07 March 2013

MSL: # 10 Lions XII Vs Kelantan

Stadium Jalan Besar Singapura
Perlawanan Ke-10 Liga Malaysia
Lions XII vs Kelantan@9/3/2013 (Sabtu) di Stadium Jalan Besar, Singapura.
Lions XII Optimis Benam Kelantan

PERTEMBUNGAN dua gergasi - Lions XII dan Kelantan dalam aksi Liga Super di Stadium Jalan Besar, Singapura Sabtu ini (9-3-2013) bakal menjanjikan aksi yang cukup mendebarkan buat peminat fanatik kedua-dua pasukan.
Kelebihan beraksi di atas permukaan padang tiruan pastinya dimanfaatkan sepenuhnya buat skuad kendalian V. Sundramoorthy melakar kemenangan bergaya.
Kekecewaan gagal membawa pulang tiga mata berharga apabila sekadar seri tanpa jaringan dengan pasukan bawahan liga, Felda United kelmarin juga mahu dilupakan segera oleh Sundramoorthy.
Beliau memberitahu, barisan pemainnya diharap tidak kehilangan fokus dengan meneruskan rentak permainan terbaik ketika berdepan The Red Warriors kelak.
"Saya percaya persembahan kami lebih baik ketika beraksi di laman sendiri, justeru saya harap kami dapat bermain dengan lebih baik pada perlawanan seterusnya (berdepan Kelantan)," katanya.
Begitupun, rekod pertemuan kedua-dua pasukan di Stadium Jalan Besar dalam saingan Liga Super musim lalu dilihat tidak memihak kepada Lions XII apabila tumpas 1-2 kepada Kelantan, selain Sang Kijang juga cemerlang di Kota Bharu apabila menang selesa 3-0.
Ketika ini, Sang Singa masih selesa di tangga ketiga liga apabila mengutip 14 mata, tiga mata di depan Kelantan di tangga keenam.
Mengulas mengenai pertemuan berdepan Felda United kelmarin, jelas Sundramoorthy, beliau tetap berpuas hati dengan persembahan anak-anak buahnya mencuri satu mata.
Pada masa sama, beliau juga memuji kekebalan benteng pertahanan pasukannya menyerap serangan tuan rumah biarpun tempang beraksi dengan 10 pemain selepas Baihakki Khaizan dibuang padang.
"Kami terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada perlawanan ini selepas kehilangan Baihakki.
"Namun saya tetap berpuas hati dengan keputusan ini," katanya.
Selepas berdepan Kelantan nanti, Lions XII bakal melayan kunjungan Negeri Sembilan (30 Mac) di Stadium Jalan Besar sebelum menanti kunjungan Perak juga di stadium sama seminggu kemudian.
***
Selepas AFC CUP  kita ada match paling sukar hari Sabtu (9/3/20120 di Spore di atas padang rumput tiruan..semua team lain sudah di baham singa di sana..PAHANG KENA 0-3...mungkin Bojan terpaksa rehatkan beberapa pemain senior spt Obinna,PIYA dan INDRA DAN FARHAN...BIAR MEREKA PULIH BETUL BETUL..kita punya cukup pemain utk kita rotate...INILAH SAAT DAYA TAHAN PASUKAN AKAN DIUJI.... 

No comments: