21 October 2009

Suku Akhir:Bekalan Selesa

Salam,
Kelantan membawa pulang bekalan selesa ke Kota Bharu apabila seri 1-1 dengan KL Plus Fc malam tadi. Selesa saja tau! tapi buleh bertukar jadi seksa kalau tak kena gaya!! dan peminat boleh bertukar jadi raksaksa kalau Kelantan kalah di Kota Bharu Sabtu ini.
Malam tadi gua menonton siaran tertunda pukul 12.30 mlm di TV 1, pada awalnya perlawanan tersebut biasa-biasa saja, selepas beberapa minit kemudian ia bertukar menjadi luar biasa bila gua dah tersengguk-sengguk di depan tv, selepas itu perlawanan bertambah rancak seiring dengan tidur gua yang semakin rancak jugak!! Tepat jam 2.00 pagi gua tersedar lantas terus meniupkan wisel penamat dan menutup tv dan menyambung tidur kembali, maklumlah esok nak bangun pagi-pagi nak pegi kejeee!.
Harapannya di Kota Bharu Sabtu nanti Kelantan akan bermain dengan lebih baik lagi di hadapan penonton sendiri dan tidak terbawa-bawa dengan keputusan malam tadi, biarpun selesa, kalau main tak kena cara, hancurlah harapan nak jadi juara! KL Plus pun bukan calang-calang, harapan semua peminat moga Kelate buleh menang dan masuk semi-final, selepas itu kito kecek -kiro semulaa! kalu buleh masuk final lagi molek! gapo-gapo pun, biarlah menang suku akhir ni duluuuu.
Keputusan -keputusan lain malam tadi:- Negeri Sembilan 2 KM Naza 0, Selangor 1 Terengganu 1 dan Johor Fc 1 Perlis 2.
(Update@28/10/2009~Suku Akhir ke-2, Kelantan menewaskan KL Plus Fc 3-0 menjadikan agriget 4-1 seterusnya layak ke Semi Final!!...akan bertemu Perlis.
~Semi Final 1, Kelantan mengalahkan Perlis 2-0 di KB malam tadi!....hanya perlu seri sahaja di Kangar Sabtu (31/10/09)nanti!!!....Selangkah lagi ke Final!!! Sejarah bakal tercipta??Moga-moga, harap-harapnya..... )

1 comment:

SangKunang said...

gomo esok!

kawe sokong nge doa dari jauh jah laa.
ado kursus esok.. huhu