20 April 2009

MEMBANGGAKAN !!!!

Salam,

Kalau "post" sebelum ini adalah "Memalukan"!!!, hari ni gue nak ucapkan TAHNIAH kepada pasukan bolasepak Kelantan, tahniah kerana MEMBANGGAKAN seluruh penyokong bolasepak Kelantan termasuk gue.Membanggakan kerana berjaya mara ke final Piala FA. Setelah menunggu selama hampir 39 tahun untuk menjulang salah satu piala kebanggaan peringkat negara, akhirnyaaaaaaaa......kita tunggu pada 25 / 4 / 2009 ini di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kelantan akan berdepan dengan Selangor untuk menentukan pasukan manakah bakal juara Piala FA 2009 ....

(Kelantan layak ke final Piala FA setelah menewaskan Negeri Sembilan 2 - 1, menjadikan agregat 2 - 2, dan mara ke final dengan peraturan jaringan di tempat lawan. ~ Pada perlawanan di Kota Bharu, Kelantan tewas 0- 1 )



























Pasukan "Red Warrior" disambut meriah oleh penyokong2 mereka di lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa semalam. Gambar ambik dari Utusan Online.

Bagi gue dapat masuk final pun dah kira menang !! apatah lagi kalau menang dalam final nanti, maklumlah bukenyo seney nok masuk finallllll.....
Apapun gue harap Kelantan tidak mudah cepat berpuas hati dengan pencapaian ini, berikan persembahan terbaik pada final nanti, kalah menang adat bertanding, tapi kalau buleh nak tengok Kelate' Juaraaaaaaaa, Kelantan Bulllleeeeeeehhhhhh!!!!!!!!.....

1 comment:

Anonymous said...

banggaaaa woooooo...