14 November 2012

FAM: Artikel Antara Dua Darjat?

Kenyataan Setiausaha Agong FAM Datuk Azzudin Ahmad di dada akhbar surat khabar tempatan hari ini boleh dianggap kenyataan untuk memperbodohkan rakyat Malaysia yang cerdik pandai. Biarlah apapun alasannya jika Artikel 88 dijadikan sandaran, peraturan ini hanya menetapkan hanya Presiden dan Setiausaha Agong boleh mengeluarkan kenyataan kepada media, tiada pula klausa yang mengatakan Timbalan Presiden yang memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal skuad Harimau Malaya boleh mengeluarkan kenyataan di media atau manalah tahu mungkin ada klausa yang hanya boleh dilihat oleh kepimpinan FAM sahaja.

Jika kejayaan yang dikecapi pasukan Kelantan semasa pimpinan Tan Sri Hj Annuar Musa dijadikan ukuran, teguran Tan Sri Hj Annuar Musa dilihat lebih ikhlas untuk melihat sebuah kejayaan kepada pasukan negara. Beliau bercakap diatas pengalaman yang diperolehinya sepanjang lebih 4 tahun membangun pasukan yang tiada nilai juara kepada sebuah pasukan juara yang digeruni di Malaysia. Dengan dana yang terhad Tan Sri Hj Annuar Musa mampu mencipta kegemilangan bolasepak Kelantan. Peluang terpilih jawatan Timbalan Presiden II FAM ingin dijadikan peluang untuk merubah kejayaan bolasepak Malaysia, namun apakan daya setiap langkah Tan Sri Hj Annuar Musa dipandang serong oleh barisan pengampu dalam FAM.
Gambar tiada kaitan dengan artikel ini...



                                                                                      
Setiap teguran ikhlas Tan Sri Hj Annuar Musa dianggap negatif dan kini sudah 7 bulan beliau menjalani hukuman selama 2 tahun setengah yang dikenakan keatasnya kerana menegur tahap kemajuan skuad Malaysia dan selepas 7 bulan, teguran seperti ini diluahkan oleh Timbalan Presiden FAM I pula tetapi tidak dianggap negatif mahupun melanggar peraturan.
Inilah kuasa dan takdir Allah yang ingin membuka mata dan hati seluruh pencinta bolasepak untuk melihat isu ini dan layanan berat sebelah FAM dalam menangani isu ini. Peraturan yang dibuat akhirnya diludah oleh mereka sendiri sahaja demi menjaga kepentingan peribadi dan kuasa mereka, jauh sekali mereka ini ikhlas ingin melihat kemajuan bolasepak Malaysia kerana bolasepak Malaysia tiada ranking yang perlu ditakuti, cukuplah sekadar memenangi Piala AFF Suzuki.
Sepandai-pandai kaki temberang akhirnya pecah juga tembelang didada media. Kini rakyat Malaysia bolehlah menilai sendiri kepimpinan FAM yang ada dan mengapa bolasepak Malaysia masih di takuk lama. Anda lebih bijak untuk menilainya daripada mereka yang pandai mengampu demi menjaga jawatan mereka. GOMO FAM GOMO....ARTIKEL 88 elok tukarkan kepada ARTIKEL DUA DARJAT...

Sumber:-http://www.theredwarriors.com/

No comments: