10 March 2013

Kelantan Rebah di Kota Singa

Lions XII
TRW Rebah Diasak Lions XII
Singapura: Shahfiq Ghani muncul wira apabila jaringannya dua minit sebelum tamat perlawanan membantu Lions XII menewaskan Kelantan di Stadium Jalan Besar, malam tadi.
Kemenangan itu bukan saja menebus kekalahan tewas 1-2 kepada The Red Warriors (TRW) di gelanggang sama musim lalu, tetapi juga membolehkan anak buah V Sundramoorthy melonjak satu tangga di tempat ketiga liga dengan 17 mata.
Kekalahan Kelantan pula menyaksikan juara bertahan itu terus buntu mengukir kemenangan sekali gus menyaksikan skuad bimbingan Bojan Hodak kekal berada di pertengahan liga dengan 11 mata daripada 10 perlawanan.
Sebelum sepak mula, kedua-dua pasukan bertafakur selama seminit bagi menghormati anggota polis yang terkorban di Lahad Datu dan Semporna, Sabah dan kerjasama antara Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) serta Persatuan Bola sepak Singapura (FAS) itu mendapat sokongan penyokong Lions XII.
Lepas perangkap ofsaid
Sebaik aksi bermula, tuan rumah tampak garang apabila mengasak ke kubu TRW sehingga mencemaskan benteng pelawat apabila Shahfiq melepasi perangkap ofsaid namun penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat sempat menampan bola rembatan penyerang itu.
Malang buat pelawat apabila rembatan deras Keita Mandjou dari luar kotak penalti pada minit ke-11 yang tepat menerjah jaring dibatalkan pengadil perlawanan, Lismotia Mohen selepas mendapati penyerang import itu ofsaid sekali gus menyaksikan kedudukan 0-0 kekal hingga tamat babak pertama.
Ketika kedua-dua pasukan seolah-olah berpuas hati berkongsi mata, muncul Shahfiq yang bijak melepasi perangkap ofsaid apabila berlari pantas untuk menyambar bola sebelum mudah menolak masuk menewaskan Khairul Fahmi bagi memastikan kemenangan Lions XII pada minit ke-88.
Sumber : Berita Harian 
***
Hodak, TRW Tertekan
Kota Bharu: Kelab penyokong Kelantan mendesak Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) termasuk ketua jurulatih, Bojan Hodak ‘melakukan perubahan mendadak’ selepas juara tiga piala, musim lalu bergelut dengan prestasi tidak memuaskan.
Bagaimanapun, kelab penyokong masih tetap memberi kepercayaan kepada jurulatih berbangsa Croatia itu membimbing The Red Warriors (TRW) namun dengan syarat dia mencongak strategi baru untuk pasukan bangkit semula.
Timbalan Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (Kelate.net), Mahizi Mahmood berkata, beliau meminta pihak pengurusan KAFA dan Bojan menggunakan peluang menukar pemain menjelang masa pendaftaran semula pemain dibuka April ini dengan sebaik mungkin.
Masalah taktikal TRW
“Pihak pengurusan dan Bojan perlu bertindak dan melakukan sesuatu sebelum kita terus ketinggalan. Sekarang ini TRW masih berpeluang mengejar pasukan di tangga teratas dan memburu kejuaraan. Kedua-dua pihak perlu memperkasakan peluang menukar pemain April nanti dengan sebaik mungkin.
“Bukan niat saya masuk campur urusan jurulatih, namun apa saya lihat masalah ketara TRW adalah aspek taktikal. Bojan perlu membuat ramuan terbaik membentuk pasukan yang mampu bangkit untuk perlawanan seterusnya,” katanya di Kota Bharu, semalam.
Selain itu, Pengerusi Kelab Penyokong Rasmi Bola Sepak Kelantan, Mohd Yahya Jamada Ali turut menyifatkan taktikal Bojan yang banyak bermain dengan hantaran jauh dan menjadikan Keita Mandjou sebagai target utama tidak menjadi.
***
Kelantan Terhukum

Hanya kerana satu kesilapan, Kelantan terpaksa meninggalkan Stadium Jalan Besar dengan penuh penyesalan.
Jurulatih The Red Warriors menegaskan, pertembungan kedua-dua pasukan berlangsung seimbang. Malah tidak banyak peluang terbuka yang diciptakan tetapi mereka dihukum dengan jaringan Shahfiq Ghani dua minit sebelum masa sebenar tamat.
"Kami bertemu dengan pasukan Lions XII yang turun penuh dengan taktikal dan fizikal.
"Kami memberi mereka banyak sepakan percuma dan mereka cukup bagus dalam situasi itu. Tapi kami berjaya mengelak dibolosi.
"Akhirnya kami buat kesilapan di saat akhir untuk membenarkan mereka menjaringkan gol," tegasnya.
 
***
TSAM Beri Amaran Keras
SUSULAN  kekalahan  0-1 kepada Lions XII di Stadium Jalan Besar kelmarin, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa memberi amaran keras kepada pemainya yang dilihat gagal menyerlah dalam saingan Liga Super 2013.
Jelas Annuar, sekiranya sasaran yang diletakkkan oleh persatuan itu gagal dicapai, maka orang yang terlibat harus bertanggungjawab  dengan apa yang terjadi.
"Cukuplah alasan-alasan yang diberikan. Meskipun diberi segala-galanya dari musim lalu, tapi hasil amat menyedihkan.
"Jadi, jika KPI tidak dapat dicapai oleh orang yang dipertanggungjawabkan, maka pihak yang terlibat harus bertanggungjawab," kata Annuar di laman Facebooknya sejurus selepas perlawanan kelmarin.
Beliau berkata demikian kerana prestasi anak buah Bojan Hodak yang terus gagal mempamerkan aksi cemerlang apabila pasukan itu hanya meraih dua kemenangan dalam 10 perlawanan setakat ini.
Kelantan mencatat kekalahan ketiga apabila tewas 0-1 kepada Lions XII di Stadium Jalan Besar, Singapura.
Keputusan itu meletakkan Kelantan di kedudukan kelapan dengan mengutip 11 mata hasil 10 perlawanan setakat ini.
Mengulas lanjut, Annuar berkata,"sangat mengecewakan melihat The Red Warriors (TRW) beraksi malam tadi (kelmarin). Tak tahu apa lagi yang perlu dikata."
Annuar turut menjelaskan pergerakan yang lembik dilihat paling ketara dalam barisan pemain Kelantan.
"Tiada variasi dalam serangan dan pertukaran pemain yang dibuat sangat membinggungkan.
"Beberapa pemain baru juga tidak bermain mengikut tempo dan rentak TRW. Ia jelas pergerakan yang lembik," kata Annuar yang semakin resah dengan prestasi pasukan itu.
***
Tan Sri Annuar Musa@10-3-2013 
Berat jugak penangan bola ni..tidur tak jenero di buat nya..SELEPAS dah beri segala galanya lebih dari musim lalu tapi hasil amat menyedihkan..TAPI ketara beberapa pemain baru tidak bermain mengikut tempo dan rentak TRW..pergerakan yg lembab..tiada variasi dlm SERANGAN dan pertukaran pemain yg membingungkan..CUKUPLAH ALASAN ALASAN YG DIBERIKAN...jika KPI tidak di capai tak dapat tidak PIHAK YG DIBERI TANGGUNGJAWAB MESTI BERTANGGUNGJAWAB .. 
Tan Sri Annuar Musa@10-3-2013 
Sangat MENGECEWAKAN tengok TRW main mlm ni...TAK TAU APA NAK KATA...                  Yesterday at 5:44am near Singapore

07 March 2013

MSL: # 10 Lions XII Vs Kelantan

Stadium Jalan Besar Singapura
Perlawanan Ke-10 Liga Malaysia
Lions XII vs Kelantan@9/3/2013 (Sabtu) di Stadium Jalan Besar, Singapura.
Lions XII Optimis Benam Kelantan

PERTEMBUNGAN dua gergasi - Lions XII dan Kelantan dalam aksi Liga Super di Stadium Jalan Besar, Singapura Sabtu ini (9-3-2013) bakal menjanjikan aksi yang cukup mendebarkan buat peminat fanatik kedua-dua pasukan.
Kelebihan beraksi di atas permukaan padang tiruan pastinya dimanfaatkan sepenuhnya buat skuad kendalian V. Sundramoorthy melakar kemenangan bergaya.
Kekecewaan gagal membawa pulang tiga mata berharga apabila sekadar seri tanpa jaringan dengan pasukan bawahan liga, Felda United kelmarin juga mahu dilupakan segera oleh Sundramoorthy.
Beliau memberitahu, barisan pemainnya diharap tidak kehilangan fokus dengan meneruskan rentak permainan terbaik ketika berdepan The Red Warriors kelak.
"Saya percaya persembahan kami lebih baik ketika beraksi di laman sendiri, justeru saya harap kami dapat bermain dengan lebih baik pada perlawanan seterusnya (berdepan Kelantan)," katanya.
Begitupun, rekod pertemuan kedua-dua pasukan di Stadium Jalan Besar dalam saingan Liga Super musim lalu dilihat tidak memihak kepada Lions XII apabila tumpas 1-2 kepada Kelantan, selain Sang Kijang juga cemerlang di Kota Bharu apabila menang selesa 3-0.
Ketika ini, Sang Singa masih selesa di tangga ketiga liga apabila mengutip 14 mata, tiga mata di depan Kelantan di tangga keenam.
Mengulas mengenai pertemuan berdepan Felda United kelmarin, jelas Sundramoorthy, beliau tetap berpuas hati dengan persembahan anak-anak buahnya mencuri satu mata.
Pada masa sama, beliau juga memuji kekebalan benteng pertahanan pasukannya menyerap serangan tuan rumah biarpun tempang beraksi dengan 10 pemain selepas Baihakki Khaizan dibuang padang.
"Kami terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada perlawanan ini selepas kehilangan Baihakki.
"Namun saya tetap berpuas hati dengan keputusan ini," katanya.
Selepas berdepan Kelantan nanti, Lions XII bakal melayan kunjungan Negeri Sembilan (30 Mac) di Stadium Jalan Besar sebelum menanti kunjungan Perak juga di stadium sama seminggu kemudian.
***
Selepas AFC CUP  kita ada match paling sukar hari Sabtu (9/3/20120 di Spore di atas padang rumput tiruan..semua team lain sudah di baham singa di sana..PAHANG KENA 0-3...mungkin Bojan terpaksa rehatkan beberapa pemain senior spt Obinna,PIYA dan INDRA DAN FARHAN...BIAR MEREKA PULIH BETUL BETUL..kita punya cukup pemain utk kita rotate...INILAH SAAT DAYA TAHAN PASUKAN AKAN DIUJI.... 

06 March 2013

Eksperimen Bojan Gagal Lagi?

Keputusan Penuh Piala AFC 2013 : Kelantan 1 - 1 Maziya Sport & Recreation
Kelantan gagal menggunakan kesempatan bermain digelanggang sendiri apabila hanya mampu seri 1-1 dalam perlawanan pembukaan Piala AFC.
Percaturan ketua jurulatih Kelantan,Bojan Hodak yang tidak menyenaraikan kapten Badri Radzi serta pemain berpengalaman lain hampir memakan diri apabila Maziya terlebih dahulu menjaringkan gol di separuh masa kedua.
Bojan yang menyedari kesilapan beliau terus membuat pertukaran dengan mengeluarkan Zairol dan memasukkan Badri dan Indra yang menyaksikan kebangkitan Kelantan yang berjaya menjaringkan gol menerusi Badri.
Alangkah ruginya pada malam ini Kelantan gagal mengutip tiga mata penuh kerana lawan kita selepas ini adalah pasukan kuat dari liga Myanmar dan Vietnam.
Andai Kelantan ingin melangkah jauh Bojan tidak perlu lagi memasukkan 'skuad eksperimen' tetapi sebaliknya memasukkan 'skuad impian' bagi mengarungi perlawanan seterusnya.
***
Ulasan Kelantan Vs Maziya Sport & Recreation (Maldives)
TRW sudah menunjukkan mutu permainan 2012 dan jika dilihat masuk 26 saat permainan, Dimi sudah mula menunjukkan prestasi sbg pemain harapan. dan pada minit pertama hantaran dan skil individu setiap pemain boleh dipuji cuma daudsu dan iwe solah shj yang kurang memberi impak pada masa pertama kerana terlalu hilang fokus, cubaan demi cubaan dari barisan serangan amat kagum cuma kita tertewas dengan larian pantas dari pasukan MAZIYA yang sentiasa mencari peluang untuk mlakukan "counter attack" namun Lek dan Pok Nik serta Zamri dan Daudsu bijak mengawal benteng.

Pada separuh masa kedua, jentera tengah TRW sudah hilang fokus terutama faiz subri dan iwe solah dan juga kekentalan DMF pasukan Maziya serta pertahanan Maziya amat cemerlang mengekang asakan dari TRW, dan kesilapan sedikit dari benteng serta jentera tengah menyebabkan Maziya menghasilkan gol dan Apex memberi aksi gopoh gapahnya, namun Kemasukan PIYA, Kapten Marvel dan Indra meningkatkan permainan dan 3 cubaan yang menewaskan penjaga gol Maziya itu harus dipuji kerana kita mempunyai barisan serangan yang berjaya mengucar kacirkan pertahanan lawan.
 
Apa2 pun admin berpendapat, permainan sudah meningkat dari perlawanan sebelumnya dan bagi menjawab persoalan kenapa BEN 10 tidak bermain dan PIYA n INDRA tidak diberi bermain separuh masa pertama kerana sabtu ini kita akan bertandang ke Singapura dimana mereka menggunakan rumput tiruan jadi bagi mengekalkan stamina PIYA, BEN 10 dan INDRA, bojan menurukan skuad AFC yang hebat!