13 January 2013

Kelantan Tersungkur di Kaki T-Team

T-Team vs Kelantan
Kelantan Terima Tamparan Awal
 KUALA LUMPUR - Juara trebel musim lepas, Kelantan, menerima tamparan hebat pada awal musim apabila kalah 1-0 kepada pasukan kelab T-Team pada saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terenggan. Keputusan tidak diduga itu sudah pasti mengundang kritikan penyokong ”The Red Warriors” apabila skuad bimbingan Bojan Hodak yang nampak tidak bermaya untuk mengutip tiga mata penuh di gelanggang lawan.
Bagaimanapun, T-Team, di bawah kendalian Peter James, mencipta kemenangan pertama selepas dua perlawanan apabila Mohd Aizulridzwan Razali menjaringkan gol tunggal seawal minit kesembilan.
Di Stadium Jalan Besar, Singapura, pasukan jemputan Lions XII mencapai kemenangan kedua apabila mengalahkan Selangor 1-0, hasil jaringan Fazrul Nawaz pada minit ke-24.
Di Stadium Shah Alam, naib juara Piala Malaysia musim lepas, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengutip tiga mata pertama selepas menewaskan pasukan PKNS Selangor 3-1.
Pemain import ATM, Marlon Alex James beraksi cemerlang apabila melakukan hatrik menerusi jaringan pada minit ketujuh, ke-64 dan ke-72.
Manakala gol saguhati PKNS disumbangkan oleh Mohamad Fazli Baharudin pada minit ke-26. — BERNAMA
***
T-Team Calar Ego Kelantan
Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAMamir.azam@kosmo.com.my
T-TEAM berjaya menewaskan juara trebel, Kelantan 1-0 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Terengganu petang semalam.
Skuad The Titans yang mempamerkan semangat juang tinggi membuka tirai jaringan seawal minit ketujuh menerusi rembatan cantik, Md. Aizulridzwan Razali untuk membolosi kawalan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.
Kemenangan yang dikecapi skuad kendalian Peter James Butler itu memastikan mereka mengutip tiga mata penuh di laman sendiri pada kempen musim baharu ini.
Butler berkata, anak-anak buahnya menunjukkan keinginan dan komitmen yang tinggi untuk meraih kemenangan pada perlawanan menentang Kelantan hari ini (semalam).
“Secara keseluruhan, T-Team bermain lebih baik dari aspek taktikal dan semangat juang berbanding Kelantan untuk meraih kemenangan pertama dalam saingan Liga Super.
“Kami merupakan sebuah pasukan yang lebih baik dan berhak mengutip tiga mata penuh. Bagaimanapun, kami masih menghormati Kelantan apabila turun ke padang,” ujarnya.
Butler berkata, T-Team tidak memerlukan nasib untuk menang kerana para pemain pasukan itu menunjukkan komitmen dan mengikut segala percaturan diberikan kepada mereka.
Berbanding di Perak, pasukannya tidak bernasib baik apabila melepaskan gol pada minit-minit akhir permainan, sekali gus terpaksa berputih mata pulang dengan tangan kosong.
Dalam pada itu pengendali Kelantan, Bojan Hodak memberitahu, beliau merasakan pasukan The Red Warriors tidak bermain dengan baik.
“Walaupun kami dapat mengawal secara taktik tetapi tidak menggunakan peluang terhidang sebaik mungkin untuk menjaringkan gol. T-Team pula berjaya menggunakan peluang yang ada untuk menjaringkan gol tunggal perlawanan.
“T-Team juga mempunyai kelebihan kerana hanya bermain dua perlawanan berbanding Kelantan yang mengharungi tiga perlawanan. Tidak ada siapa yang boleh dipersalahkan dalam kekalahan ini kecuali kami,” ujarnya.
***
Butler Bukti Masih Berbisa
Oleh ISWAN SHAFIQ MAT ISA@12-1-2013@utusan.com.my
KUALA TERENGGANU - Peter Butler boleh mendabik dada membuktikan sentuhannya masih berbisa selepas skuad bimbingannya T-Team mengejutkan juara treble, Kelantan 1-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini, semalam.
Bertambah manis, kemenangan itu dicapai ketika berdepan bekas pasukan yang pernah dibimbingnya dua tahun lalu.
Berbanding tuan rumah yang turun dengan semangat membara untuk mencari gol awal, pelawat bermula agak perlahan dan kurang konsisten.
Kealpaan mereka akhirnya dihukum seawal minit ketujuh, apabila pemain muda The Titans, Mohd. Aizulridzwan Razali bijak menyudahkan umpanan pemain import, Caleb Folan selepas menerima hantaran silang Ahmad Syamim Yahya.
 ***
Tan Sri Annuar Musa@12-1-2013 
Sangat kecewa melihat persembahan TRW hari ini..Semakin jelas kita bakal menerima impak dari ketiadaan mendadak key players secara serentak..barisan depan dan flankers gagal sama sekali..Saya berharap barisan jurulatih dan pemain berbuat sesuatu..SAYA HARUS MULA MEMIKIRKAN RANCANGAN JANGKA LEBIH PANJANG TERUTAMA 2014..SEMUA HARUS BERUSAHA LEBIH GIGIH LAGI!!! 
***
Muhammad Aiman 
kalah tu adat, terima jer..man utd kalah 3 kali dalam 10 perlawanan EPL rilek jer, tak kecoh pun ...tapi saya tak bleh terima apabila seorang penyerang yg disfunction in the team bleh maintain in first eleven? what's going on Tan Sri Annuar Musa? atau Bojan sepertimana Peter Butler turut berdepan masalah sama sperti last season? (if u all still remember pendedahan PJB tntang pmilihan pemain import) .. this was terrible, selama mana nk bg alasan bagi KM peluang, sedangkan kalau betul nak bagi peluang, why not u bagi peluang tu kepada Aris Zaidi, Khairul Izuan? mereka local player, rasanya lagi bagus asah mereka dari bagi peluang kepada seorang player veteran yang mana kita ambik dia kerana sejarah lampau 7 musim lalu... jgn kerana berterusan nk bg chance kat sorang player, moral keseluruhan pasukan terjejas. ini pendapat peribadi saya, masing2 ada hak utk berkata2.. i still blieve Kelantan akan mampu bangkit, so prove it.
***

Hatrick Marlon Bantu ATM 
Oleh FERZALFIE FAUZI ferzalfie.fauzi@utusan.com.my@12-1-2013
SHAH ALAM - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya mencatat kemenangan pertama dalam saingan Liga Super 2013 apabila berjaya menumpaskan tuan rumah, PKNS FC 3-1 di Stadium Shah Alam.
Selepas tewas kepada Lions XII pada perlawanan pertama pertengahan minggu ini, ATM atau lebih dikenali dengan nama jolokan 'The Gladiators' berjaya meraih tiga mata hasil kecemerlangan pemain import mereka, Marlon Alex James yang melakukan hatrik.
ATM tidak menunggu lama untuk melancarkan serangan apabila seawal minit keenam mereka
mempunyai peluang keemasan untuk berada di depan, namun hantaran lintang Bruno Martelotto gagal disambut kemas Marlon.
Dua minit kemudian pengadil perlawanan, Ku Alaudin memberikan sepakan penalti kepada ATM selepas berlaku keadaan kelam-kabut dalam pintu gol PKNS sebelum bola terkena tangan pemain mereka, Marlon yang diberikan tugas mengambil sepakan tersebut mudah meletakkan pasukannya di depan.
Pada minit ke-26 PKNS berjaya menyamakan kedudukan apabila Mohd. Fazli Baharuddin melakukan larian kencang menewaskan beberapa pertahanan ATM dari bahagian tengah padang sebelum melepaskan rembatan dari dalam petak penalti.
Tuan rumah terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Ronaldinho diperintah keluar padang pada minit ke-59 selepas dia menerima kad kuning kedua kerana sengaja merebahkan badan di dalam petak penalti.
ATM berjaya menjaringkan gol kedua pada minit ke-64 apabila Marlon berjaya menyudahkan
hantaran Affize Faisal Mamat dan pada minit ke-72 pemain import dari St. Vincent and Grenadines itu melengkapkan hatrik untuk menjadikan kedudukan 3-1.
Sementara itu, di Stadium Jalan Besar, Lions XII mencatat kemenangan kedua berturut-turut musim ini apabila mengecewakan musuh tradisi, Selangor 1-0 hasil jaringan tunggal Fazrul Nawaz pada minit ke-24.
Melalui sepakan sudut, Baihakki Khaizan melonjak tinggi untuk menyambut bola dari sebelah kanan melalui tandukan sebelum disambung oleh Fazrul bagi memastikan Lions XII bermula cemerlang pada permulaan musim Liga Super.

No comments: