29 July 2009

MEMORI ZAMAN JEPUN ( 3 )

NEPAL
Salam,
Gua nak sambung lagi pasal Memori Zaman Jepun ( 3 ), kali ni kat Nepal laaaa pulokkkkk!!!!
(Memori Zaman Jepun (1) klik SINI, Memori Zaman Jepun (2) klik SINI,,,dan Memori Ayam (1) klik SINI )
Gua ke Nepal tahun 2003, mula-mula nak pegi dulu tertanya-tanya gak apa ada kat Nepal ni ?? bila dah sampai sini perasaan bercampur-baur (betul ke istilah ni??), ada rasa suka, sedih, rasa insaf pun adaaaa !!! Rasa suka sebab dapat lihat tempat orang, tempatnya cantik, nampak semulajadi(natural) dengan dikelilingi banjaran gunung-ganang ... tengok Gunung Everest dari jauuuuuh je!! (nak gi situ kena bayar lain le,,,sbb trip gua ni x termasuk pakej ke Everest),



Tribhuvan International Airport, Kathmandu, kecik je cam Airport Kota Bharu jaman 60-an dulu, la ni Airport KB dah besar cam KLIA,hi,hi,hi,,

Barang-barang sini murah-murah~matawang Nepal ialah Rupee Nepal, lebih rendah dari Rupee India, bayangkan kalau ber'soping' pakai RM Malaysia, ataupun Dollar !!)
Gua rasa sedih + insaf tengok masyarakat di sini masih lagi nampak cam ketinggalan dalam serba-serbi,,,dari segi pembangunan, pengangkutan dan kemudahan asas. Bandarnya (Kathmandu) masih macam tahun 60-an lagi, bangunan usang, jalanraya teruk, berdebu, Kat bandar dan kat tempat2 tumpuan pelancong mesti ada peminta sedekah! terutamanya peminta sedekah kanak-kanak!! Syukurlah kita kat sini (Malaysia) semua ada, makan cukup (malah membazir lagi!), pakai cukup, semuaaaaaa cukup !!. Sedih gak tengok keadaan masyarakat di sini. (tu pasal ramai Nepal datang keje kat Malaysia).

Kat Durbar Square di tengah-tengah Bandaraya Kathmandu (Ibu Negeri Nepal). Tempat ini telah diwartakan sebagai salah satu tapak 'Warisan Dunia' (World Heritage) oleh UNESCO.
The Durbar Square is one of three durbar (Royal Palace) squares in the Kathmandu Valley. The Durbar Square is surrounded by spectacular architecture and vividly showcase the skills of the Newari artists and craftmen over several centuries. The Durbar Square holds the palaces of the Malla and Shah Kings who ruled over the city.


Along with these palaces, the square also surrounds quadrangles revealing courtyards and temples.The Durbar Square was severely damaged by an earthquake in 1934 and hence appears more spacious than the others, located at Kathmandu and Patan. Originally,there were 99 courtyards attached to yhis place, but now only 6 remain. Prior to the earthquake, there were 3 separate groups of temples. But currently, the square itself is surrounded just by buildings that survived the quake. (Petikan dari Encik Wikipedia)



Nagarkot~ Kawasan peranginan tanah tinggi (cam Cameron Highland) cantik 'view' dari atas ni, kat belakang tu adalah Banjaran Himalaya dimana terletaknya Gunung Everest !!)




Kat Pashupatinath Temple (di pinggir Kathmandu) ketika acara pembakaran mayat !! ngeri gak nak masuk sini,,,,!! Suasana di sini amat tidak menyenangkan,,,bau mayat terbakar menyucuk-nyucuk hidung, bunyi tangisan (dan raungan termasuk lolongan) dari ahli keluarga yg mati,,,,,lepas je mayat dah jadi abu, terus je dia tolak (abu mayat) ke sungai kat tepi tu,(Sungai Bagmati nama dia) pah tu kat sungai tu ada pulok budak-budak dok berenanggggg....Ini le kali pertama dan terakhir gua tengok orang bakar mayat secara 'live',,,,,pah ni tok seerrrrr doh weiiiii....
(Asap putih yg kelihatan (dlm gambar tu) ialah asap dari pembakaran mayat yang tengah berlangsung !
kitorang selamber bergambar plak!!) (Petikan gua sendiri)

21 July 2009

SELANGOR JUARA LIGA SUPER 2009

Salam,
Selangor berjaya merangkul Piala Liga Super 2009 (satu-satunya piala yang masih belum pernah diraih sejak format liga ini diperkenalkan pada 2004). Kejayaan itu diraih lebih awal malam tadi (walaupun perlawanan masih berbaki 1 perlawanan) setelah mereka membelasah PDRM 6 -1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. Perlis yang sentiasa mengekori Selangor sejak awal musim tewas 1 -2 kepada KL Plus, sekali gus mengakibatkan mereka ketinggalan 7 mata di tempat ke-2 dan tidak mampu memintas Selangor lagi.
Pasukan Selangor Juara Liga Super 2009 (Ni gambar masa menang Piala Sumbangsih 2009 dulu)
Wira Merah berjersi biru kalah 0-1 kpd Kedah malam tadi.....

Pasukan pojaan gua, Kelantan pulak tewasssss 0 -1 kepada Kedah di Kota Bharu, menjadikan perjuangan untuk di tempat ke-3 liga berkuburrrrrr. Perlawanan terakhir Kelantan ialah menentang Johor FC Sabtu ni, kalau menang pun tidak akan mengubah kedudukan tapi kalau kalah lagi,,,, turun lagi leee kedudukan tuuu,,,, Takpo la, lepas ni tumpukan pada saingan Piala Malaysia la pulokkkkkk........

20 July 2009

TRANSFORMER (Pengubah)

Salam,
Sementara pilem 'Transformer 2' tengah panasss di pawagam skang ni, gua nak menyibuk skittt pasal 'transformer' nih !!. ...
Apa yang gua tahu (masa belajar Sains Tingkatan 1 dulu!!), 'transformer' adalah merupakan satu alat untuk mengubah (menurunkan atau menaikkan) voltan bagi arus ulang-alik.(Transformer juga dikenali sebagai Pengubah).Transformer berfungsi berdasarkan prinsip aruhan elektromagnet. Paham ?? Tak paham ??? Gua pun tak paham, bagi yang belajar atau yang ambik kursus elektrik mesti tau pasal 'transformer' ni.....
















Gambaran sebuah 'transformer' yang terdapat di Pencawang Elektrik TNB.

















Bilik untuk menempatkan 'transformer' di sebuah 'Sub-Station' TNB.









Optimus Prime~Transformer 2 "Revenge of the Fallen".

Gua tak berkesempatan lagi nak menonton pilem 'Transformer' yang 'ori', yang tak ori (pirate!) dah tengok, besttttt sangatttt tapi tak paham sbb xde 'subtitle'....
(Nak selit skit pasal bola~Malaysia tewas 2-3 dan 0-2 dalam dua perlawanan persahabatan menentang Manchester United sempena lawatan MU ke Asia.(MU 'Tour Asia') pada 18 & 20 Julai 2009 di Stadium Nasional Bukit Jalil........

13 July 2009

NATRAH MENINGGAL

Salam,
Gua dah baca kisah kematian Natrah sejak dari minggu lepas lagi, terdetik jugak hati nak 'mengulas' kisah Natrah tersebut.....tergerak hati sebab kisah Natrah ini telah menyebabkan gua 'terbabit' sama dalam filim niiiii....Sebenarnya nama gua sama dengan nama bekas suami Natrah itu....iaitu MANSOR ADABI, itu jeee, hi,hi,hi......


























Mansor Adabi (Bukan gua!) bersama Natrah zaman muda-muda(1950-an)
















Mansor Adabi (Gua le tu!) bersama "Natrah" (Gambar tahun 2009)


Kisah Natrah menjadi isu yang besar di Tanah Melayu pada tahun 1950-an lampau! Menjadi isu besar kerana melibatkan 'Konflik Agama' !(Islam dan Kristian) (Nak tahu lebih lanjut cari le kat internet).
Gua dah tahu kisah Natrah ni sejak kat sekolah menengah lagi (20 tahun lampau!). Cikgu bagitau yang nama gua kebetulan sama dengan Mansor Adabi suami Natrah itu, dan bercerita pasal 'Tragedi Natrah' tersebut...samping itu gua juga membaca sejarah kisah Natrah ini di majalah Dewan Masyarakat yang ditulis oleh Fatini Yaakob lewat 1980-an dulu.

Maria Bertha Hertogh atau Natrah Meninggal Dunia di Belanda
KUALA LUMPUR 9 Julai - Bertha Hertogh atau Natrah nama Islamnya pada satu ketika, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Huijgergen, Belanda semalam. beliau meninggal dunia akibat leukemia pada usia 72 tahun, menurut duta Malaysia di Belanda, Dr Fauziah Mohd Taib, menerusi e-mel kepada Bernama hari ini.
Bertha menjadi isu di Singapura pada 1950, akibat perebutan terhadapnya antara ibu angkatnya, Che Aminah dengan keluarga asal beliau yang berketurunan Belanda.
Bertha ketika itu berumur 13 tahun dan telah memeluk Islam dan bernikah gantung dengan seorang guru berusia 22 tahun bernama Mansor Adabi. Namun undang-undang British/Belanda tidak membenarkan wanita di bawah umur 18 tahun daripada berkahwin.
Natrah akhirnya diperintahkan supaya dipulangkan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda.
Keputusan mahkamah itu menimbulkan kemarahan masyarakat Islam di Singapura, sehingga berlaku rusuhan yang dikenali 'Rusuhan Natrah'. Dilaporkan seramai 18 orang terbunuh dan kira-kira 200 orang cedera dalam tragedi itu ketika mereka bertempur dengan tentera dan Polis British, sehingga Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama 2 hari 2 malam.
Dr Fauziah berkata, Natrah akhirnya pulang ke Belanda, namun hati dan perasaannya masih melekat di Malaysia, ketika itu. Natrah yang menggunakan nama Bertha pernah kembali ke rantau ini pada tahun 1999 untuk penggambaran filem dokumentari mengenai dirinya oleh sebuah syarikat televisyen Belanda.
"Menurut Bertha, beliau hanya berasa bahagia ketika zaman kanak-kanaknya" kata Dr.Fauziah. Sebuah filem mengenai Bertha arahan Ben Sombogaart dilaporkan akan dikeluarkan tahun depan. - Bernama
Petikan Utusan Malaysia @ 9/7/2009

Mengenai Mansor Adabi pulok, gua rasa kalau tak silap beliau dah meninggal dunia pada 1987 dulu, (gua baca suratkhabar masa tu !)
Wassalam.

07 July 2009

KELATE' BULEH

Salam,
Jangan mare ya, nak kecek pasal bola lagi. Malam ni Kelantan akan bertandang ke Stadium Bandaraya Pulau Pinang untuk bertemu pasukan Pulau Mutiara, Pulau Kapas, eh, Pulau Pinang !!.
Sabtu lepas Kelantan memungut 3 mata berharga selepas menewaskan Pahang 3 - 2 di Stadium Sultan Mohd iv, KB.( gua tengok 'live' kat TV 1 ) ...at last ! TV 1 siar jugak 'live' perlawanan pasukan Kelantan selepas berbulan-bulan asyikkkkkk pasukan 'itu' jeeeee.....















Gambar masa awal musim, penjaga gol masih lagi Halim Napi, sebelum kes rusuhan ari tu, sekarang Shahrizan dah ambik alih...

Sekarang Kelantan di kedudukan tempat ke-3 dengan 43 mata di belakang Selangor (54 mata) dan Perlis (52 mata). Mengekori rapat di belakang Kelantan ialah Kedah (42 mata) dan Terengganu (40 mata). Kelantan mesti menang malam ini untuk mengekalkan di kedudukan tempat ke-3 ini, kalau kalah mungkin akan dipintas oleh pasukan Kedah !!
Kelantan Bulllehhhh !!!!
( Update@8/7/2009 ~ Kelantan seri 1 - 1 dengan PP malam tadi, Kedah pulak membelasah PDRM 7 - 2, Terengganu menang 2 - 1 ke atas Pahang, jadi kedudukan liga sudah berubah,Kedah naik ke tempat ke-3 dengan 45 mata, manakala jengking Kelantan turun ke tempat ke-4 dengan 44 mata....)