29 June 2009

BRAZIL Juara, KELATE Tok Jogho

Salam,
Kelantan meneruskan kemenangan dalam aksi Liga Super setelah membenam Perak 4 - 0 Sabtu lepas. Indra Putra melakukan hatrik pada minit ke 34, 51 dan 74 sementara satu gol lagi dijaringkan oleh Nor Farhan minit ke 69. Dengan kemenangan itu Kelantan kini mengumpul 40 mata, berada di kedudukan ke-3 dibelakang Perlis 46 mata dan Selangor 48 mata. Selasa 30/6/2009 ini Kelantan akan bertandang ke Terengganu pulok, harapnya boleh menang lagiii...
(Update@1/7/2009~Kelantan tewas 0- 2 kpd Terengganu, eeeeeee kaloh la pulokkk!!!! )














Indra Putra melakukan 'hatrik' untuk Kelantan menang 4-0 ke atas Perak.
Petang semalam menonton final badminton terbuka Malaysia di TV 1, ( Malaysia Open Grand Prix Gold). Lee Chong Wei (Datuk) menjuarai perseorangan lelaki menewaskan Chen Long dari China 21-16, 21-9. (Untuk keputusan perlawanan2 lain tu, sila baca suratkhabar...)
















Pemain No. 1 Dunia, Datuk Lee Chong Wei Juara Terbuka Malaysia 2009.
















Pemain Brazil meraikan kemenangan menjuarai Piala Konfederasi (2009) buat kali ketiga.
Brazil pulak menjuarai Piala Konfederasi selepas menundukkan Amerika Syarikat 3 - 2 dalan perlawanan akhir yang menghiburkan pagi tadi. Brazil bangkit dari ketinggalan 2 - 0 pada separuh masa pertama. Luis Fabiano menjaringkan gol pertama beberapa saat selepas bermula separuh masa ke-2, dan menambah gol kedua pada minit ke-74. Gol kemenangan Brazil dijaringkan oleh Lucio enam minit sebelum tamat perlawanan. Sementara itu dalam penentuan tempat ke-3/ke-4 sehari sebelum itu, Sepanyol menewaskan Afrika Selatan 3 - 2 untuk menduduki tempat ke-3.

Sekian Berita Sukan TV 8....

3 comments:

Anonymous said...

Tok Jogho tu mende ??? biskut ??

abah aman said...

salam mansoradabi
Tu la cepat sangat rasa bangga...
Salam ukhwah!

Nini Aini said...

Ayoh Bee,..
Ayoh Bee ade tak Yahoo Messengger?
Nini nak je,..
hehehe