27 May 2009

HIJAU ITU INDAH

Salam,
Sedang dok merayau-rayau dari satu blog ke satu blog (tak termasuk batu blok !!!) , gue terjumpa dan tertarik pada satu gambo nih !!...Gambo tu gua curik kat --> SINI

















Gambar dari blog amirmu blogspot

Billboard ni rasanya dipasang oleh Kerajaan Negeri Kelantan/MPKB di sekitar bandar Kota Bharu, apa-apapun maksudnya, maksud tersirat, maksud tersurat, hatta maksud ter'sirap' ter'oren', ter'kopi' atau seumpamanya, fikir-fikirlah sendiri, ambiklah dari sudut positif !!!.bukannya dari sudut politik !!! tapi..kalu nak ambik dari sudut politikpun apa salahnya kan???.... inilah menunjukkan ke'kreatif'an Kerajaan Kelantan !! Think green, think Kelantan !!

Bagi gue, hijau tu memang indah, memang cantik !! kehidupan gue hari-hari ( baca:pekerjaan gue hari-hari ) memang tak boleh lari dari' hijau'.... Hijau dah sebati dalam hidup, gue memang terlibat secara langsung dengan 'aktiviti' mengHIJAUkan bumi ni, keje gue ada kaitan dengan tanam-tanam pokok, merekabentuk taman-taman, gue keje dalam bidang Landskapppp !!!!!!!

So, moral of the story, pakat-pakat lah kita tanam pokok !! 'Hijau'kanlah bumi kita ni, mulakan tanam pokok sebelum kita ditanam.( pokok) hi,hi,hi, (Falsampah baru ni !!) ( Pautan/link untuk tanam pokok ada kat sebelah yaaa !!!) sama-samalah kita hijau kan bumi kita yang dah tak berapa nak hijau ni......
'Satu kelahiran satu pokok'....bukan rokok !!!!

Adiosssss !!!! Toyota Viosssss....

(P/s: Malam tadi Kelate menewaskan KL Plus 1 - 0, menang jugak setelah mengalami 4 kekalahan berturut-turut !!....malam ni pulak nak tengok final Liga Juara-Juara pulokkk,(MU vs Barca) itupun kalu larat la !! main pukul 2.00 pagi tu, esoooook keje pulokkkk....)

3 comments:

Muhammad Rafiq Hasrudin said...

hehe.
hijau bagus.
warna kesukaan nabi.

Azlieza Zain said...

ija... mc lija suko...

KhaL said...

hijau best
tapi iklan tu 'makan dalam'
hehehehe