07 July 2009

KELATE' BULEH

Salam,
Jangan mare ya, nak kecek pasal bola lagi. Malam ni Kelantan akan bertandang ke Stadium Bandaraya Pulau Pinang untuk bertemu pasukan Pulau Mutiara, Pulau Kapas, eh, Pulau Pinang !!.
Sabtu lepas Kelantan memungut 3 mata berharga selepas menewaskan Pahang 3 - 2 di Stadium Sultan Mohd iv, KB.( gua tengok 'live' kat TV 1 ) ...at last ! TV 1 siar jugak 'live' perlawanan pasukan Kelantan selepas berbulan-bulan asyikkkkkk pasukan 'itu' jeeeee.....















Gambar masa awal musim, penjaga gol masih lagi Halim Napi, sebelum kes rusuhan ari tu, sekarang Shahrizan dah ambik alih...

Sekarang Kelantan di kedudukan tempat ke-3 dengan 43 mata di belakang Selangor (54 mata) dan Perlis (52 mata). Mengekori rapat di belakang Kelantan ialah Kedah (42 mata) dan Terengganu (40 mata). Kelantan mesti menang malam ini untuk mengekalkan di kedudukan tempat ke-3 ini, kalau kalah mungkin akan dipintas oleh pasukan Kedah !!
Kelantan Bulllehhhh !!!!
( Update@8/7/2009 ~ Kelantan seri 1 - 1 dengan PP malam tadi, Kedah pulak membelasah PDRM 7 - 2, Terengganu menang 2 - 1 ke atas Pahang, jadi kedudukan liga sudah berubah,Kedah naik ke tempat ke-3 dengan 45 mata, manakala jengking Kelantan turun ke tempat ke-4 dengan 44 mata....)

No comments: