29 October 2009

SELANGKAH LAGI...

Salam,

Gambo 'curi' dari Sangkunang
Selangkah lagi untuk Kelantan ke final Piala Malaysia 2009!! cuma selangkah lagi!! Kelantan Bullehhh!!! Gua betul-betul mengharapkan Kelantan ke final musim ini!!! Segalanya bergantung pada perlawanan semi final ke-2 di Kangar Sabtu nanti(31/10/2009), walaupun dah menang 2-0 di Kota Bharu, jangan le cepat berpuas hati dan terlalu yakin,...apa-apapun harap dapat main yang terbaik dalam perlawanan tu nanti....

21 October 2009

Suku Akhir:Bekalan Selesa

Salam,
Kelantan membawa pulang bekalan selesa ke Kota Bharu apabila seri 1-1 dengan KL Plus Fc malam tadi. Selesa saja tau! tapi buleh bertukar jadi seksa kalau tak kena gaya!! dan peminat boleh bertukar jadi raksaksa kalau Kelantan kalah di Kota Bharu Sabtu ini.
Malam tadi gua menonton siaran tertunda pukul 12.30 mlm di TV 1, pada awalnya perlawanan tersebut biasa-biasa saja, selepas beberapa minit kemudian ia bertukar menjadi luar biasa bila gua dah tersengguk-sengguk di depan tv, selepas itu perlawanan bertambah rancak seiring dengan tidur gua yang semakin rancak jugak!! Tepat jam 2.00 pagi gua tersedar lantas terus meniupkan wisel penamat dan menutup tv dan menyambung tidur kembali, maklumlah esok nak bangun pagi-pagi nak pegi kejeee!.
Harapannya di Kota Bharu Sabtu nanti Kelantan akan bermain dengan lebih baik lagi di hadapan penonton sendiri dan tidak terbawa-bawa dengan keputusan malam tadi, biarpun selesa, kalau main tak kena cara, hancurlah harapan nak jadi juara! KL Plus pun bukan calang-calang, harapan semua peminat moga Kelate buleh menang dan masuk semi-final, selepas itu kito kecek -kiro semulaa! kalu buleh masuk final lagi molek! gapo-gapo pun, biarlah menang suku akhir ni duluuuu.
Keputusan -keputusan lain malam tadi:- Negeri Sembilan 2 KM Naza 0, Selangor 1 Terengganu 1 dan Johor Fc 1 Perlis 2.
(Update@28/10/2009~Suku Akhir ke-2, Kelantan menewaskan KL Plus Fc 3-0 menjadikan agriget 4-1 seterusnya layak ke Semi Final!!...akan bertemu Perlis.
~Semi Final 1, Kelantan mengalahkan Perlis 2-0 di KB malam tadi!....hanya perlu seri sahaja di Kangar Sabtu (31/10/09)nanti!!!....Selangkah lagi ke Final!!! Sejarah bakal tercipta??Moga-moga, harap-harapnya..... )

16 October 2009

Suku Akhir:Kelantan vs KL Plus Fc

Salam,

Kelantan telah mencapai 'target' untuk ke suku akhir Piala Malaysia musim ni. Harapnya tidak terhenti setakat ini saja, kalau boleh, biarlah masuk final pulok!!! Suku akhir nanti(Suku akhir -1) Kelantan akan menentang KL Plus Fc di Stadium Bolasepak KL, Cheras, pada Selasa 20/10/2009, 8.45 malam.(Suku akhir ke-2 di Kota Bharu pada Sabtu 24/10/2009).
Perlawanan suku akhir lain ialah Negeri Sembilan vs KM Naza, Johor Fc vs Perlis dan Selangor vs Terengganu.

06 October 2009

KELANTAN Bullllleh!!

Salam,
Skuad Kelantan terkini dan 'terlatest' (Okt 2009), Halim Napi (penjaga gol) muncul kembali! main molek-molek deh! jangan cepat naik angin!
Malam ni akan berlangsung pusingan kedua peringkat kumpulan dalam saingan Piala Malaysia, tumpuan gua mesti le ke Stadium Sultan Muhammad ke-iv, Kota Bharu, Kelantan akan melayan Pulau Pinang,,,,Kelantan mesti menang untuk layak ke pusingan suku akhir manakala Pulau Pinang ingin memungut 3 mata untuk menghidupkan peluang ke suku akhir.(Kita tengok malam iniiiiiii !!!!!!!! )

(Update@1.30 am 7/10/09~Kelantan menewaskan Pulau Pinang 2-1 hasil jaringan Khalid jamlus dan Indra Putra, gua tengok siaran tertunda RTM pukul 12.30 malam tadi)bermakna Kelantan sudah layak ke suku akhir,,,syabassssss!!!)

04 October 2009

KELATE menang, MU hampir kalah!

Salam,
Malam tadi menonton dua perlawanan bola kat tv. Jam 8.45 malam kat TV1 saingan Piala Malaysia peringkat kumpulan perlawanan antara Terengganu vs Negeri Sembilan(bila la RTM nak siar game Kelantan??) dan jam 12.30 pagi pulak bergegas ke kedai mamak menonton Man U lawan Sunderland dalam saingan EPL.(almaklumlah kat umah takde Astro!..tahun depan la langgan Astro kalau ada rejeki.)
Malam tadi Kelantan meneruskan penguasaan dalam kumpulan E dengan memungut 3 mata penuh menumpaskan ATM 2-1...tinggal baki 3 perlawanan lagi sebelum saingan suku akhir, layakkah Kelantan ke suku akhir??? harapannya biarlah layak!!!
Gambo hiasan semata-mata bukan untuk dimakan.
Man U pulak hampir-hampir kalah pagi tadiii....Pada kedudukan Man U ketinggalan 1-2, masa sebenar pun dah tamat, jam pun dah hampir 2.30 pagi, gua pun balikkk le sebab ingatkan Man U dah kalah,,,,sampai kat umah dengar rumah jiran riuh-rendah, ni mesti gooool satu lagi niiii.Pagi ni baru tau keputusannya seri 2-2. Anyway to Sg.Way, gol jaringan Berbatov cantikkk, dan malang bagi Sunderland sepakan Patrice Evra tertampan ke gol sendiri(oleh pemain Sunderland entah apa kenamanya!)untuk gol penyamaan United.