12 January 2009

LANGKAWI

Salam,
Selamat Tahun Baru Hijrah 1430 H
Selamat Tahun Baru Masehi 2009

Sempena cuti panjang hujung tahun lepas (cuti hujung tahun) gue ambil kesempatan
untuk bercuti-cuti Malaysia....
Lokasinya???...gue ke pulau legenda, Pulau Langkawiiiiiiii....
Saje jalan-jalan, ( bawak org umah) tengok2 tempat orang, rilek2 otak, etc...

Gue ( kami) gi sana 3 hari jerr, dari 1/1/2009-3/1/2009,
3 hari yang padat, penuh dengan aktiviti dan lawatan ke sana-sini,hi,hi,hi,


HARI 1
Berlepas dari Terminal LCT Sepang jam 10.40 pagi, sampai di LTA Langkawi
jam 11.30 pagi dan dijemput oleh Abe Din, wakil hotel tempat menginap ~ Hotel Bayview, terletak betul-betul di pusat bandar Kuah......
sampai hotel jam 12.00 t/hari, terus "check-in".

Sementara nak tunggu pukul 2.00 ptg untuk "half day tour", kuar jap jalan2 kat bandar
Kuah (depan hotel jerr) pusing ~ pusing tengok keadaan sekeliling sambil2 cari
gerai nak makan tengahari..















Langkawi dari udara, 'landing' time !
!!...















Bandar Kuah dari bilik hotel........

Jam 2.00 ptg bermula ler "tour "de Langkawi!!!!.... mula-mula ke pusat pengeluaran
minyak gamat
, ape name kedainya gue dah lupaa!!! ( gue tengok bersepah kedai
minyak gamat kat Langkawi ni!!)
kendian after that, gue ke Kota Mahsuri, melawat makam Mahsuri dan seumpama
bagai yg ada kat sini...tiketnya RM5.00 jerrr.....















Makam Mahsuri kat belakang tu !!!!....















Perigi Mahsuri (tempat Mahsuri mandi-manda du
lu-dulu...)
orang kata minum air perigi ni boleh hilangkan dahaga!! cuba laaa...


kendian lepas tu gi pulak ke Underwater World untuk melihat pelbagai spesis
pokok-pokok hutan di sini........hi,hi,hi, mane ade tengok pokok kat Underwater World!!!
kat sini ada macam2 spesis hewan & hidupan laut, spt anaconda, ikan pari (besarrr tuu!!!) obor-obor, sotong, kerang, ketam, kerbau, kanggaru, kentang x de!!

banyak2 binatang, gue tertarik kat penguin je, maklumlah menatang ni x de kat kampung gue...
masuk sini kena bayar RM28.00 ~ utk org Malaysia, mahal tuuuuuuu !!!! selain dari Malaysia
kena bayar lebih lagi leeee...)















Sekawan Penguin @ Underwater World...















gini leeeeee rupabentuk penguin.....

hampir sejam kt Underwater World, gue ke Dataran Lang pulok!! gue tengok ada
sekor burung lang gergasi kt sini..( tanda /simbol kemegahan penduduk2 sini & sebagai
mengalu-ngalukan kedatangan kita ke Langkawi)...............















Dataran Lang.....















Seronotnya diaaaaaaa....

hampir jam 7.00 ptg /malam berakhir le 'tour' untuk hari pertama ni...
balik hotel, rehat jap!!!!
jam 9.30 mlm kuar jalan2 kt bandar Kuah nak tengok suasana malam,
sambil2 nak makan malammmm.......................


HARI 2
9.00 pg, selepas 'breakfast' kat hotel, bersama-sama 15 orang (dalam 1 bot ) gi ke
pulau2 sekitar Pulau Langkawi ni, naik bot lajuuuuuu yg teramat laju sampai
melambung-lambung, ngeri gak la, tapi seronooookkk!!!!!!.......















Bot laju yang dipandu lajuuuuuuu....

mula2 gi Pulau Beras Basah, pantainya biasa2 je, spt pantai2 di tempat2
lain, ada pasir,ada orang mandi laut, ada orang kutip kulit kerang, ada monyet
ganggu orang,........................















Kedatangan ke Pulau Beras Basah disambut meriah oleh
'Encik Mon' ( monyet!!!!)
















Pantai Beras Basah....ramai orang datang beli beras sini...

sekitar sejam dok sini, pah tu tokey bot tu bawak gi tengok 'eagle feeding'
tak jauh dr pulau tadi, tengok ada le beberapa ekor (banyak gak le) burung lang
berlegar-legar rendah di udara, pah tu menjunam ke laut menyambar makanan
( ikan kot?), menarik gak le, selama ni cuma tengok kat TV dlm "National Geographic".















'Eagle feeding'...mana eagle nya??? nampak tak
lang kat celah2 awan tu????

kendian gi pulok ke Pulau Dayang Bunting, kat tengah2 pulau ni ade
pulok tasik, ramai orang mandi-manda kat tasik ni,terutamanya mat2 & minah2
salehhhh...( Saleh Yaakob x tau pulak dah datang sini ke belum!!!)















Tasik kat tengah2 Pulau Dayang Bunting....















merendam kaki kat dlm tasik utk hilangkan kurap, panau dan gatal2.....

dalam pukul 12.30 t/hari berakhir le aktiviti kt pulau, balik hotel , makan tengahari,
letih gak lee, terlambung-lambung dalam bot tadi...
petang nanti nak gi tempat lain pulok!!!...dah berjanji dengan Pok Cik Saat
(baru kenal pagi tadi), dia nak bawak gi jalan2....bayar dia dlm RM100 jeee
( dari 3.00 ptg - 9.00 mlm....)

3.00 petang, Pok Cik Saat dah sedia menunggu di lobi hotel dengan vannya, mula-mula
gi ke Gunung Machincang...........nak naik kerete kabel!!!
sampai2 sini, punyeeeeeeee la ramai orang beratur menunggu giliran, berlapis-lapis barisan..
bayar RM15.00 untuk org Malaysia..........................















Pandangan dari dalam kereta kabel...gayat gak lee !!!!

dalam kereta kabel tu gayat gak le!!!!! kecut perut gue yg ramping ni bila pandang ke bawah!!!! eeeeee tobat nak naik lagiiiiii.....hi,hi,hi,hi,
sampai kat puncak, subhanallah! cantik sungguh pemandangan, tak terkata & tak tertaip!!
Maha suci Allah!!!!........................















@ Middle station ~ 652.5 meter dari aras laut........















di puncak gunung Machincang ( Top station ), 705 meter dari aras laut...
tersenyum-senyum ketakutan !!!















...lebih kurang 40 minit kt atas gunung ni, kendian turun , ronda-ronda sekitaran....
masa pun dah petang, gue pun bertolak pulak ke Pantai Cenang, meriah kat sini,
orang pun ramai........................















Pantai Cenang....dok perati kapal terbang nak landing ( Airport sebelah je )
...















jumpe pulok arca pasir sempena mengenang tragedi Oktober,
tragedi Tsunami.!!!!!


Abih le program ari nih...sebelum balik hotel singgah dulu makan malam
kat restoran 'sea food' ~ 'Bamboo Beach Resort' kat tepi laut / jeti...kat bandar
Kuah......makan ketam masak 'lada' ( black pepper !!!!) sedaaaaapppppppp........


HARI 3
hari ni x dok gapo2 doh,
pagi, lepas breakfast gi mandi-manda kat swimming pool hotel,

kemas2 barang nak balik KL,
check out kol 12.00 t/hari,















Beg-beg yang telah siap untuk di bawak keluar dari Langkawi !!!!!

flight KL kol 5.30 ptg!! Abe Din pulok janji nak ambik kol 3.00 ptg ( nak antar gi Airport),
so, ronda2 sekitar bandar Kuah dulu....















'Last minute' jalan2 & soping2 kat bandar Kuah
.....















LTA Langkawi....penattt do000h !!!! nak balikkkkk....

Sekian jeee laaaaa, ada masa, ada duit boleh datang lagi....

28 November 2008

TAMAN RIMBA ALAM, PUTRAJAYA

Salam,
Minggu lepas gue ke Putrajaya melawat Taman Rimba Alam,
terletak di Presint 15 & 16.














tapak asal yg dahulunya penuh dengan pokok kelapa sawit dan
pokok getah, sekarang telah ditanam dengan pokok-pokok hutan
dari berbagai spesis.
























































07 November 2008

GAMBAR - GAMBAR PURBA...

Salam,

Laaamaaaaaa tak menulis, al-maklumlah sibuuuuukkk!!!!!( apa yang sibuk sangat, ontah leee...)
bila dah tak dak modal nak menulis, maka gue dengan "poyoonye" nak menayangkan gambar2 purba ( tahap Jurassic Park! ), yang lama-lama, yang dulu-dulu, yang gitu-gitu, yang tah hapaa-hapa..

( Gambar- gambar ni masa gue "mengembara"/ makan angin ke ontah mana hala, masa muda-muda duluu-duluuuuuu, masa keje dengan kompeni gue duluuuu...)














(
1996 - Medan, Indon ) - ni kat Danau Toba, bukan Danau To'Uban,

Pasir Mas!..hi,hi,hi,















( 1998 - Shanghai, China you!!! ) - diorang sini gi keje naik beskal je,
trafik jam kot???















( 2000 - Bali, Indon )
- kat Kuta Beach, "topless" kat belakang tuuu...















( 2001 - Perth, Australia tuuu!!! )
- Tumbulgum Farm, melawat biri-biri,
kanggaru, beruang koala, kambing, tenuk dan labi-labi...















( 2002 - Beijing, China beb!!! )
- binaan manusia yg boleh nampak dari bulan, The Great Wall!! ),
...antara tujuh benda ajaib di duniaa..














( 2002 - Honhot, Inner Mongolia, China ) - sejuk nak mampuss sini ( 2*Celcius ),
guer selamba pakai baju T lengan panjang je...















( 2002 - Siloso Beach, Sentosa Island, Singapore )
- dekat2 sini je you!!!,
ho,ho,ho, horlicks!!!
bole nampak Pulau Batam ( Indon ) dari sini...














( 2003 - Nagarkot, Kathmandu, Nepal niii!!! )
- gue dah sampai Nepal you!!,
ni tempat Bollywood shooting pilem...















( 2003 - Pokhara, Nepal )
- di atas puncak gunung ape ntah! bole
nampak pergunungan Himalaya/Gunung Everest dari siniii...















( 2004 - Cairo, Egypt ) - gue pun tak sangka bole sampai ke bumi para anbia ni,subhanallah!!! kat belakang tu The Great Sphinx / Piramid, antara 7 benda ajaib di doniaaaa....














( 2004 - Alexandria / Iskandariah, Egypt )
- ni di Summer Palace,
kt belakang ialah Laut Mediterranean...















( 2004 - Luxor, Egypt )
- satu lagi kesan sejarah ( temple ) zaman Firaun,"Colossi of Menmon", kat belakang tu plak The Valley of the King...














( 2004 - Doha, Qatar ) - ni kat Doha Airport jeee, transit sebelum ke Cairo...















( 2006 - Bangkok/Pattaya, Thailand ) - melawat pokok-pokok dan gajah-gajah di Nong Nooch Tropical Garden...















( 2006 - Chiangmai, Thailand )
- saje datang sini makan tomyam!!!!
sup ekor dia pun sodappp!!!
















( 2008 - Desa Pandan, KL )
- ni pulak "Istana Hinggap" gueeee,
hari-hari gue melancong ke sinii,hi,hi,hi
,ho,ho,ho,















tempat melepak-lepak, baring-baring, lepas abihhh kejeee...















tempat mencari ilham, menulis ilham, membaca ilham, membuat ilham dan mandi...















tempat makan-makan bile lapaaaarrr, tempat minum-minum bila kenyang!!!...

tu je dulu kott????, kalau ada masa & 'time' gue akan tulis cerita ringkas ( macam ringkasan karangan ) tentang tempat-tempat yg telah gue gi tuuuuuuuu .....
kalaaaaau adaaaaa masaaaaa laaaaaaaa.......

Wassalam....

02 September 2008

SALAM RAMADHAN 1429 H

Salam,

Gapo nak tulis weh???? jengok2 blog orang semuaaaaaaanya cerita pasal puasa, puasa,puasa, puasa, puasa, puasa, puasa.....maklumlah sekarang bulan Ramadhan, masing2 sebok nak cerita crite pasal pengalaman berpuasa, pengalaman bersahur, pengalaman kat Bazar Ramadhan lah, pengalaman posa kat obersee la,macaaaaammm-macaaaammmmmm......

Sebab semo orang dah tulih pasal puasa, gue pun nak tulis getek ahh..oh,no,no,no,no,tidak,tidak, tidak.........gua x kan cerita pasal posa... yang gue nak crite sini pasal berbuka posa!!!!hi hi hi...

gue berbuka posa kat opih jee...tak suka terkejar-kejar nak balik rumah,takut x
sempat,maklumlah rumah gue kat Ulu Amerika nun!!!















inilah juadah berbuka posa gue,''simple" je...ada nasi bungkus,nasi kerabu,nasi impit,nasi ayam,bubur lambok Kg.Baru,air mineral,air laici,air sirap dan air love you (itu simple kau kata!!!!)














Sambil2 menunggu masuk waktu berbuka gue membuat sedikit "magic"untuk membuka bungkusan nasik secara otomatik!! hi hi hi..















Taadaaaaa!!!inilah gambaran sebenar suasana di dalam bungkusan nasi,macam-macam lauk ada tapi yang kelihatan pada mata kasar cuma seketul ayam dan segugus(betul ke perkataan ni??) tauge!/kacang cambah!!!!














Keadaan yang biasa didapati selepas mana-mana acara makan......

(P/s: cerita di atas adalah masa gue berbuka posa tahun lepasssss ( 2007 ) tengok tarikh kat gambar tu,..tahun ni gue tak berbuka kt opih lagi,kena balik awal pulak tu,nak berbuka posa ngan org rumahhh!!!...) hi hi hi...

Wassalam,
jalanilah ibadah posa tahun ni dengan penuh ketaqwaan dan keinsafan....