Lupakan sekejap pasal Kelantan(dan penyokong-penyokongnya yang tak bertamadun itu!!), nanti musim depan (2010) boleh cerita lagi, moga-moga tak berlaku lagi la kejadian bodooooohhh tersebut! Bila semua ni berlaku sapa yang malu??? orang Kelantan jugak yang malu! Sapa yang susah?? KAFA jugak yang susah! kena denda, kena bayar ganti rugi, kena itu, kena ini, kena macam-macammm lagiiiiiiii....Walau apapun yang berlaku selepas ini, persepsi negatif terhadap Kelantan sukar diubah lagi, maruah dah tercalar, lumpur dah terpalit, muka dah kena conteng, kat mana nak letak muka????
Taman Tasik Ampang Hilir(nampak KL Tower & KLCC ???)
Untuk meredakan 'ketidakpuasan' hati, terkilan, terkelempap, terkelendat dan macam-macam 'ter' lagi terhadap kekalahan Kelantan dan protes terhadap sikap segelintir penyokong-penyokong Kelantan, gua petang semalam membawa diri ( dan membawa isteri) ke sebuah taman tasik bagi menenangkan fikiran yang berserabut disebabkan kejadian tersebut....
Pemandangan indah menjelang senja di tepi tasik, mendamaikan...

Banyak 'exercise' yang boleh dilakukan di sini antaranya bergayut,bergayut sambil bergerak(betul ke istilah ni??)mendagu,menlutut,mendahi dan meregang badan!!! Selepas bersenam sedikit sebanyak tersebut badan dah rasa lega, otak pun dah lega, kepala pun ringan dan rasa semangat nak menonton EPL malam ni....
***
Kepada segelintir penyokong-penyokong Kelantan yang membuat onar malam tu, sedar le perbuatan anda tidak dapat diterima akal sama-sekali!!! Perbuatan membakar mercun, membaling objek, membakar kerusi penonton dan segala macam tindakan yang mengaibkan adalah sangat-sangat dikesali!!tak sepatutnya dilakukan oleh mereka yang waras pemikirannya!! Kelate oh Kelate!Apa nak jadi ni???? Layan EPL lagi bagusss!! Sepanjang dok tengok EPL tak dok pula tengok penonton bakar kerusi!!!!!