27 April 2010

Kitab Ilmu Pokok-Pokok

Salam,
Skang ni tengah sibuk 'berguru' dengan sebuah kitab lama yang purbakala untuk panduan pekerjaan gua setiap hari. Kitab ni sangat penting untuk gua (dan juga sapa-sapa yang kerjanya terlibat dengan pokok-pokok) bagi mengenalpasti spesis-spesis yang sesuai untuk digunakan dalam projek yang dijalankan.























Kitab ini terkarang oleh F.G. Browne, dipinda dan ditambah oleh Ismail bin Haji Ali, cetak yang keempat 1974 dan diterbitkan oleh Kementerian Tanah, Galian dan Tugas-Tugas Khas, Kolej dan Sekolah Perhutanan, Jabatan Perhutanan, Semenanjung Malaysia 1974. (Buku ni gua jumpa kat Bilik Sumber opisss(dalam bentuk salinan fotostat),,, ada sesapa yang memiliki buku ini yang asal/ori?????.....

21 April 2010

Menang dan Menang...

Mula-mula sekali,,,,tahniah sebab menang, dan menang, (harapnya menang lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii)
Gambo ihsan(bukan royalti) dari Sangkunang
Setelah lebih sebulan 'berehat' panjang, Kelantan meneruskan saingan Liga Super tahun ni dengan dua kemenangan berturut-turut. Pada 17/4/2010 lepas Kelantan menewaskan Juara Piala FA yang baru dinobat, Negeri Sembilan 3-1 di Paroi.
Malam tadi pulok(20/4/2010), di Kota Bharu, Kelantan menang lagi 3-0 menentang Kuala Lumpur. Sekarang Kelantan di tempat 3/4 ( sama mata dengan Johor Fc, 22 mata), di belakang Terengganu dan Selangor.
Ini le yang gua, penduduk kampung, ketua kampung, peminat dan penyokong Red Warrior mahu,,,harapnya jangan terbantut setakat ini saja, teruskan rentak kemenangan ini dalam perlawanan seterusnya.
Pah ni ( Sabtu 24/4/2010) kelantan akan bertandang ke KL menentang KL Plus.

***Update@24/4/2010_Kelantan menang lagi,,,,,menewaskan KL Plus 3-0 di Stadium MBPJ Kelana Jaya sebentar tadi.

12 March 2010

Seri la pulok...

Salam,

Sebentar tadi(12/3/2010) Kelantan berdepan pendahulu Liga Super Selangor, di Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu.........Keputusannya,,,,,, seri tanpa jaringan (0-0),,,,,,,seri lagi,,,,,pakar seri nampaknyaaaaaaaa,,,,,,,
Untuk rekod, Kelantan tidak pernah menang ke atas Selangor sejak kembali ke saingan Liga Super,,,,,,,,
Liga Super akan berehat selama sebulan, akan bersambung semula pada 17/4/2010 nanti,,,,,dimana kelantan akan berdepan dengan Negeri Sembilan di tempat lawan,,,,

08 March 2010

Penang Lagi....

Salam,
Gua pegi jalan-jalan lagi,,,,sementara masih sihat, masih boleh berjalan ni, berjalan-jalan lah(bukan Pergi jalaannnn dah!!!!),,,,kalau tak nak berjalan, boleh berlari, merangkak atau boleh juga naik bas,,,,
Destinasi???? Penang,,,Penang lagi???,,,okey lah tu,,, tahun lepas dah gi Penang, tapi tak sempat nak pusing habis, so bersambung leee pada tahun ni,,,,,,,


"Night Market" @ Batu Ferringhi
Bila pegi???? 5-7 Mac lalu,,,3 hari 2 malam je,,,dok kat mana???? Gua menginap di Mount Pleasure(Bukit Ria) dekat-dekat dengan Batu Ferringgi.


"Toy Museum" @ Tanjung Bungah
Aktiviti???? Saja jalan-jalan, tengok-tengok tempat orang,,,,Tempat yang dilawati???? Dalam masa yang terhad tu, sempat le pegi ke beberapa tempat~jalan-jalan di"Night Market" kat Batu Ferringhi, melawat Muzium Toy yang katanya terbesar di dunia, betul ke????,tengok cam biasa-biasa jeeee,,,,,singgah pulak kat Kedai (kilang) Coklat dan Coffe,


Penang Botanical Garden
Pah tu gi pusing-pusing Taman Botani dengan tram/syatel,,,bisa la kat taman, ada pokok-pokok, ada bunga-bunga, dan ada juga monyet-monyet,,,,kat depan(entrance) taman botani ni tengah ada 'construction',,,,nampak cam nak buat 'mini park' jer,,,nanti bila siap nak datang balik sini,,,,


Masjid Terapung @ Tanjung Bungah
Menjenguk sebentar Masjid Terapung kat Tanjung Bungah.( katanya semasa tragedi Tsunami dulu, masjid ni terselamat,,,,,,)
Melawat juga kilang batik kat Batu Ferringhi(macam tak pernah tengok kilang batik!!! kat Kelantan lagi banyakkk daaa!!!!)


Tropical Fruit Farm @ Teluk Bahang??
Lawatan penuh informasi ke ''Tropical Fruit Farm"kat Teluk Bahang (atas skittt Teluk Bahang), penerangan terperinci berkaitan buah-buahan tropika seperti durian, pisang, nenas, jambu, kelapa dan sentul (tak termasuk buah epal dan buah fikiran,,,,,,terpegun pelancong-pelancong Arab dan Mat Saleh tu mendengar cerita dan celoteh dari Encik Ali(Pembantu Ladang) ,,,,


Pantai Batu Ferringhi
Akhir sekali, sebelum balik sempat tinjau-tinjau pantai Batu Ferringhi, cantik pantainyaaaaa,,,,berbatu-batu,,,dan berpasir-pasirrrr,,,,
(Nanti tahun depan datang lagiiiiiii,,,,,,,,,,)

07 March 2010

Kemenangan Moral

Setelah berehat lebih 2 minggu,(bukan berehat dalam erti kata sebenarnya, selepas tewas kepada Kedah dlm pusingan kedua Piala FA, sementara menunggu untuk meneruskan Liga Super, Kelantan sempat lagi mengadakan perlawanan persahabatan menentang kelab Balestier Fc dari Singapura),

Malam tadi Kelantan meneruskan saingan Liga Super menentang T-Team di Kuala Terengganu,,,,,,keputusannya Kelantan menang tipis 1-0 jaringan Azizi Mat Rose.(Ooookey lah tuuu!!)
Ini merupakan kemenangan pertama Kelantan di gelanggang lawan. Kemenangan ini diharap memberi suntikan moral untuk menghadapi Selangor pada 12/3/2010 (Jumaat) nanti. Dengan kemenangan ini, Kelantan memungut 15 mata dan melonjakkan sedikit kedudukan Kelantan di tempat ke-4 liga di belakang Johor Fc(16 mata), Terengganu(17 mata) dan Selangor(22 mata).