Corp.
Tidak ada idea penggabungan yang sepatutnya wujud untuk mengekal kan akar
penyokong supaya berpusat kepada satu pasukan, sampai kan tiba masa nya rakyat
Johor berbelah bagi untuk meletakkan pasukan mana yang sepatutnya tunjang utama
kepada negeri mereka. Ini adalah masalah kelemahan kelab PBNJ sendiri selain
Johor Corporation yang sudah lama bertapak tidak mahu meletakkan diri mereka
mewakili PBNJ. Oleh itu mereka memusatkan segala kekuatan untuk memajukan
pasukan dan membentuk akar penyokong yang diberi nama Sang Lebah.
Berkenaan akar penyokong, mereka hidup sebenarnya kerana Roh menyokong negeri
yang mana mereka akan bertunjangkan persatuan yang menganjurkan nama negeri
mereka, lemah persatuan maka lemah lah akar penyokong.
Seperti di Terengganu, persatuan
mereka yang menjaga pasukan negeri masih agak kuat walaupun ada Elitan lain
yang juga mencari akar penyokong di negeri mereka iaitu T-Team, masih mampu
untuk penyokong menyayangi kedua-dua kelab kerana persatuan teguh menaikkan
pasukan negeri dahulu dan pasukan kedua sebagai sampingan walaupun kewangan
pasukan sampingan lebih kukuh.
Oleh itu sedikit berbeza di Johor, penyokong
Johor FC merasakan Roh akar penyokong hilang untuk menyokong pasukan sepatutnya
pasukan sampingan ini. Tak akan akar penyokong akan berada sepenuh hati di
belakang persatuan yang sebenarnya sebuah syarikat yang bertujuan untuk memajukan
kewangan bukan Pride negeri semata-mata yang sepatutnya di perjuangkan. Ini
kelemahan PBNJ.
Selepas PBTPG iaitu mewakili Johor Pasir Gudang melepaskan diri dari PBNJ dan
kembali menjadi Johor FA, mereka seakan lumpuh segala nya. Penyokong Jengking sudah
mula berubah arah kepada penyokong Lebah yang tiada tunjang akar sebenar
disitu. Jika dilihat, seperti T-Team, mereka sebuah syarikat korporat yang
meletakkan nilai perniagaan sebagai capaian terpenting begitu juga Johor FC.
Atasan mereka memang dijalangan
orang yang meminati bola, tetapi mereka juga sebenarnya ahli korporat yang
masih punya kesibukan lain untuk dilakukan di dalam persatuan syarikat mereka.
Oleh itu jiwa mereka untuk mentunaskan akar akan bercambah baik di lihat gagal.
Ramai melihat kegagalan Naza dan Telekom yang hanya sekejap sahaja mengambil
alih PBNS dan MAFA di sifatkan sebagai sikap acuh tak acuh dan periklanan yang
gagal.
Tidak tahu bagaimana boleh terdetik nya impian ahli perniagaan yang mempunyai
syarikat yang besar untuk mengambil alih persatuan bolasepak negeri dengan
ketaksuban menukar nama asal pasukan bolasepak negeri itu kepada nama syarikat
mereka sendiri untuk diletakkan di hadapan. Mereka ingat mereka boleh membeli
akar agar berjuang untuk logo persatuan dan syarikat, walhal akar semua
berjuang atas satu nadi, iaitu logo bendera negeri.
Apa yang membeza kan syarikat yang
menguruskan persatuan dengan orang perseorangan menguruskannya, ialah syarikat
tidak perlu mengadakan undian presiden setiap dua tahun mereka cuma memasukkan
Ceo mereka sebagai parking nama sahaja. Ini adalah faktor jiwa yang besar di
mata akar penyokong. Ia umpama presiden itu mahu mewakilkan diri nya sahaja dan
berbeza presiden itu sendiri yang mahu turun padang menguruskan segalanya
dengan penuh minat kepada pemain, pengurusan kelab dan penyokong yang memainkan
peranan terpenting didalam industri ini.
Sepatutnya korporat kena mengkaji market tempatan dan cara menaikkan periklanan
tanpa mengubah nama pasukan. Walaupun ini trend di mana-mana seperti Suwon
Samsung Blue Wings, Bangkok Bank dan Red Bull Salzburg mereka masih mengikut
susun atur yang betul. Sepatutnya Johor FC dari dulu mengekalkan nama syarikat
sebagai pasukan mereka iaitu J Corp FC. Kerana pemasaran nya berkisarkan
periklanan menaikkan nama negeri sebagai salah satu bidang perniagaan, mereka
meletakkan nama Johor yang saya kira ianya menjadi persoalan dan akibat yang
besar harus ditanggung.
Kerana itu liga utama Eropah tidak
membenarkan penaja penuh sebuah pasukan menukar nama syarikat mereka
menggantikan nama kelab, kalau tidak saya rasa sebagai teknik periklanan
mungkin Cardiff FC boleh bertukar nama kelab menjadi Malaysia Cardiff FC, atau
lebih lucu lagi jika nama Queens AirAsia Park FC dicetuskan. Alangkah cemerlang
nya idea itu, ya cemerlang yang boleh membawa kemusnahan jangka panjang.
Sejak kegemilangan 1991, PBNJ semakin lumpuh dan terus lumpuh, bukan mereka
sahaja banyak negeri lain yang ada Pride pada akar penyokong mereka tumbang
satu persatu. Selepas nama Nasir Yusof, Abbas Saad dan Erwin Boban, sudah
ketandusan nama-nama besar sepemergian Dato Sulaiman Mohd Noor sebagai bapa
bolasepak ulung mereka. Sejak itu penyokong hanya ke stadium kerana ingin
menonton sahaja, bukan mahu mengetahui, memikirkan mengenai pasukan, menjiwai pemain
dan mengenali bakat-bakat yang ada. Johor FC pula di dalam liga M sejak tahun
2007 mereka naik dari bawah dengan jalan yang betul tersusun, mereka dilihat
sebagai 'Filler' sahaja atau Mid Table team, hanya 2008 menduduki pencapaian
terbaik ke-3 Liga Super. Akar penyokong tempatan mereka suram, mereka tidak
endah pun anak Johor yang berjaya menyinar didalam pasukan mereka.
Ini yang saya nampak perbezaan kebangkitan Kelantan dan Johor. Sebelum KAFA
beralih teraju, akar penyokong sangat kuat. Mereka berkumpul, membincangkan
pemain prospek masa depan, pemain anak negeri yang berkelana dan berjaya,
mereka mengenali pemain dari yang menyinar kepada pemain yang gagal bermain
baik, semua data didalam kepala mereka. Antara jasa hebat mereka juga
mengumpulkan data ini kedalam satu kelompok yang mencipta segala data bertulis
untuk hidup sebagai rujukan di dalam website kelab penyokong siber.
|
Mat Yo Johor Darul Takzim 2013 |
Saya sebagai pengintip website Johor
FC sejak sekian lama melihat kerancakan perbualan penyokong mereka sebagai
santapan biasa, tiada minat untuk benar-benar mengumpul data pemain dan
pengurusan. Sehingga Johor beralih teraju, saya sertai semua forum, page dan
group mereka, saya lihat mereka ketandusan data asal dan mereka tidak familiar
dengan pemain tempatan. Banyak akar baru yang tumbuh, menceritakan kegemilangan
yang belum di ketahui, walaupun rata-rata penyokong luar alert dengan
kegemilangan yang akan pasukan ini capai, penyokong akar yang baru kelihatan
begitu amatur.
Mereka tidak tahu kemana pemain sedia ada musim 2012 berpindah, mereka tidak
tahu pemain yang baru masuk dari senarai temoatan dan mereka tidak kenal pemain
Liga Piala Presiden mereka. Ini menakjubkan saya, kerana akar musim lepas yang
masih ada sedikit seolah-olah mendiamkan diri dan memberikan semangat roh baru
bangkit kepada tunas akar penyokong baru.
Kalau di lihat progresif Ultras mereka belum kelihatan disambut oleh kelompok
ikatan Ultras seluruh negeri di dalam liga M. Mereka segala-galanya baru. Tapi
ini bukan bermaksud saya kata mereka salah dan mereka lemah. Apa yang saya
perbincangkan ialah mengenai akar penyokong asal (local fan base) yang
kelihatan nya tidak di wujudkan. TMJ mengambil alih Johor FC bukannya Johor FA,
saya rasa itu lah faktor sebenar akar penyokong asal tidak bertunas lagi setakat
hari ini, mungkin akan disirami baja yang munasabah kena dengan prinsip akar
maka mungkin akan bercambah nanti.
Apa yang positif kepada perkembangan bolasepak tempatan ialah kekuatan pasukan
yang ada ingin membentuk sebuah pasukan FC yang diuruskan sebuah kelab bukannya
FA yang berpaksikan pengurusan asosiate negeri. Ini kerana FC adalah silibus
sebenar bolasepak Asia atau Asia Tenggara untuk bersaing lebih tinggi dalam
masa yang sama mungkin boleh menaikkan Gred atau Graf liga Malaysia itu sendiri
yang setakat semusim dua ini tidak berganjak pun walaupun kekuatan pasukan
Kelantan dianggap fenomena baru yang mencetuskan gelombang kebangkitan pasukan
ATM FA dan kini Johor pula.
Walaupun Kelantan menunjukkan
kekuatan pengurusan yang jitu, ia masih berpaksi kan sebuah Assosiate atau pun
pengurusan yang boleh digelar kuat tetapi agak tertutup kekuatan nya kepada
pasukan negeri nya sahaja tidak membantu kuat nya Liga M Sdn Bhd, lebih-lebih
lagi setelah Stuart Ramalingam meletak jawatan kerana antara sebab nya rasa
gagal mendapat connection yang baik dengan pasukan-pasukan negeri. Ini kerana
bukan sebuah badan korporat yang menguruskan pasukan negeri. Ini melangkaui
skop yang luas untuk di perbincangkan di dialam artikel pendek saya ini.
Tidak ada silap nya Johor berkembang, malah sepatutnya dirasakan kehangatannya
bersama bagi semua pencinta Liga M. Bagaimana penyokong Selangor, Negeri
Sembilan dan Terengganu merasa tergugat diawal cetusan gelombang ombak The Red
Warriors, begitu lah penyokong Kelantan merasainya sekarang.
Tapi, apa yang menyedihkan sedikit dari pihak
saya ialah "AKAR PENYOKONG" yang tidak bercambah dari tunas asal
menjadikan Johor setakat ini tidak begitu seratus peratus memacakkan kekaguman
dari orang luar. Tak ada guna kita persoalkan atau lakukan provokasi murahan
atas cara PBNJ mengambil alih J CORP untuk katanya naik dengan cepat, kerana
PBNJ kalau bermula dari awal sepatutnya berada di Liga Perdana. PBNJ boleh
melakukan nya dari mula dalam tempoh setahun di Liga Perdana penting juga kalau
mereka menubuhkan rasa sayang kepada akar penyokong yang boleh di cetuskan
dengan cara yang lebih jitu.
Orang ramai tidak berfikir untuk menjadi penyokong sejati, tetapi mereka
berfikir untuk menjadi penyokong yang bersungguh-sungguh menjadi pembela kepada
pasukan mereka ketika pasukan mereka juga bersungguh-sungguh. Tidak ada nilai
komersialnya anda menjadi penyokong ketika pasukan anda malap, kerana menyokong
bola memang berprinsip kan kuantiti bukannya vokaliti. Tidak perlu persoalkan
kualiti, kerana biasanya yang lemah tiada kualiti tetapi hanya ada vokaliti.
Mereka ada suara untuk disampaikan ketika
mereka mempersoalkan mengapa mereka lemah sedangkan orang lain kuat. Bila kerja
mereka di ambil tahu dan di perbaiki dan pasukan menjadi kuat, secara automatik
kualiti baru terwujud di mana secara organisasinya kualiti hanya mendampingi
kesempurnaan, vokaliti hanya mewakili kaum yang lemah yang tiada kualiti tapi
hanya ada hasrat. Ada banyak prinsip dan penakkulan makna sebuah cara
menyokong. Ada banyak suara yang menterjemahkan, tetapi untuk menjadi AKAR,
anda tidak boleh mampus selagi pohon belum tumbang.
Tugas
ramai untuk menyemai baja agar akar kuat, tapi mereka yang menjadi akar ketika
pasukan lemah lah yang menyebabkan pohon itu tidak tumbang. Tiada akar teguh,
baja pun berguna. Ada baja tapi akar mampus, ibarat pohon JOHOR CORPORATION
yang dari 1972 ditanam dengan nama PKENJ kini akar mereka di sentap dan diletak
didalam pasu lain. Hidup atau mampus terpulang pula atas pasu itu samaada pasu
itu cepat pecah atau akar yang kuat menjadikan pasu pohon itu melata dan
terpasak di bumi.