29 May 2009

KEDAI KECIK

Salam,

Pernah dengar nama Kedai Kecik ??? kedai kecik, bukan Kedai Syed Kecik !!!..
Selama ini ( bukan Selama kat Perak) gue hanya dengar nama kedai kopi, kedai gunting, kedai runcit, kedai dobi, kedai tayar, kedai beskal, Kedai Lalat, Kedai Buluh dan keldai !!


































Kalau nak ke Stesen LRT Dang Wangi mesti lalu depan kedai ni...


Kedai Kecik ni mungkin dinamakan 'kecik' sebab fizikalnya kecik kot? atau mungkin barang-barang yang dijual kecik-kecik belaka ??? terletak pulak di celah-celah jalan yang kecik, atau pun kedai ini kepunyaan Encik Kecik ???? ontah le, nak tau silalah berkunjung ke kedai kecik di Jalan Dang Wangi, dibuka 24 jam !!!!

Semoga kedai ni bertambah maju dan buleh menjadi 'kedai besar' cam 'Giant'...
ChowwwWW... CincauuuUUUUU !!!!!

28 May 2009

MU tak JUARA !!!!

Salam,
Barcelona terhebat Eropah !!!!!! Barcelona Juara Piala Juara-Juara Eropah 2009 !!!
Keputusan Final Piala Juara-juara Eropah pagi tadi (3.00am) berkesudahan dengan kemenangan Barcelona menewaskan MU 2 -0. Gol-gol jaringan Samuel Eto'o minit ke 10 (cepatnya gol !!) dan oleh Lionel Messi minit ke 70......(dengar berita radio 7.30 pagi tadi !!)
Melalui cakap-cakap bola kengkawan kat opih, game pagi tadi tak best sangat !! Ronaldo tak berapa 'menjadi' , nanti gue tengoklah kt mana2, kat Youtube ke, tiub basikal ke,


















Gambaran 'pertarungan' di Stadium Olimpik Rome pagi tadi.....

Yang 'trajis',nya gue tak gi menonton pun game malam (pagi) tadi,...itulah, semangat pada mulanya berkobar-kobar !!! tapi semalam tu abih keje lewat, sampai umah dah pukul 9.00 malam lebih, siapkan itu-ini, nak tengok tibi lagi, begitu-begini daaaaaaaahhhhhh pukul 12.00 lebih !! pah tu nak tido lagi,... pah tu nak bangun pukul 2.30 pagi pulok, nak pulak turun sorang2 ke Kedai Mamak, tak nak la kacau org umah,( kalau game pukul 10.00 mlm ke, pukul 11.00 mlm ke, buleh la dia ikut, pah tu esok2 nak bangun pagi-pagi, pukul 8.15 pagi pulok ada 'meeting' !!!.) ...

*** Memikirke' semo tu, gue ambil keputusan untuk membatalkan tiket penerbangan ke Rom !! zz zzz zzz ZZ ZZ ZZZ je laaaaaaa.....

chowwwwww....Stephen Chow !!!!!

27 May 2009

HIJAU ITU INDAH

Salam,
Sedang dok merayau-rayau dari satu blog ke satu blog (tak termasuk batu blok !!!) , gue terjumpa dan tertarik pada satu gambo nih !!...Gambo tu gua curik kat --> SINI

















Gambar dari blog amirmu blogspot

Billboard ni rasanya dipasang oleh Kerajaan Negeri Kelantan/MPKB di sekitar bandar Kota Bharu, apa-apapun maksudnya, maksud tersirat, maksud tersurat, hatta maksud ter'sirap' ter'oren', ter'kopi' atau seumpamanya, fikir-fikirlah sendiri, ambiklah dari sudut positif !!!.bukannya dari sudut politik !!! tapi..kalu nak ambik dari sudut politikpun apa salahnya kan???.... inilah menunjukkan ke'kreatif'an Kerajaan Kelantan !! Think green, think Kelantan !!

Bagi gue, hijau tu memang indah, memang cantik !! kehidupan gue hari-hari ( baca:pekerjaan gue hari-hari ) memang tak boleh lari dari' hijau'.... Hijau dah sebati dalam hidup, gue memang terlibat secara langsung dengan 'aktiviti' mengHIJAUkan bumi ni, keje gue ada kaitan dengan tanam-tanam pokok, merekabentuk taman-taman, gue keje dalam bidang Landskapppp !!!!!!!

So, moral of the story, pakat-pakat lah kita tanam pokok !! 'Hijau'kanlah bumi kita ni, mulakan tanam pokok sebelum kita ditanam.( pokok) hi,hi,hi, (Falsampah baru ni !!) ( Pautan/link untuk tanam pokok ada kat sebelah yaaa !!!) sama-samalah kita hijau kan bumi kita yang dah tak berapa nak hijau ni......
'Satu kelahiran satu pokok'....bukan rokok !!!!

Adiosssss !!!! Toyota Viosssss....

(P/s: Malam tadi Kelate menewaskan KL Plus 1 - 0, menang jugak setelah mengalami 4 kekalahan berturut-turut !!....malam ni pulak nak tengok final Liga Juara-Juara pulokkk,(MU vs Barca) itupun kalu larat la !! main pukul 2.00 pagi tu, esoooook keje pulokkkk....)

19 May 2009

LUPAKAN KELATE SEKETIKA...

Salam,

Masih lagi nak kecek2 pasal bola...( walaupun hati sedikit terluka, tercalar, ter~macam-macam lagi ekoran kekalahan demi kekalahan skuad Wira Merah !!!!! selepas tewas final Piala FA kepada Selangor, kalah pulak kepada Negeri Sembilan 0 - 2, kalah lagi kepada Johor FC 1 - 2 dan kalaaaaaah sekali lagi kepada Perlisss 0 - 2 daaaaaaa... bila mau menang pulak daaaa ???????????... Bangkitlah Wira Merah !!!!! Kelate' Bulllleehhhhh !!!!!!.......)

( Update @ 20.5.2009 ~ Malam tadi Kelate kalah lagi kpd Perlis 1 - 2 !!!!!!....nampaknya lukaku semakin paraaaaahhhhhhh....?!!~*"...)

***
Jadi, gue lupakan seketika pada skuad Kelate', laaa ni nak 'concentrate' kat final Liga Juara-juara (Eropah) pulokkkkk.....Manchester United vs Barcelona !!!!.....












Selain Kelate, gue minat kat kedua-dua pasukan nih sejak dari Darjah 1 Anggur lagiiiiii....Kedua-dua pasukan ni merupakan juara liga negara masing2 tahun ni (2009), MU juara Liga Inggeris (EPL) dan Barca juara Liga Sepanyol. Perlawanan pastinya akan berlangsung sengit kerana masing2 ada 'star' yang hebat2 yang pasti akan menampilkan 'skill' terbaik mereka.....


















Pasukan "Red Devil" dibarisi oleh ( gue hantam saje, bukan ingat pun) seperti Edvin Van Der Sar, Nemanja Vidic, Rio Ferdinand, O'shea, Dimitar Berbatov, Cristiano Ronaldo, Ryan Giggs, Patrice Evra, Wayne Rooney dan tak ingat.......

















Pasukan "The Catalan" dibarisi olehhhh ( lagi gue x ingat !!!) hentam jugak lah, seperti Thiery Henry, Lionel Messi, Puyol, Samuel E'to, tak ingat, tak ingat dan tak ingatttttt......

Apapun kita tunggu 27/5/2009 nanti, perlawanan berlangsung di Rome, Italy.....Gue pun dah 'booking' tiket ke sanaaaaaa !!!! ( tiket depan TV daaaaaa !!!!) .....

12 May 2009

WIRA MERAH

Salam,

Inilah pasukan bola 'pojaan' hati gue sekarang !!!.....Skuad Kelantan @ Wira Merah @ Red Warrior. Pasukan2 lain pun gue minat gak, tapi keutamaan mesti le pada pasukan negeri sendiri !!!dok gitu ??? sama cam orang Burma la, mesti dia minat pasukan Burma, takkan dia minat pasukan Mongolia pulakkkkkk.....

















Skuad Wira Merah bergaya dengan jersi kaler biruuuu...

Walaupun tewas final Piala FA tempohari, masih ada 2 lagi piala untuk direbut iaitu Liga Super dan Piala Malaysia, so.......Selamat Berlawan !!!!!!!! Gomo Kelate Gomo !!!!

( p/s Gue pun minat MU, tiap2 malam minggu turun kedai mamak, layan EPL !!!!! )

05 May 2009

PENANG

Salam,

Sempena cuti yang kerajaan bagi pada 1 Mei lepas ( Hari Pekerja), gue ( + orang umah ) telah gi jale'-jale' cari letih ke Penanggggggg ( nak gi Mexico takut "selsema ba** " !!!!!) .....so gi jalan2 dalam negara udah leeeee..... gi pada pagi 1/5/2009.....balik pulok pada keesokannya 2/5/2009....
Sajeeeee je datang sini, jalan2 sambil-sambil nak makan nasik kandarrrrrrrrrrr......



















Naik feri dari Butterworth (Pangkalan Sultan Abdul Halim ) ke Georgetown (Pulau), tambang RM1.20 jeeeee, ....masa balik (dari pulau ke darat ) tak payah bayar, preeeeeeeeee......perjalanan ( dari darat ke pulau dan sebaliknya) sekejap je, ade le dalam 15 minit....



















Gini leeee rupa Encik Feri, .... perkhidmatan feri ni diuruskan oleh Penang Port Sdn. Bhd, ia tiada kaitan langsung dengan Feri Anugerah Makmurrrr ataupun Fairy Tale....



















Suasana dalam feri..(cuba teka yang manakah 'driver' feri nih ??)

Sampai je pangkalan( darat ), nak kena 'check-in' le pulokkk, lagu mana nak gi hotel ekk????? kat sebelah pangkalan feri ni nampak cam ada stesen bas dan teksi........so, kita naikkkkkkk becaaaaaa, baru le ada kelainan skittttt !!! asyik2 naik bas, LRT, naik unta, nak juga rasa naik becaaaaaa, .... kesian gak rasa tengok Pak Cik Beca tu, jadi gue pun naik le beca dari pangkalan feri ke hotel, bagi ( tambang ) kat Pak Cik tu RM 10.00........



















sampaiiii doh depan hotelll....!!!!!

*****
Orang utan kata, kalau datang Penang boleh lalu kot jambatan atau lalu kot feri, jadi gue pun nak lee rasa nasik kandar yang sedaapppp (orang kata) kat Penang nih !!....dengar2 citer, Nasik Kandar "Line Clear" yang tip-top kat Penang nih.



















Kalau nampak je 'signboard' ni, sleke le masuukkk !!

Tak lee susah sangat mencari kedai (restoran ??) ni, terletak di sebuah lorong di Jalan Pinang,( kalau tanya2 orang kat sini mesti tahu tempat nih !!! ) kedainya biasa-biasa je, tapi pengunjung punyeee lee ramaiiiii, beratur panjanggggggg, gue tengok semua orang (bangsa) datang makan sini, mesti sedappppppp nih !!!!! ......



















Macam-macam orang datang make' sini (tak termasuk orang utan!!)

~ Bila dah makan tuu, sedap sungguihhh nooo !!! Makan sedap, bayarannya ( harga) pun 'sedap' jugakkk le !!!! ... Gue makan nasik putih + 2 ketul kambing + sekor sotong = RM 12.50, org umah wa makan nasik putih + ayam madu + udang besar = RM 18.50...... muraaaaaaahhhhhhhhh tuuuuuuu!!!!!!!! ( Mahaaaaaaallll sangat la !!!!! ), insyaAllah kalau datang Penang lagi , gue gi makan kat kedai lain pulok !!!!!!










Ayam Madu + 2
ekor Udang = RM18.50 & 2 ketul Kambing + Sekor Sotong = RM12.50

*****



















Pemandangan Bandaraya Georgetown dari bilik hotel, nampak tak 'Hotel Bajet' Air Asia ??? kat sebelah kanan tu pulak, KOMTARRRR yg femes tu (dulu la) !!!!



















'posing' kat 'pool deck' dengan 'mem' besar (sederhana besar sebenonya !!!) sebelum gi makan nasik pikul / nasi kandar .......

Sekian, kalau ada masa nak gi make' nasik kandar kat New York pulokkkkk.....