23 June 2009

'SAMBAL' BRAZIL

Salam,
Beralih sekejap pada Piala Konfederasi yang sedang berlangsung kat Afrika Selatan, semalam pasukan 'kegemaran' gua~ Brazil menang bergaya mengatasi Itali 3 - 0, dalam perlawanan terakhir kumpulan B, untuk mara ke semi final berjumpa Afrika Selatan. (Satu lagi perlawanan semi final akan menemukan Sepanyol menentang Amerika Syarikat). Gua harap perlawanan akhir nanti ialah antara Brazil vs Sepanyol ..... harapannya begitulah !!

Gua minat dengan pasukan Brazil sbb permainannya 'cantik' dan 'berseni' (samba Brazil !!) tak macam pasukan Eropah yang main lajuuuuu semacam.












Skuad Brazil 2009 ~ cuma 3 orang je yang gua kenal, Lucio, Robinho dan Kaka ( bukan kaki !! ) yang lain tu tak kenal sangat...Fabiano?
















Skuad Itali ~ dibarisi oleh pemain2 veteran cam Buffon, Cannavaro dll, main pun dah 'slow'...
(Malam ni pulak Kelantan akan menentang pasukan PDRM dalam saingan Liga Super,...walaupun PDRM berada dikedudukan tercorot liga bukan bermakna Kelantan boleh ambil mudah perlawanan ni, tapi harapannya mesti le nak menang !!!! )
*** ( Update@24.6.2009~Kelantan menang ke atas PDRM 4 - 0, melonjakkan kedudukannya ke tempat ke-3 liga, Syabassssss....)

No comments: