13 July 2009

NATRAH MENINGGAL

Salam,
Gua dah baca kisah kematian Natrah sejak dari minggu lepas lagi, terdetik jugak hati nak 'mengulas' kisah Natrah tersebut.....tergerak hati sebab kisah Natrah ini telah menyebabkan gua 'terbabit' sama dalam filim niiiii....Sebenarnya nama gua sama dengan nama bekas suami Natrah itu....iaitu MANSOR ADABI, itu jeee, hi,hi,hi......


























Mansor Adabi (Bukan gua!) bersama Natrah zaman muda-muda(1950-an)
















Mansor Adabi (Gua le tu!) bersama "Natrah" (Gambar tahun 2009)


Kisah Natrah menjadi isu yang besar di Tanah Melayu pada tahun 1950-an lampau! Menjadi isu besar kerana melibatkan 'Konflik Agama' !(Islam dan Kristian) (Nak tahu lebih lanjut cari le kat internet).
Gua dah tahu kisah Natrah ni sejak kat sekolah menengah lagi (20 tahun lampau!). Cikgu bagitau yang nama gua kebetulan sama dengan Mansor Adabi suami Natrah itu, dan bercerita pasal 'Tragedi Natrah' tersebut...samping itu gua juga membaca sejarah kisah Natrah ini di majalah Dewan Masyarakat yang ditulis oleh Fatini Yaakob lewat 1980-an dulu.

Maria Bertha Hertogh atau Natrah Meninggal Dunia di Belanda
KUALA LUMPUR 9 Julai - Bertha Hertogh atau Natrah nama Islamnya pada satu ketika, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Huijgergen, Belanda semalam. beliau meninggal dunia akibat leukemia pada usia 72 tahun, menurut duta Malaysia di Belanda, Dr Fauziah Mohd Taib, menerusi e-mel kepada Bernama hari ini.
Bertha menjadi isu di Singapura pada 1950, akibat perebutan terhadapnya antara ibu angkatnya, Che Aminah dengan keluarga asal beliau yang berketurunan Belanda.
Bertha ketika itu berumur 13 tahun dan telah memeluk Islam dan bernikah gantung dengan seorang guru berusia 22 tahun bernama Mansor Adabi. Namun undang-undang British/Belanda tidak membenarkan wanita di bawah umur 18 tahun daripada berkahwin.
Natrah akhirnya diperintahkan supaya dipulangkan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda.
Keputusan mahkamah itu menimbulkan kemarahan masyarakat Islam di Singapura, sehingga berlaku rusuhan yang dikenali 'Rusuhan Natrah'. Dilaporkan seramai 18 orang terbunuh dan kira-kira 200 orang cedera dalam tragedi itu ketika mereka bertempur dengan tentera dan Polis British, sehingga Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama 2 hari 2 malam.
Dr Fauziah berkata, Natrah akhirnya pulang ke Belanda, namun hati dan perasaannya masih melekat di Malaysia, ketika itu. Natrah yang menggunakan nama Bertha pernah kembali ke rantau ini pada tahun 1999 untuk penggambaran filem dokumentari mengenai dirinya oleh sebuah syarikat televisyen Belanda.
"Menurut Bertha, beliau hanya berasa bahagia ketika zaman kanak-kanaknya" kata Dr.Fauziah. Sebuah filem mengenai Bertha arahan Ben Sombogaart dilaporkan akan dikeluarkan tahun depan. - Bernama
Petikan Utusan Malaysia @ 9/7/2009

Mengenai Mansor Adabi pulok, gua rasa kalau tak silap beliau dah meninggal dunia pada 1987 dulu, (gua baca suratkhabar masa tu !)
Wassalam.

6 comments:

Azlieza Zain said...

'Bertha ketika itu berumur 13 tahun dan telah memeluk Islam dan bernikah gantung dengan seorang guru berusia 22 tahun bernama Mansor Adabi.
Namun undang-undang British/Belanda tidak membenarkan wanita di bawah umur 18 tahun daripada berkahwin.
Natrah akhirnya diperintahkan supaya dipulangkan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda.
Keputusan mahkamah itu menimbulkan kemarahan masyarakat Islam di Singapura, sehingga berlaku rusuhan yang dikenali 'Rusuhan Natrah'. '

Petikan di atas ni ada kaitan pula dengan Kak Som yang menjadi isteri kepada si penulis ini, Tuan Mansor Adabi....
Coba teka??
Jawapannya :-
Natrah umur 13 tahun kahwin ngan Mansor Adabi tu pada usia 22 tahun
Kak som berumur 27 tahun kahwin ngan Mansor Adabi ni pada usia 36 tahun
Dua-dua di atas beza 9 tahun umur masa kahwin.... Moga cinta Kak som sama jugak macam cinta Natrah...

Ella Najla said...

Ayah Bie,bila baca cerita Natrah ni pun Ella terkejut la gak nama suami Natrah ni sama dengan Ayah Bie...
Apa- apa pun Ella tetap sayangkan 'Mansor Adabi' yang sorang ni...Jumpa raya nanti di Kelantan. Rumah Chek. hehe...

aween najwa said...

muahaha...
itu la uniknye namo ayoh bee...
mngikut 1 crito yg ambo raso ambo dgr dari mok ambo, tok ambo yakni Cek yg telah memberi namo Mansor Adabi kepado Ayoh Bee ambo ni meme berasal dari namo suami Natrah ni...

Dulu kn sgt fofular dgn kisah natrah ni smpaikn maso nenek ambo ngandong ke Ayoh Bee ni, kisoh itu maseh fofular..So, Cek ambo yakni ayoh kepado Ayoh Bee ambo bubuh la namo Mansor Adabi kepado Ayoh Bee ambo.

So,sbb tu Ayoh Bee ambo namo Mansor Adabi!!!

Ambo dulu suko sgt kaitkn Sup Bunjut Adabi dgn Ayoh Bee ambo..

Hihihihih...

Adabiiiiiii....Sungguh lazat, sungguh mnyelerakan...

Sekian dari ambo...

Wassalam..
(Kiub Pati Knorr)

suraiya... said...

fuyooo.. menarik betul cerita ni..terutama kisah sup bunjut tu...

aween najwa said...

ayoh bee!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
muahahaha~~~
sajo kelo ayoh bee...

cik jaaaa!!!!!!!!!!!!!!!
nt poso g bukok dumoh buleh???
hik...hik...hik...

aween najwa said...

nok nyanyi ckit buleh??

Adabiiii,
melazatkan!
Adabiiii,
menyelerakan!
mengandungi plbagai rempah!
melazatkan kari dan kuah!
Adabiiiiiiiii.....

(Kiub Pati Knorr xde lagu, trpakse naynyi lagu ni)

p/s: gurauan sehidung-hidung...