29 June 2009

BRAZIL Juara, KELATE Tok Jogho

Salam,
Kelantan meneruskan kemenangan dalam aksi Liga Super setelah membenam Perak 4 - 0 Sabtu lepas. Indra Putra melakukan hatrik pada minit ke 34, 51 dan 74 sementara satu gol lagi dijaringkan oleh Nor Farhan minit ke 69. Dengan kemenangan itu Kelantan kini mengumpul 40 mata, berada di kedudukan ke-3 dibelakang Perlis 46 mata dan Selangor 48 mata. Selasa 30/6/2009 ini Kelantan akan bertandang ke Terengganu pulok, harapnya boleh menang lagiii...
(Update@1/7/2009~Kelantan tewas 0- 2 kpd Terengganu, eeeeeee kaloh la pulokkk!!!! )














Indra Putra melakukan 'hatrik' untuk Kelantan menang 4-0 ke atas Perak.
Petang semalam menonton final badminton terbuka Malaysia di TV 1, ( Malaysia Open Grand Prix Gold). Lee Chong Wei (Datuk) menjuarai perseorangan lelaki menewaskan Chen Long dari China 21-16, 21-9. (Untuk keputusan perlawanan2 lain tu, sila baca suratkhabar...)
















Pemain No. 1 Dunia, Datuk Lee Chong Wei Juara Terbuka Malaysia 2009.
















Pemain Brazil meraikan kemenangan menjuarai Piala Konfederasi (2009) buat kali ketiga.
Brazil pulak menjuarai Piala Konfederasi selepas menundukkan Amerika Syarikat 3 - 2 dalan perlawanan akhir yang menghiburkan pagi tadi. Brazil bangkit dari ketinggalan 2 - 0 pada separuh masa pertama. Luis Fabiano menjaringkan gol pertama beberapa saat selepas bermula separuh masa ke-2, dan menambah gol kedua pada minit ke-74. Gol kemenangan Brazil dijaringkan oleh Lucio enam minit sebelum tamat perlawanan. Sementara itu dalam penentuan tempat ke-3/ke-4 sehari sebelum itu, Sepanyol menewaskan Afrika Selatan 3 - 2 untuk menduduki tempat ke-3.

Sekian Berita Sukan TV 8....

26 June 2009

BRAZIL ke FINAL

Salam,
Nak sambung pasal Piala Konfederasi lagiiiiii, seperti yang gua harapkan, Brazil menepati ramalan ke final Piala Konfederasi setelah menewaskan Afrika Selatan 1 - 0 pagi tadi. Sebelum itu dalam satu lagi perlawanan semi final Amerika Syarikat membuat kejutan terbesar menumpaskan pasukan gergasi Sepanyol 2 - 0 untuk ke final. (kemenangan paling besar dalam sejarah bolasepak AS).














Gergasi Eropah~Sepanyol kalah mengejut kepada AS !!!














dok cari2 gambar skuad Amerika tp tak jumpa, so letak gambar skuad Kelate je lah !!

Jadi, perlawanan akhir "idaman'' antara Brazil vs Sepanyol tidak menjadi kenyataan ekoran kekalahan mengejut Sepanyol tersebuttttt. Tak po la, janji pasukan 'idaman' gua (Brazil) dapat ke final....
Jadi perlawanan akhir menemukan Brazil vs Amerika Syarikat pada 28/6/2009 nanti....

23 June 2009

'SAMBAL' BRAZIL

Salam,
Beralih sekejap pada Piala Konfederasi yang sedang berlangsung kat Afrika Selatan, semalam pasukan 'kegemaran' gua~ Brazil menang bergaya mengatasi Itali 3 - 0, dalam perlawanan terakhir kumpulan B, untuk mara ke semi final berjumpa Afrika Selatan. (Satu lagi perlawanan semi final akan menemukan Sepanyol menentang Amerika Syarikat). Gua harap perlawanan akhir nanti ialah antara Brazil vs Sepanyol ..... harapannya begitulah !!

Gua minat dengan pasukan Brazil sbb permainannya 'cantik' dan 'berseni' (samba Brazil !!) tak macam pasukan Eropah yang main lajuuuuu semacam.












Skuad Brazil 2009 ~ cuma 3 orang je yang gua kenal, Lucio, Robinho dan Kaka ( bukan kaki !! ) yang lain tu tak kenal sangat...Fabiano?
















Skuad Itali ~ dibarisi oleh pemain2 veteran cam Buffon, Cannavaro dll, main pun dah 'slow'...
(Malam ni pulak Kelantan akan menentang pasukan PDRM dalam saingan Liga Super,...walaupun PDRM berada dikedudukan tercorot liga bukan bermakna Kelantan boleh ambil mudah perlawanan ni, tapi harapannya mesti le nak menang !!!! )
*** ( Update@24.6.2009~Kelantan menang ke atas PDRM 4 - 0, melonjakkan kedudukannya ke tempat ke-3 liga, Syabassssss....)

17 June 2009

WIRA MERAH KEMBALI !!

Salam,
Kelantan meraikan 'kepulangan' mereka ke Stadium Sultan Mohd IV dengan kemenangan 3 - 0 mengatasi UPB-Myteam malam tadi. Sejak di'haram'kan beraksi di stadium ini sejak April lalu, malam tadi skuad Kelantan menggunakan kesempatan beraksi di tempat sendiri untuk meraih 3 mata penuh dalam meneruskan baki perlawanan Liga Super musim ini. (macam ulasan bola la pulokkk !!!). Gol-gol perlawanan malam tadi dijaringkan oleh Indra Putra Mahyudin (minit ke -13 & 42 ) dan oleh Badri Radzi (minit ke - 60).

Sekarang Kelantan dikedudukan tempat ke-6 liga dengan jumlah 31 mata, jauuUUUh tertinggal di belakang Selangor di tempat pertama dengan 43 mata.

















Setelah digantung sejak April lalu, Stadium Sultan Mohd ke-IV digunakan semula malam tadi (dan seterusnya) setelah FAM menarik balik larangan penggantungan.

















Indra Putra menjaringkan 2 gol malam tadi.(Gambar sekadar tempelan! bukannya aksi perlawanan malam tadi)

Kemenangan ini diharap dapat menyuntik semangat untuk kemenangan perlawanan seterusnya, rasanya walaupun dah terlewat untuk mengejar Selangor dan Perlis(untuk jadi juara Liga Super) sekurang-kurangnya berada dalam kelompok 3 teratas OK la kottt !!!! lepas ni tumpu pada Piala Malaysia pulokkkk !!!!!!!!!!
Harapan kepada penyokong2 Kelantan , jadikan kejadian rusuhan sebelum ini sebagai pengajaran !!! jangan le diulangi lagi kerja2 tak berfaedah tersebut, nanti kita (Kelantan) yang rugiiiiii....

(Sekarang ni pun tengah rancak berlangsung Piala Konfederasi~Brazil nyaris2 lagi kalah pada Egypt...menang 4-3 !!!)
*** Update@22.6.09~Kelantan menang lagiiiii, menewaskan KM Naza 1 - 0, jadi le, dapat 3 mata, Brazil pulak dapat masuk semi final Piala Konfederasi, menewaskan Itali 3 - 0. Lee Chong Wei pulak juara terbuka Indonesia, menewaskan taufik Hidayat 21-9, 21-14 (gua tengok 'live' kat TV1 semalam !!! )

Adiossssss

14 June 2009

MEMORI ZAMAN JEPUN ( 2 )

CHINA
Salam,
Sementara menunggu 'entry' baru yang entah bila, gue sambung lagi 'Memori Zaman Jepun' Siri 2 le pulokkk......

Gue dah 2 kali ke China, kali pertama pada tahun 1998 duluuuuuuuu dan kali kedua pada tahun 2002 laluuuuuuUUUUUUU.....

***
Tahun 1998
tu gue ( & rombongan ) ke Shanghai dan bandar2 sekitarnya seperti Nanjing, Suzhou, Tianjin, Wuhan dan banyakkkkk lagi tempat ( dah lupa !!!) ....

Selama lebih kurang dua minggu di sana, banyakkkkkk le tempat menarik yang dilawati, melawat garden (Chinese Garden) sana, melawat garden sini, melawat 'temple' sana, melawat 'temple' sini, itu le kejenya sepanjang lawatan ke sini....



Pintu masuk ke 'Dr Sun Yat Sen's Mausoleum'


Di puncak
Dr. Sun Yat Sen's Mausoleum
, di pergunungan Zhong, Nanjing

Ni kat Taman Peringatan Dr.SunYat Sen / Dr.Sun Yat Sen Mausoleum ( Bapa Cina Moden ~ The Founder of Modern China ), terletak di pergunungan Zhong ( Zhong Mountain ), di pinggir Bandaraya Nanjing.





























Kat Tiger Hill, Suzhou, kat belakang adalah Menara Huqiu atau Yunyan Pagoda, dikenali juga sebagai Menara Condong, tapi tak la se'femes' Menara Condong Pisa kat Itali tu, tak dapat ke Menara Condong Pisa, ke Menara Condong Cina pun jadi le!!!





























Berlatar belakangkan Pagoda Beisi di Suzhou, dengan ketinggian 76 meter ( 243 kaki ) dibina di antara tahun 1131 - 1162 semasa Dinasti Song.

***
Tahun 2002
pulok, opih gue buat lawatan ke China sekali lagi, kali ni ke Beijing dan Inner Mongolia laaaa, kali ni gue berkobar-kobar nak ke China sebab nak panjat "Great Wall" ( trip tahun 1998 tu tak gi ke Great wall )




























''Great Wall' tahun 2002 ~ panjangnya macam tak berpenghujung !!! jalan punya jalan, punya jalan, jalan lagi, jalan lagi, sampai penat, akhir sekali patah balik ke tempat asal mula2 naik !!!

Bila sebut China gue dah terbayang "Great Wall' yang terkenal tu ( 7 Wonders of the World), akhirnya berjaya jugak menjejakkan kaki ke 'Great Wall'...tak terkata!! speechless...benda/tempat yang gue cuma baca masa darjah 6 dulu kini dah di depan mata !!( bukan kumpulan Matta !!)

























'Great Wall' tahun 1907 duluuuuu, masih
lagi bersemak-samun dan berkarat hijau, belum lagi dibukak untuk pelancong.

The Great wall of China stretches over approximately 6,400 km ( 4,000 miles ) from Shanhaiguan in the east to Lop Nur in the west, along an arc that roughly delineates the southern edge of Inner Mongolia, but strecthes to over 6,700 km (4,160 miles ) in total. At its peak, the Ming wall was guarded by more than one million men. It has been estimated that somewhere in the range of 2 to 3 million Chinese died as part of the centuries-long project of building the wall. ( Petikan dari Wikipedia daaaa.. )






























































Gambar-gambar kat atas mengikut turutan ~ Pintu Masuk (side door) ke Forbidden City, Temple of Heaven, Niu Jie Mosque, Beijing Underground City dan Tiananmen Square...

Sekian, pasni gambar2 "Memori Zaman Jepun" Siri - 3 la pulokkkk !!!!.... kat Nepal kot ??

*** MEMORI ZAMAN JEPUN ( 1 ) klik SINI