25 August 2009

BUBUR LAMBOK Pak Hassan

Salam,
Bila tiba je bulan Ramadhan, kat KL ni paling 'femes' ialah bubur lambok. Gua kenal bubur lambok ni sejak dok KL lah, sebelum ni tak kenal pun bubur lambok sebab kat kampung gua (kat Los Angeles,, eh Kelantan!) takde bubur lambok,,,bubur kacang, bubur jagung, bubur asyura ada le!!
Sejak mengenali bubur lambok, gua dah menjadi penggemar bubur lambok tahap lapan!! Rasanya yang sedap dan berkhasiat sesuai la buat berbuka puasa, tak payah makan benda lain dah, cukup dengan bubur lamboooooookkkkkk je,,,,,,,,,,,,,,


Seawal pagi lagi Pak Hassan & pembantu beliau membuat persediaan menyediakan bubur lambok.
Semua orang tahu bubur lambok yang terkenal kat KL ialah Bubur Lambok Masjid Jamek Kg Baru,,,,,tapi tak semua orang tahu ada satu lagi bubur lambok yang terkenal kat Kampung Baru ni, iaitu Bubur Lambok Pak Hassan.

















Terkenal jugak la Bubur Lambok Pak Hassan ni, tak kalah kalau nak dibandingkan dengan bubur lambok Masjid Jamek Kg.Baru, peminat@penggemar pun ramaiiiiiiiiiiiiiiiii (sama ramai macam yang beratur kat Masjid Kg.Baru !!). Lokasi(bubur lambok Pak Hassan) terletak di Jalan Raja Abdullah, tidak berapa jauh dari Masjid Jamek Kg.Baru, berhadapan pulak dangan opih gua!!

















Sepanjang bulan Ramadhan ni, tiap-tiap hari bermula jam 4.00 petang Pak Hassan akan mengagih-agihkan bubur lamboknya kepada orang-ramai secara PERCUMA ! Datang le ke sini (Kg.Baru) utk dapatkan bubur lambok, tapi kena beratuuuuur la skit, orang ramai sangat, kena datang awal, lewat kalu tinggal bau je la!!!!
Hidup Pak Hassan !!!~Semoga amal jariah anda diberkati Allah SWT.
(***Kalau sempat, gua pun turut sama-sama beratur untuk dapatkan bubur Pak Hassan ni!!)

No comments: