07 March 2010

Kemenangan Moral

Setelah berehat lebih 2 minggu,(bukan berehat dalam erti kata sebenarnya, selepas tewas kepada Kedah dlm pusingan kedua Piala FA, sementara menunggu untuk meneruskan Liga Super, Kelantan sempat lagi mengadakan perlawanan persahabatan menentang kelab Balestier Fc dari Singapura),

Malam tadi Kelantan meneruskan saingan Liga Super menentang T-Team di Kuala Terengganu,,,,,,keputusannya Kelantan menang tipis 1-0 jaringan Azizi Mat Rose.(Ooookey lah tuuu!!)
Ini merupakan kemenangan pertama Kelantan di gelanggang lawan. Kemenangan ini diharap memberi suntikan moral untuk menghadapi Selangor pada 12/3/2010 (Jumaat) nanti. Dengan kemenangan ini, Kelantan memungut 15 mata dan melonjakkan sedikit kedudukan Kelantan di tempat ke-4 liga di belakang Johor Fc(16 mata), Terengganu(17 mata) dan Selangor(22 mata).

1 comment:

Anonymous said...

teruskan rentak kemenangan menentang Selangor nanti,,,