16 May 2013

Bojan Mengeluh Dengan Pertahanan

BOJAN HODAK membidas aksi goyah barisan pertahanan pada babak pertama yang menjadi penyebab penyingkiran pasukan Kelantan dari saingan kalah-mati (16 terakhir) Piala AFC, selepas tumpas 0-2 di tangan Kitchee FC dari Hong Kong di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu semalam.
Keputusan itu bererti Kelantan gagal mengatasi pencapaian musim lalu, iaitu layak sejauh ke pusingan suku akhir.
Jurulatih The Red Warriors (TRW), Hodak, dalam nada kesal mengeluh perlawanan sudahpun tamat sebaik pasukan pelawat berada dua gol di depan.
“Terlalu banyak kesilapan pada separuh masa pertama, terutama di bahagian pertahanan dan yang paling kecewa pastinya membiarkan Kitchee memperoleh gol kedua dalam waktu kecederaan,” kata Hodak.
“Ketinggalan dua gol membuatkan seluruh skuad tertekan dan hilang semangat. Lawan bermain dengan bijak pada separuh masa kedua.
“Mereka menerapkan corak permainan lebih bertahan dan merumitkan usaha kami untuk mencari gol.
“Saya kira mereka ada menempatkan antara lapan hingga sembilan pemain di dalam kotak penalti mereka, kami memang tidak berpeluang.”
Namun Hodak menuntut pasukannya yang merupakan juara treble musim lalu itu untuk terus berjuang dan tidak dibuai kekecewaan berpanjangan.
“Kita masih belum hilang segala-galanya, kita masih berpeluang untuk menjulang satu trofi iaitu Piala FA yang perlu kita pertahankan  dan di samping itu, kita kena memperbaiki kedudukan Liga Super.
“Baki perjalanan musim ini perlulah kita harungi dan habiskan dengan sebaik mungkin,” ujar Hodak.
www.sports247.my
Bojan Puji Aksi Nwakaeme
Kota Bharu: Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak memuji persembahan penyerang importnya, Dickson Nwakaeme yang mengubah wajah cabaran pasukan selepas dimasukkan pada babak kedua ketika menentang kelab Hong Kong, Kitchee SC dalam saingan pusingan kedua, kalah mati Piala AFC di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, malam kelmarin.
Dia yang turut memuji keseluruhan persembahan skuad The Red Warriors itu beranggapan kemasukan pemain import itu pada babak kedua berjaya menukar rentak gerakan jentera serangan pasukan tuan rumah itu menjadi lebih berbahaya.
Apa pun pengendali berusia 42 tahun dari Croatia itu tidak menyembunyikan hakikat betapa dua jaringan Kitchee SC pada separuh masa pertama ‘membunuh moral pemainnya’ dan menyebabkan mereka bermain di bawah tekanan.
“Walaupun tewas, persembahan anak buah saya perlu mendapat pujian terutama Dickson yang berjaya membuktikan kemampuannya selaku penyerang berbisa apabila berjaya melakukan beberapa gerakan bahaya selepas dimasukkan di separuh masa kedua.
Tukar corak permainan
Dalam perlawanan malam kelmarin, Kitchee yang pernah menundukkan kelab Itali, AC Milan 2-1 dan seri 2-2 dengan kelab Liga Perdana Inggeris, Arsenal dalam perlawanan persahabatan pada 2004 dan 2012 ternyata bukan lawan Kelantan apabila kelab Hong Kong itu lebih banyak mengatur gerakan berbahaya.
Sementara itu, ketua jurulatih Kitchee SC, Josep Gombau Balague berkata dia menukar corak permainan lebih bertahan pada babak kedua bagi memastikan kelebihan dua gol dapat dipertahankan sehingga tamat perlawanan.
“Saya berpuas hati dengan persembahan semua pemain dan mereka berjaya mengatasi kelebihan Kelantan yang bermain di hadapan penyokong sendiri. Keputusan ini sangat penting buat pasukan,” katanya.
***
Admin: Memang sedikit kecewa dengan kekalahan semalam. Namun, pemain sudah berikan yang terbaik. Setelah menang 4 kali berturut-turut dan menjaringkan 3 gol dalam setiap perlawanan, Kelantan kita akhirnya tertewas.
Musim yang mencabar, banyak yang perlu ditempuhi. Insya Allah kita terus berjuang. Semalam pemain ada kata yang mereka sedih menghampakan penyokong. Tidak apa, kalah menang bukan ukuran tetapi semangat juang yang penting.
Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Pemain, Pengurusan dan Penyokong. Kita semua The Red Warriors.
May 15 at 12:26am near Kampong Segambut Dalam
 
Tan Sri Annuar Musa 
Malam tadi ternyata bukan malam TRW..bukan saja gol gol yang tak dikira tapi persembahan oleh pemain impot kita yang mengecewakan disaat kita paling memerlukan yang terbaik dari mereka...KITA HARUS MULA MEMIKIRKAN LINEUP 2014......
May 15 at 4:12am near Kampong Segambut Dalam 

No comments: