14 January 2013

MSL: #3 Kelantan vs Johor Darul Takzim FC


Kelantan Hormati Harimau Selatan
Oleh MOHD. HAFIZ ABD@utusan.com.my
KOTA BHARU - Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa kecewa dengan kekalahan pasukannya 0-1 kepada T-Team dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, kelmarin.
Annuar yang dipetik dari Facebooknya semalam berkata, kekalahan itu membayangkan Kelantan mula menerima kesan daripada ketiadaan beberapa pemain utama yang berhijrah serentak.
Beliau turut kecewa dengan barisan hadapan pasukannya yang dilihat gagal memainkan peranan dengan berkesan untuk menjaringkan gol.
Saya mahu barisan jurulatih dan pemain segera berbuat sesuatu dan bangkit daripada kekalahan ini," katanya.
Sementara itu, Annuar berkata, pertemuan Kelantan menentang Johor Darul Takzim esok perlu digunakan sebaik-baiknya untuk mencapai kemenangan.
Katanya, walaupun diakui Johor sebuah pasukan yang mantap namun beliau berharap pemain segera bangkit mempamerkan kehebatan membenam pasukan Harimau Selatan.
Kita turut berasa bertuah menerima kunjungan pasukan bertaraf bintang dari kelas yang tinggi seperti Johor.
Kita berpeluang belajar dari mereka (Johor DT) seperti kita pernah belajar semasa bertemu Queen Park Ranger (QPR) dan Machester City dahulu.
Kali ini bintang Sepanyol, Itali, Pelita Jaya dan Harimau Malaya didatangkan kepada kita. Kita cuma Sang Kijang yang tidak begitu perkasa, tidak ada taring, tiada belang, mesti menghormati raja rimba iaitu sang harimau," katanya.
***
Fandi Hanya Bawa 'Pejuang' ke Kota Bharu

Oleh NURUL HUDA HASSAN@huda.hassan@utusan.com.my 
JOHOR BAHRU - Bersediakah penyerang Johor Darul Takzim, Norshahrul Idlan Talaha berdepan dengan bekas pasukannya The Red Warriors pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu,esok.
Mampukah penyerang sensasi itu menghadapi tekanan dan cemuhan yang pastinya menanti beliau ketika berkunjung menentang Kelantan sekali gus membawa pasukan barunya yang dibarisi ramai pemain berstatus bintang mencapai kemenangan.
Kecergasan Norshahrul atau Mat Yo itu juga difahamkan berada pada tahap terbaik, jadi tiada sebab untuk Norshahrul yang dipalit kontroversi perpindahannya menyertai skuad Harimau Selatan tidak diturunkan pada perlawanan itu nanti.
Tinjauan di padang Seri Gelam, venue latihan Johor Darul Takzim semalam mendapati sesi tersebut berjalan lancar dan Mat Yo kelihatan ceria menjalani latihan.
Namun, usaha untuk menemuramah Pemain Paling Bernilai pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2012 itu juga gagal kerana difahamkan mereka tidak dibenarkan untuk mengeluarkan sebarang ulasan.
Dalam pada itu, ketua jurulatih, Fandi Ahmad menyifatkan perlawanan menentang Kelantan pasti sukar memandangkan reputasi pasukan tersebut selaku penyandang juara musim lalu selain terkenal dengan corak permainan pantas.
Untuk itu, beliau mahu pemain memberikan fokus sepenuhnya dan perlu 'panas' dengan cepat sekali gus memastikan tidak memberi ruang kepada pasukan lawan.
"Kita hanya boleh membawa fighters (pejuang) ke Kelantan, semua pemain perlu berdisiplin, bersedia dengan mental dan fizikal yang kuat serta agresif jika benar-benar mahu mengalahkan Kelantan.
"Kita perlu menyekat kemaraan Kelantan di awal permainan, jika tidak kita bakal berdepan masalah besar," katanya.
***
Saya mau TRW BANGKIT DAN ENJOY THE GAME ON TUESDAY...KITA RASA TERHORMAT MENERIMA KUNJUNGAN PASUKAN BERTARAF BINTANG DAN DARI KELAS YG TINGGI..KITA BERPELUANG BELAJAR DARI MEREKA SPT KITA PERNAH BELAJAR WAKTU BERTEMU QPR DI KL DAN MANCHESTER CITY SEWAKTU LAWATAN KE ENGLAND DULU..kali ini bintang SPAIN,bintang ITALY,BINTANG PELITAJAYA,BINTANG HM semua ada di datangkan kpd kita..LET US WELLCOME OUR FRIEND "HARIMAU SELATAN"TO KOTA BHARU..kita cuma SANG kijang yg tidak begitu perkasa.TIADA TARING TIADA KUKU TIADA BELANG..MUST RESPECT RAJA DI RIMBA SANG HARIMAU..lets hope for a beautiful and interesting match ANTARA KIJANG DAN HARIMAU..and the right spirit too INSYAALLAH
***
Mcm mcm cadangan utk game mlm esok..Yg pasti saya tidak akan campur Hal line up dan tektikal..biar mereka yg lebih arif dan di tugaskan utk itu..Terimalah hakikat kita berdepan team yg lebih kuat segenap segi dari kita..Maka tidak mudah bagi Bojan dan anak buahnya.Kita belum dapat memulihkan lompong di saat 2 akhir team kita walau kita usahakan pelbagai options...NAMUN DI SINILAH LETAKNYA CABARAN..KITA ADA SAINGAN BARU..KITA JUGA ADA BENCH MARK BARU..UNTUK MENCAPAINYA TIDAK MUDAH..kalau dulu MENGAMBIL masa 3 tahun utk MENCAPAI TAHAP JUARA BERGANDA kini kita harus melangkah lebih pantas lagi utk mendaki puncak yg baru..KITA MULAKAN SEKARANG!

No comments: