31 August 2009

MERDEKA!

Salam,
Hari ni 31 hb Ogos 2009 bersamaan 10 hb Ramadhan 1430 Hijrah.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara ke 52 tahun dan Selamat Meneruskan Ibadah Puasa.

***Merdeka ialah membebaskan diri dari menghambakan diri kepada sesama manusia kepada menghambakan diri kepada Allah SWT sahaja.
Merdeka ialah keluar dari kezaliman dan berada di dalam suasana yang adil. Keluar dari kegelapan sistem taghut kepada cahaya sistem Allah.
Adakah kita sudah merdeka???
Adakah gua sudah merdeka???

25 August 2009

BUBUR LAMBOK Pak Hassan

Salam,
Bila tiba je bulan Ramadhan, kat KL ni paling 'femes' ialah bubur lambok. Gua kenal bubur lambok ni sejak dok KL lah, sebelum ni tak kenal pun bubur lambok sebab kat kampung gua (kat Los Angeles,, eh Kelantan!) takde bubur lambok,,,bubur kacang, bubur jagung, bubur asyura ada le!!
Sejak mengenali bubur lambok, gua dah menjadi penggemar bubur lambok tahap lapan!! Rasanya yang sedap dan berkhasiat sesuai la buat berbuka puasa, tak payah makan benda lain dah, cukup dengan bubur lamboooooookkkkkk je,,,,,,,,,,,,,,


Seawal pagi lagi Pak Hassan & pembantu beliau membuat persediaan menyediakan bubur lambok.
Semua orang tahu bubur lambok yang terkenal kat KL ialah Bubur Lambok Masjid Jamek Kg Baru,,,,,tapi tak semua orang tahu ada satu lagi bubur lambok yang terkenal kat Kampung Baru ni, iaitu Bubur Lambok Pak Hassan.

















Terkenal jugak la Bubur Lambok Pak Hassan ni, tak kalah kalau nak dibandingkan dengan bubur lambok Masjid Jamek Kg.Baru, peminat@penggemar pun ramaiiiiiiiiiiiiiiiii (sama ramai macam yang beratur kat Masjid Kg.Baru !!). Lokasi(bubur lambok Pak Hassan) terletak di Jalan Raja Abdullah, tidak berapa jauh dari Masjid Jamek Kg.Baru, berhadapan pulak dangan opih gua!!

















Sepanjang bulan Ramadhan ni, tiap-tiap hari bermula jam 4.00 petang Pak Hassan akan mengagih-agihkan bubur lamboknya kepada orang-ramai secara PERCUMA ! Datang le ke sini (Kg.Baru) utk dapatkan bubur lambok, tapi kena beratuuuuur la skit, orang ramai sangat, kena datang awal, lewat kalu tinggal bau je la!!!!
Hidup Pak Hassan !!!~Semoga amal jariah anda diberkati Allah SWT.
(***Kalau sempat, gua pun turut sama-sama beratur untuk dapatkan bubur Pak Hassan ni!!)

23 August 2009

EPL DAH MULA !

Salam,
Sebenarnya English Premier League (EPL) musim 2009/2010 dah bermula hampir 2 minggu lalu, tapi gua tak berkesempatan nak 'conteng-conteng'.
Setakat hari ni, pasukan kegemaran gua (Man. United) sudah bermain 3 kali, Perlawanan pertama menewaskan Birmingham 1-0, kedua tewas mengejut 0-1 kepada pasukan tak terkenal, Burnley dan sekejap tadi menewaskan Wigan Athletic 5-0.(Baru sat balik dari Restoren Mamak!!). Skang ni MU dah mengumpul 6 mata. Pasukan 2 lain tu malas lah nak cerita.















Hero baru MU, Michael Ketuhar(Owen),jaringkan 1 gol ketika kalahkan Wigan.














Wayne Rooney, dah jaringkan 3 gol setakat ini....

***Hari ni 23/8/2009 bersamaan 2 Ramadhan 1430 H, bermakna dah masuk 2 hari kita berpuasa, SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA.

19 August 2009

SALAM RAMADHAN 1430 H

Salam,
Hari ni dah 28 Syaaban 1430H, esok tengok anak bulan, mungkin Jumaat atau Sabtu umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan.
Sempena kedatangan bulan yang mulia ini, gua mengucapkan "Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak & Selamat Berpuasa" kepada seluruh Muslimin-Muslimat walau di mana berada.


















Masa berbuka posa beberapa tahun lepas (Masjid Al-Makmuriah,Kg.Sg.Kayu Ara,D'sara Utama,PJ,Selangor)

Sama-samalah kita mencari kelebihan di bulan Ramadhan ini dengan berpuasa, bertarawikh, bertadarrus, bersedekah dan seumpamanya untuk mendapat keredhaan Allah!..
Wassalam.

03 August 2009

FLORIA PUTRAJAYA

Salam,
Sekarang ni sedang berlangsung Festival Bunga dan Taman Putrajaya (Floria 2009), bertempat di Pesisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya. Festival selama 9 hari ini bermula Sabtu lalu (1 Ogos) dan akan berakhir 9 Ogos ini. Ia di buka dari 9.00 pagi sehingga 10 malam. Masuk adalah pree dan percuma !!. Bertemakan "Kemeriahan Warna", festival ini menampilkan 400,000 jenis bunga-bungaan, pelbagai spesis orkid dan tanaman hiasan. Festival ini merangkumi pameran Taman Korporat, Taman Universiti dan Sekolah, Taman Agro Ornamental, Mart Hortikultur, Laman Seni dan macam-macam adaaaa!! (Plot/laman dari Jabatan gua pun adaaa!!!!).

Gambar-Gambar Sekitar Floria















Pintu Masuk ke Tapak Floria















Majlis Perasmian Floria oleh Datin Rosmah Mansor















Laman dari Universiti Lim Kok Wing














Laman dari Jabatan gua !!















Laman dari jabatan orang lain,,,












Laman dari jabatan orang lain,,,












Pengunjung berpusu-pusu datang!kelihatan gua tengah menangkap ikan (tiada dalam gambar)
















Gua & Rombongan Encik Kiah turut sama memeriahkan festival tahun ini..















Pandangan dari sudut 45 darjah
Datang le ke sini untuk menyaksikan 'kemeriahan warna' setiap plot/laman yang direkabentuk dan dihias dengan bunga-bungaan. Selain dari menyaksikan pameran, kita juga boleh membeli produk-produk yang dijual, ada juga demonstrasi dan ceramah perkebunan serta teknik-teknik penanaman bunga......Moh le !!!

02 August 2009

KELANTAN NO.6

Salam,
Liga Super sudahpun tiba ke penghujungnya pada Sabtu lepas. Sepertimana yang sudah diketahui dari awal, Selangor menjuarai Liga Super (2009) ini buat kali pertama(63 mata). Perlis pula ditempat ke-2 setelah menewaskan PDRM 2 - 1, Kedah di tempat ke-3 menumpaskan Pulau Pinang 1 - 0. Johor FC di tempat ke-4 setelah menumpaskan Kelantan 2 - 1.
Kelantan ??? jatuh ke tempat ke-6,,,, setelah suatu ketika berada dipuncak liga, kemudian turun ke tangga ke-2, turun lagi ke tangga ke-3, dan akhirnya dipenamat saingan liga terpaksa le berpuas-hati di kedudukan ke-6 liga. Anugerah Kasut Emas (penjaring terbanyak) dimenangi oleh Nizarudin Yusof (Perlis) dengan 18 gol.











Juara Liga Super 2009~Selangor
















Naib Juara~Perlis (Singa Utara)














Tempat ke 3~Kedah (Kenari)












Tempat ke 4~Johor FC












Tempat ke 5~Terengganu














Tempat ke 6~Kelantan
ke 7 Negeri Sembilan, ke 8 KL Plus, ke 9 Kuala Muda Naza, ke 10 Perak, ke 11 UPB MyTeam, ke 12 Pulau Pinang, ke 13 Pahang dan ke 14 Polis (PDRM).
Saingan Piala Malaysia pula akan bermula September nanti.(lepas Raya kot ???). Liga Premier Inggeris (EPL) pun lambat lagi nak mula, Jadi buat sementara ni berenti jap cerita pasal bola...