01 November 2009

KELANTAN lakar SEJARAH

Salam,
Alhamdulillah!
Kelantan berjaya ke final Piala Malaysia 2009 selepas membenam Perlis 3-1 di Stadium Utama, Kangar malam tadi,menjadikan agriget 5-1 selepas menang 2-0 di Kota Bharu.(Melakar sejarah mara ke final Piala Malaysia buat kali PERTAMA dalam tempoh 39 tahun!! lama tuuu)

Pemain Kelantan meraikan kemenangan 3-1 ke atas Perlis malam tadi(gambar dari Berita Harian)
Berdebar-debar gak malam tadi tengok 'live' kat TV1, maklumlah takut lain pulak jadi, babak awal perlawanan menyaksikan Perlis bertubi-tubi mengasak kubu Kelantan untuk mengurangkan defisit gol, tapi bila Kelantan dah 'score' gol pertama tu, lega skittt rasa, Tahniah Kelantan!tahniah Farhan yang menjaringkan 3 gol malam tadi.
Final nanti (Sabtu@7/11/2009) menyaksikan Kelantan menentang Negeri Sembilan yang menang 3-1 ke atas Terengganu di Kuala Terengganu.(NS menang dengan agriget 4-1)
***
Man U pulak menang 2-0 ke atas Blackburn Rovers dalam saingan EPL pagi tadi.(ingat nak turun ke kedai mamak,memandangkan perlawanan jam 1.30 pagi,habis pulak kol 3.30 pagi...gua pikir baik le gua 'memamakkan' diri kat umah jer laaaa...itu le,'time' gua tak gi tengok,dia (Man U) menang!!bila 'time' tengok bagai nak rak, dia kaloh pulokkk!!!!)....

1 comment:

SangKunang said...

sejarah mara selepas 39 taun sudah tercapai..
tahniah blako puok kito..
kini tinggal 90 minit lagi jadi penentu lakaran sejarah terbesar dan teragung untuk jadi milik kito..

berdoa laa blako. jange kecewo lagi.
ni peluang terbaik.. pecohkan tradisi.
kito bakal jadi
KING OF MALAYA !!!